Peminat Terhibur Melihat Keraian Seret Muka Pessina Ketika Bertemu Austria

Matteo Pessina melakukan gaya keraian yang mencuri perhatian para peminat selepas kejayaan beliau menjaringkan gol kemenangan untuk Itali menewaskan Austria awal pagi tadi.

Pessina yang dibawa masuk pada aksi babak kedua permainan berjaya menjaringkan gol penting untuk bantu Itali mara ke peringkat suku akhir.

Selain dari kejayaannya menjaringkan gol penting, gaya keraian seret muka yang beliau lakukan adalah detik paling mencuri tumpuan dalam perlawanan ini.

Itali berjaya menewaskan Austria 2-1 selepas bermain sehingga ke masa tambahan, dan kedua-dua gol itu berjaya dijaringkan oleh pemain gantian.

Pessina dan Federico Chiesa kedua-duanya dibawa masuk pada aksi babak kedua permainan oleh Roberto Mancini.

Pertukaran pemain yang berkesan dan membuahkan hasil dari Mancini selepas kedua-dua Pessina dan Chiesa menjadi wira penyelamat untuk memastikan kemenangan milik Itali.

The Azzuri memerlukan tambahan masa untuk menjaringkan gol dan memenangi perlawanan ini, dengan Chiesa terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-95 permainan.

Pessina kemudiannya berjaya menggandakan kedudukan untuk Itali selesa mendahului 2-0 selepas beliau meledak gol pada minit ke-105 untuk menewaskan Daniel Bachmann.

Selepas berjaya menjaringkan gol yang penting dan bermakna itu, pemain midfield Atalanta itu berlari ke sudut tepi padang sebelum melakukan slide dengan menyeret mukanya.

Ia merupakan gaya keraian yang agak unik dan kreatif, namun kalau bermain di Malaysia jangan buat begitu, kerana bimbang calar muka nanti.

Para peminat begitu teruja dan suka dengan gaya keraian bintang berusia 24 tahun itu dengan menganggap ia cara paling santai untuk meraikan gol yang benar-benar penting.

Pelbagai reaksi yang diterima oleh Pessina atas kerainnya itu dari para peminat di media sosial.

โ€œSaya tak pernah terfikir akan ada orang meraikan gol penting seperti ini dengan cara seperti itu. Haha menarik!โ€

โ€œMacam mana dia boleh terfikir untuk meraikan gol jaringannya dengan cara seperti ini? Saya rasa ini keraian paling saya suka sekarang.โ€

โ€œLepas dia seret muka, saya bimbang pemain selepas ini akan seret macam-macam lagi ketika meraikan gol.โ€

โ€œSaya rasa keraian ini merupakan yang terbaik dan terhebat sepanjang kejohanan Euro 2020 ini.โ€

Itali berjaya memukau peminat seluruh dunia dengan aksi yang mereka pamerkan ketika di peringkat kumpulan sebelum ini.

Mereka berjaya memenangi kesemua tiga perlawanan peringkat kumpulan tanpa mencatatkan sebarang bolos dan Pessina turut menjaringkan gol ketika bertemu Wales dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Kesemua kemenangan itu berjaya membantu Itali mencipta sejarah baru dengan mencatatkan 30 perlawanan tanpa kalah, dan tidak bolos dalam 11 perlawanan terakhir.

Skuad kendalian Roberto Mancini melalui aksi babak pertama yang lebih sempurna berbanding Austria, namun gagal untuk menjaringkan gol.

Austria berjaya bangkit pada aksi babak kedua permainan dan hampir saja menyingkirkan Itali dari saingan Euro 2020 ini.

Marko Arnautovic berjaya menjaringkan gol namun ia dibatalkan oleh VAR kerana mendapati beliau berada dalam kedudukan offside, dan sistem sama juga menafikan hak untuk skuad Franco Foda untuk memenangi penalti.

Aksi babak pertama tambahan masa jelas memihak kepada Itali dengan kesemua pemain simpanan mereka memberi impak yang positif dalam perlawanan ini.

Pemain gantian Austria, Sasa Kalajdzic berjaya menjaringkan gol pada minit ke-114 permainan untuk cuba merapatkan jurang gol.

Gol jaringan Kalajdzic secara tak langsung memecahkan rekod Itali dari mencatatkan clean sheet ke-12 mereka, namun tetap tidak mampu untuk menghalang The Azzuri untuk mara ke peringkat suku akhir.

Itali berjaya mara ke peringkat suku akhir dan lawan mereka selepas ini adalah antara Portugal atau Belgium.

Cabaran yang berat harus ditempuhi oleh anak-anak buah Roberto Mancini selepas ini dan seandainya mereka berjaya, maka jelas mereka selayaknya dianggap sebagai pilihan utama untuk memenangi kejohanan ini.

Itali ketika ini diragui kemampuan mereka kerana lawan mereka bukan dari pasukan besar, dan jika mereka mampu tewaskan Portugal atau Belgium, maka mereka secara tak langsung berjaya menutup mulut pengkritik yang meragui kemampuan mereka.

Kedua-dua Portugal dan Belgium akan bertemu selepas ini di pusingan 16 terbaik dan pemenang bakal berdepan dengan Itali.

BACA:ย  Matteo Pessina: Digugurkan, Dipanggil Semula Saat Akhir Dan Menjadi Penyelamat Itali