Peminat Terharu Melihat Abraham Bersemangat Menyanyikan Lagu Roma

Tammy Abraham dilihat menyanyikan lagu AS Roma dengan penuh semangat dan bertenaga menjelang sepak mula pertemuan bertemu Udinese.

Bekas penyerang Chelsea itu sepertinya berjaya menyesuaikan diri dengan kehidupan baru di Itali dengan beliau tidak memerlukan masa yang lama untuk lakukan hal tersebut.

Ketika aksi bertemu Udinese awal pagi tadi, beliau berjaya menjadi wira Roma selepas menjaringkan gol kemenangan mereka untuk menewaskan pasukan pelawat dengan keputusan 1-0.

Menjelang aksi sepak mula perlawanan yang dilangsungkan di Stadio Olimpico itu, para penyokong The Giallorossi menyanyikan lagi tema mereka, ‘Roma, Roma, Roma’ sambil mengangkat mafla ke udara.

Kamera BT Sport kemudiannya sempat memberikan tumpuan kepada Abraham dengan pemain berusia 23 tahun itu dilihat turut serta menyanyi dan beliau jelas bersemangat serta menikmati suasana tersebut.

Abraham ikut sama menyanyi sambil tangan beliau diangkat ke udara dan melakukan gerak tari yang sama persis seperti DJ Soda.

Beliau bukan hanya bersemangat sebelum sepak mula perlawanan sahaja, namun Abraham turut mempamerkan aksi persembahan yang cukup cemerlang sepanjang permainan.

Gol jaringan beliau sudah cukup untuk memastikan Roma mengutip tiga mata penuh, seterus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai antara pencabar kejuaraan liga musim ini.

Gol tersebut juga merupakan gol ketiga Tammy Abraham bersama AS Roma di bawah kendalian Jose Mourinho dan beliau tidak dinafikan sudah berjaya memenangi hati para penyokong di Itali.

Para penyokong Roma juga sepertinya sangat kagum dan sudah mula menjadikan Abraham sebagai pemain kegemaran mereka sejak beliau mencatatkan dua assists ketika aksi debutnya pada Ogos lalu.

Beliau ketika aksi menewaskan Fiorentina 3-1 itu telah menerima standing ovation dari para peminat, dan sepertinya nilai £34 juta yang dibayar oleh Roma untuk mendapatkan khidmatnya sangat berbaloi.

“Saya tahu sikit-sikit lirik mereka. Ia merupakan lagu yang menakjubkan, setiap kali kamu dengar peminat menyanyikan lagu itu, ia sangat mengagumkan.”

Jelas Abraham kepada DAZN.

“Saya tahu memang banyak tekanan untuk saya datang ke sini, tapi saya suka dengan penyokong, staff, mereka layan saya seperti keluarga sejak hari pertama saya di sini dan saya perlu balas semua itu.”

Roma selepas ini bakal beraksi bertemu seteru sebandar mereka, Lazio dan Abraham sepertinya sudah tidak sabar untuk beraksi dalam perlawanan Derby Della Capitale itu.

“Mereka tak pernah berhenti bercakap tentang itu sejak hari pertama saya di sini! Saya sudah bersedia, pemain lain sudah bersedia, saya hanya boleh bayangkan bagaimana para penyokong akan menikmati perlawanan itu nanti. Seperti saya katakan, saya sudah bersedia.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Roma Keluarkan Kenyataan Mengutuk Sekeras-Kerasnya Tindakan Segelintir Penyokong Mereka