Peminat Terhibur Melihat Aksi Benzema Lumba Lari Dengan Pengadil Perlawanan

Real Madrid semakin hampir untuk dinobatkan sebagai Juara saingan La Liga musim ini selepas kejayaan mereka menewaskan Osasuna 3-1.

Gol jaringan David Alaba, Marco Asensio dan Lucas Vazquez membantu Real Madrid untuk mengutip tiga mata penuh dalam aksi perlawanan yang dilangsungkan di El Sadar Stadium itu.

Madrid perlu menunggu hingga minit terakhir masa kecederaan permainan untuk memperoleh gol ketiga mereka dalam perlawanan ini.

Real Madrid sepatutnya boleh mencatatkan kemenangan lebih selesa dalam perlawanan ini, namun sayangnya Karim Benzema gagal untuk sempurnakan dua sepakan penalti.

Real Madrid dihadiahkan dua sepakan penalti dalam tempoh kurang 10 minit, namun kedua-duanya gagal disempurnakan oleh Benzema.

Penjaga gol Osasuna cemerlang menyelamatkan kedua-dua sepakan penalti dari pemain kebangsaan Perancis itu.

Tidak dinafikan juga yang Benzema beraksi sangat hambar dalam perlawanan ini namun ada satu insiden melibatkan beliau yang berjaya mencuri perhatian peminat.

Pada minit-minit akhir sebelum wisel penamat dibunyikan, Karim Benzema dilihat seolah-olah berlumba lari dengan pengadil perlawanan dari kawasan Real Madrid menuju ke kotak penalti Osasuna.

Ricardo de Burgos berlari dengan sangat pantas di sisi Karim Benzema dan kerana itulah ramai yang menganggap mereka berdua seolah-olah sedang berlumba lari.

Selepas bola dihantar ke atas, Benzema dilihat berlari pantas untuk turut sama naik ke atas membantu rakan sepasukannya melakukan serangan pantas.

Melihat De Burgos Bengoetxea mampu berlari lebih pantas berbanding Benzema para peminat merasa teruja dan kagum dengan kemampuan yang dimiliki oleh pengadil La Liga itu.

“Di masa kecederaan tapi dia masih mampu berlari sepantas itu, saya rasa stamina dia jauh lebih bagus berbanding semua pemain kita yang ada di bangku simpanan.”

“Carlo Ancelotti tak terfikir ke nak tandatangani pengadil tu? Dia mampu berlari sepantas itu di minit-minit akhir permainan, ia sebenarnya satu hal yang menakjubkan.”

“Mereka seolah-olah ada pertandingan sendiri yang mana mereka jelas sedang berlumba 100 meter.”

“Kelajuan dia benar-benar memukau, Benzema sendiri tak mampu nak bersaing dengan dia.”

“Adakah niat dia lari laju itu demi untuk menewaskan Benzema? Semangat yang dia miliki memang menakjubkan.”

De Burgos Bengoetxea dilihat berlari laju sambil mengejar arah bola, dengan beliau mula memecut bersama Benzema sejak dari ketika mereka berada di tengah padang lagi.

Lebih menarik lagi ketika itu jugalah Real Madrid berjaya memperoleh gol ketiga mereka yang dijaringkan oleh Vazquez.

Kemenangan itu berjaya membantu Real Madrid untuk terus memimpin carta saingan La Liga dengan kelebihan 15 mata mengatasi Barcelona.

Sepertinya sudah agak mustahil untuk ada pasukan yang mampu memintas Real Madrid dengan mereka sudah hampir pasti akan dinobatkan sebagai Juara.

Real Madrid juga pada ketika ini sedang membuat persiapan rapi untuk turun beraksi bertemu Manchester City di pentas perlawanan akhir saingan Champions League.

Sudah tentu Carlo Ancelotti mahu berusaha sehabis daya beliau untuk tewaskan skuad kendalian Pep Guardiola itu seterusnya layak ke pentas perlawanan akhir.

Jelas sekali akan lebih manis lagi untuk Real Madrid, seandainya mereka berjaya memenangi gelaran Champions League dan La Liga pada musim ini.

Manchester City dianggap sebagai pasukan kegemaran untuk muncul Juara pada musim ini, namun harus diakui yang Real Madrid juga sedang berada di tahap persembahan terbaik mereka pada ketika ini.

Jelas sekali pertembungan antara kedua-dua mereka akan sangat menarik untuk disaksikan dan ia bakal menjadi aksi peringkat separuh akhir paling mencuri tumpuan pada musim ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Klausa Yuran Perpindahan Tertinggi di Dunia Dalam Kontrak Baru Karim Benzema Bersama Real Madrid