Donny Van de Beek berjaya membuatkan para penyokong Manchester United menangis terharu melihat semangat dan keazaman yang beliau tunjukkan untuk kelab.
Walau tidak diberikan minit permainan yang mencukupi, beliau membuktikan yang dirinya bukan hanya akan duduk diam dan makan gaji buta sahaja.
Sebaik tamat aksi kekalahan 5-0 Manchester United di tangan Liverpool pada hujung minggu lalu, beliau tidak langsung kembali ke bilik persalinan bersama rakan sepasukannya yang lain.
Donny van de Beek 'changes agent' as he 'takes step towards Man United exit' #MUFChttps://t.co/IzahnDMD0f
— talkSPORT (@talkSPORT) October 26, 2021
De Beek lebih memilih untuk kekal di atas padang dan menjalani latihan secara bersendirian sahaja, sambil ditemani seorang pegawai kejurulatihan kelab.
Beliau tetap tenang menjalani latihan walau stadium sudah kosong dengan semua penyokong serta pemain sudah meninggalkan kawasan tersebut.
Itu menunjukkan yang beliau benar-benar tidak mahu skill dan kemampuan beliau menghilang, dan mahu terus mengasah bakatnya agar terus bersinar.
Van de Beek hanya beraksi tiga kali sahaja sepanjang musim ini, dengan beliau hanya sekali sahaja membuat penampilan sebagai pemain utama sepanjang musim ini.
Beliau diturunkan sebagai kesebelasan utama ketika beraksi bertemu West Ham United dalam aksi saingan Carabao Cup sebelum ini.
If only Man United had a progressive ball playing midfielder around…👀
*cough* Donny van de Beek *cough* pic.twitter.com/EpdTi9Umrn
— Mozo Football (@MozoFootball) October 24, 2021
Beliau jelas diketepikan dan kewujudan beliau juga sepertinya tidak dirasai dengan De Beek sekali lagi tidak diberikan peluang untuk turun beraksi ketika bertemu Liverpool kemarin.
Berbanding memberi peluang kepada De Beek, Solskjaer lebih memilih untuk memasukkan Paul Pogba pada aksi babak kedua permainan dalam perlawanan tersebut.
Pemain kebangsaan Perancis itu hanya bertahan beberapa minit sahaja sebelum beliau meninggalkan padang kerana dilayangkan kad merah.
Paul Pogba kembali ke bilik persalinan lebih awal selepas beliau dibuang padang kerana melakukan terjahan keras ke atas Naby Keita.
Just realised I never posted about this but after the 5-0 loss, Donny van de Beek was on the pitch doing some runs to keep his fitness up. Unreal work ethic and mentality❤️ pic.twitter.com/dGdkOiLsJW
— ً (@VanDeBeekArmy) October 26, 2021
Para peminat sendiri turut berkongsi rasa sedih mereka melihat nasib Van De Beek yang sepertinya langsung tidak dihargai dan dibiarkan saja menjadi pemanas bangku simpanan.
Semangat dan usaha yang beliau tunjukkan dalam usahanya untuk mendapat tempat benar-benar menyentuh hati para peminat, dan ramai yang menggesa pengurus kelab agar memanfaatkan kemampuan yang dimiliki oleh bintang Belanda itu.
Only one man left doing his runs with a coach – poor Donny van de Beek. 🇳🇱
Penny for the thoughts of the £35m signing that can’t get into a midfield that played like that today… pic.twitter.com/ey7asv55ZL
— Shane Hannon (@ShaneHannon01) October 24, 2021
Seperti yang ditulis oleh @ShaneHannon01, ia tentunya sangat pahit untuk bintang berusia 24 tahun itu, untuk melihat pemain yang dipilih berbanding beliau, tidak mempamerkan aksi persembahan seperti yang diharapkan.
Ramai yang percaya Van de Beek seharusnya pergi meninggalkan kelab agar masa depan beliau lebih terjamin memandangkan usianya juga masih muda.
Ada juga yang mencadangkan kepada de Beek agar kembali semula ke Ajax, tempat di mana beliau mula-mula mencipta nama dalam dunia bola sepak.
Pemain kebangsaan Belanda itu telah mempamerkan aksi persembahan yang cukup menakjubkan ketika beraksi di bawah kendalian Erik Ten Hag.
• Van De Beek | The class of 2019 •
[@AFCAjax via YT] pic.twitter.com/iJnOpVfm0M
— Aaliyan (@SamosaDeBeek) October 26, 2021
Beliau memainkan peranan penting ketika membantu Ajax untuk mara sehingga ke peringkat separuh akhir saingan Champions League 2019.
Van de Beek kemudiannya ditandatangani oleh Manchester United dengan yuran perpindahan bernilai £35 juta, namun kariernya mula merundum sebaik tiba di Old Trafford.
Beliau juga pada jendela perpindahan musim panas baru-baru ini sudah hampir untuk melengkapkan perpindahannya menyertai Everton, namun urusan perpindahan tersebut digagalkan oleh Solskjaer.
Pengurus United itu berjanji yang De Beek ada dalam perancangan beliau, dan bintang Belanda itu akan mendapat minit permainan yang beliau mahukan.
As everyone else left for the showers at Old Trafford, Donny van de Beek was the only man who stayed behind.
A video of him doing runs at the Theatre of Dreams in a bid to stay fit surfaced online hours after United's demolition. #tukonews https://t.co/Ds7Vly0fvZ
— Tuko.co.ke (@Tuko_co_ke) October 26, 2021
Namun begitu, Solskjaer sepertinya mempermain-mainkan hati De Beek dengan beliau langsung tidak memberi kesempatan kepada bintang Belanda itu untuk membuktikan sesuatu.
Kerana itu jugalah ramai penyokong yang menganggap Ole Gunnar Solskjaer sebenarnya scammer yang cuba untuk merosakkan karier pemain yang beliau tidak gemari.
Masa depan Solskjaer kini semakin samar-samar dan seandainya beliau dipecat, sepertinya harapan untuk de Beek dapat beraksi akan lebih cerah.
Sumber: SPORTbible