Peminat Terhibur Melihat Reaksi Gerrard Tendang Bola Di Goodison Park

Para peminat terhibur melihat reaksi Steven Gerrard menyepak bola di tengah padang selepas tamat aksi kemenangan Aston Villa bertemu Everton malam semalam.

Skuad kendalian Steven Gerrard itu berjaya mengutip tiga mata penting di Goodison Park malam semalam, dengan Emi Buendia muncul sebagai penjaring gol kemenangan untuk Aston Villa.

Sangat jelas dan pasti, pengurus berusia 41 tahun itu akan menerima sambutan dingin dari para penyokong, memandangkan beliau terkenal sebagai legenda Liverpool.

Walau bagaimanapun, Steven Gerrard jelas sekali mampu beradaptasi dengan keadaan di Goodison Park, dan beliau turut tenang melayan suasana riuh rendah memaki hamun beliau sepanjang perlawanan.

Pada rehat separuh masa, Steven Gerrard sempat bermain mata dengan para penyokong Everton ketika beliau berjalan masuk ke bilik persalinan, dan ketika kembali ke tempat duduknya.

Tidak cukup dengan menganjing secara halus, Steven Gerrard kemudiannya meneruskan mood riang beliau selepas tamat perlawanan tersebut.

Sambil jalan, beliau menyepak bola yang ada di tengah padang, dan kemudian beliau menyatakan ‘masih ada lagi’ kepada kamera yang merakamnya.

“Stevie G memang suka mengusik cara halus seperti ini. Dia jelas sekali bakal jadi pengganti Mourinho di masa hadapan.”

“Bayangkan kalau dia tergelincir waktu dia sepak bola tu.”

“Mesti lagi menarik kalau Lampard kembali ke saingan Premier League, kita perlu bagi Gerrard seteru. Dia walau baru kembali ke Premier League tapi sudah boleh dianggap sangat berjaya sekarang.”

“Adakah Gerrard nak cakap cara dia sepak bola tu lagi bagus dari pemain Everton? Walau seluruh stadium bising, tapi dia masih boleh bergembira tendang bola di tengah padang.”

“Luar biasa, lagi dia dikecam, lagi dia bergembira di situ. Villa dah buat keputusan tepat melantik dia sebagai pengurus.”

Villa berjaya mendaki ke kedudukan pertengahan dalam carta saingan Premier League pada ketika ini, selepas kejayaan mereka menewaskan Everton.

Keputusan itu jelas sekali mengukuhkan lagi kecemerlangan Gerrard mengendalikan Aston Villa sejak dari awal beliau dilantik mengendalikan kelab.

Bercakap selepas kejayaan menewaskan Everton 1-0, pengurus Aston Villa itu telah menyatakan bahawa:

“Jika mereka mahukan peperangan dan jika mereka mahu bertarung, kami semua akan bersatu berikan segalanya dan kami bersedia untuk bermain corak permainan seperti itu.”

​”Ia adalah sangat penting ketika 15 ke 20 minit pertama yang mana kami menunjukkan kepada penyokong di sini jika Everton mahukan peperangan, kami bersiap sedia mahu berperang dan kami sudah bersedia untuk bermain corak permainan seperti itu.”

Tambah Steven Gerrard lagi.

“Ada cara berbeza-beza untuk menang dalam perlawanan bola sepak, dan sudah tentu, akan ada cara terbaik untuk bermain dalam permainan seperti ini dengan gaya dan kawalan, tapi untuk datang ke Goodison hari ini, kami sedar yang kami perlu tunjukkan sesuatu yang berbeza.”

“John McGinn berjuang habis-habisan. Kami kehilangan dia minggu lalu bertemu United dan, untuk dapat dia hari ini, ia menunjukkan bagaimana pentingnya dia untuk Villa.”

“John McGinn sekali lagi mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan.”

Sebelum ini Gerrard turut menerima layanan yang sama ketika beliau berkunjung ke Old Trafford untuk beraksi bertemu Manchester United.

Namun beliau sama sekali tidak menunjukkan tanda-tanda kecewa atau sedih, sebaliknya beliau menganjing lagi para penyokong setan merah.

Bermula dengan beliau berpaling dan jalan mengundur ketika seluruh Old Trafford mencemuh beliau, Gerrard kemudiannya melabel stadium keramat United itu sebagai tempat yang sunyi selepas tamat perlawanan.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Klopp Menangis Sambil Mendedikasikan Kejayaan Liverpool Untuk Kenny Dan Gerrard