Peminat Terhibur Melihat Mourinho Menganjing Pemain Fiorentina

Jose Mourinho mencuri tumpuan ramai selepas beliau dilihat menganjing pemain pasukan lawan ketika aksi kemenangan AS Roma menewaskan Fiorentina awal pagi tadi.

Skuad kendalian Jose Mourinho itu memulakan kempen saingan Serie A musim ini dengan mencatatkan kemenangan selesa 3-1 menewaskan Fiorentina.

Penandatanganan baru kelab, Tammy Abraham telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan dalam perlawanan tersebut.

Beliau berjaya mencatatkan dua assists dari tiga gol yang berjaya dijaringkan oleh Roma, dengan assists pertamanya untuk gol jaringan bekas pemain sayap Manchester United, Henrikh Mkhitaryan.

Pada aksi babak kedua permainan, beliau kemudiannya mencatatkan satu lagi assists untuk gol pertama yang dijaringkan oleh Jordan Veretout.

The Special One telah mencipta satu detik menghiburkan selepas kembalinya beliau ke kancah saingan bola sepak Itali, dengan beliau dilihat menganjing pemain pasukan lawan.

Ketika aksi babak pertama, dengan Roma ketika itu mendahului permainan 1-0, Mourinho telah mencuri perhatian ramai dengan reaksi yang beliau tunjukkan di tepi padang.

Bola ketika itu datang ke arahnya, dengan bekas pengurus dari saingan Premier League itu berpura-pura mahu mengambil bola tersebut.

Sebaik bola tiba, beliau sekadar melepaskan bola tersebut lalu di celah kangkangnya, sambil mentertawakan pemain pasukan lawan yang mengejar bola tersebut.

Pemain Fiorentina itu juga menerima gurauan tersebut dengan baik, dan beliau dilihat hanya tertawa dengan usikan dari pengurus baru Roma itu.

Beliau sambil tertawa mengejar bola itu lalu meneruskan permainan, sambil Mourinho tutut menunjukkan reaksi gembira kerana pemain itu menerima gurauan beliau.

Tindakan spontan Mourinho itu telah mendapat pelbagai reaksi dari para peminat di media sosial, dengan ramai yang terhibur dengan tindakan beliau itu.

“Jose tetap menjadi diri sendiri, ada saja helah dan cara dia untuk menghibur peminat.”

“Saya rasa sebab pasukan dia tengah mendahului, sebab tu dia gembira, kalau ketinggalan tak mungkin kita boleh lihat reaksi itu.”

“Baru perlawanan pertama dia sudah cipta detik seperti ini, penonton Serie A perlu bersedia kerana lebih banyak akan menyusul.”

“Pemain Fiorentina pun terhibur dengan reaksi Mourinho, pemain itu wajar dipuji kerana menerima gurauan seperti ini.”

Begitulah komen-komen dari para peminat yang terhibur dengan reaksi Mourinho menganjing pemain pasukan Fiorentina.

Bercakap selepas kejayaan beliau membantu Roma mencatat kemenangan, pengurus berusia 58 tahun itu menyatakan bahawa:

“Ketika saya tiba dan melihat jersi baru, saya terus menjadi salah seorang peminat.”

“Saya rasa saya boleh terapkan sikap ini pada para pemain juga.”

“Saya rasa para penyokong nampak yang pemain telah memberikan segalanya walau kita tidak bermain dengan baik.”

Mourinho selepas ini akan mempersiapkan anak-anak buahnya untuk aksi bertemu Salernitana, dan tentunya mereka mahu memburu tiga mata berharga.

Sumber: SB

BACA:  Pogba Buka Mulut Mengenai Isu Beliau Dengan Mourinho