Peminat Terkedu Melihat Terjahan Kemenangan Lisandro Martinez

Lisandro Martinez melakukan terjahan menakjubkan untuk menafikan Australia mendapatkan gol penyamaan lewat perlawanan sekaligus membawa Argentina ke masa tambahan.

Dalam pertembungan pusingan 16 terakhir Piala Dunia yang dinanti-nantikan, Argentina adalah pasukan pilihan dengan skuad yang luar biasa dengan adanya GOAT, Lionel Messi dalam barisan kesebelasan mereka.

Australia sudah berjaya membuat kejutan mara ke pusingan 16 akhir. Dengan 2 kemenangan di peringkat kumpulan. Pertama kali dalam sejarah penyertaan mereka dalam piala dunia.

Bintang PSG,  Lionel Messi menjaringkan gol cantik pada minit ke-35 untuk membolehkan pasukannya mendahului. Pendahuluan itu kemudiannya digandakan oleh Julian Alvarez pada minit ke-57 selepas kesilapan buruk penjaga Socceroos Matthew Ryan.

Ketika Argentina dilihat terlalu dominan, Australia tiba tiba menghidupkan harapan mereka.

Australia menerima talian hayat pada minit ke-77 selepas percubaan Craig Goodwin terbias ke belakang gawangnya sendiri oleh Enzo Fernandez.

Gol yang disahkan sebagai jaringan sendiri itu benar benar membuatkan peminat Australia percaya sekali lagi.

Mereka mulai bermain bola sepak terbaik mereka pada malam itu. Memberikan Argentina tekanan selepas gagal melakukannya sepanjang perlawanan.

Dengan wisel penamat semakin hampir, Australia berusaha keras untuk mencipta satu peluang besar itu untuk membawa perlawanan ke masa tambahan.

Pada minit ke-80, bek kiri Australia Aziz Behich hampir menjaringkan gol solo tercantik Piala Dunia 2022. Dan mungkin akan menjadi gol yang akan mengubah nasib Argentina jika permainan dilanjutkan ke masa tambahan.

Ini kerana Argentina pastinya tertekan dan hilang fokus selepas dibolosi ketika mereka sedang memikirkan kemenangan yang menjelma.

Ketika Behich kerasukan roh Messi, menggelecek beberapa pemain dan tiba di depan gol, dia mahu melakukan rembatan terus.

Entah bagaimana, apabila tiba tiba, pemain pertahanan tengah Manchester United Argentina, Lisandro Martinez meluncur dan menghalang percubaan itu dengan terjahan luar biasa.

Aksi pertahanan berkelas dunia Tukang Sembelih Daging itu berjaya menafikan gol solo  daripada bek sayap Dundee United itu.

Peminat Australia di dalam stadium tergamam. Pengurus Socceroos seolah olah tidak percaya dengan apa yang dia baru saksikan.

Aksi bertahan berkelas dunia daripada pemain yang pernah dilabel Jamie Carragher sebagai tak cukup bagus untuk bermain di EPL kerana saiz fizikalnya yang kecil.

Warga maya menjadi tidak keruan membincangkan betapa pentingnya terjahan itu.

Terjahan itu dianggap terjahan kemenangan untuk Argentina.

Mereka kemudian memberikan pujian kepada Lisandro Martinez yang sentiasa sanggup melakukan apa sahaja demi menghalang bola daripada masuk.

Sejak menyertai Manchester United, dia telah menyelesaikan isu pertahanan di kelab itu. Dia seringkali melakukan aksi menyelamat seperti itu di hadapan De Gea.

Dia melakukan perkara yang sama cuba melindungi Emi Martinez dengan sedaya upaya.

Tak hairanlah peminat Man United mencabar kalau ada mana mana peminat mempertikaikan hakikat bahawa Lisandro Martinez adalah pemain pertahanan terbaik di EPL pada masa ini.

Brisson berkata:  “Bek tengah terbaik di Liga Inggeris. Berikan aku nama selain dia untuk kau berdebat dengan aku.”

Prestasi cemerlangnya bersama Ajax dan kemudian Man United membuatkan namanya berjaya berada dalam senarai pemain yang beraksi di Qatar.

Terjahan penting itu pastinya antara sebab lain Argentina ke suku akhir selain daripada aksi menyelamat Emi Martinez sebelum wisel penamat dibunyikan.

Dengan kemenangan itu, Messi dan pasukannya kini selamat mara ke suku akhir Piala Dunia.

Seterusnya bagi finalis 2014, mereka akan menempuhi ujian getir menentang Belanda, yang memastikan laluan ke suku akhir dengan menewaskan Amerika Syarikat 3-1.

Messi kini berpeluang sekali lagi menamatkan penantian negaranya untuk menjulang Piala Dunia ketiga di dalam sejarah mereka.

Messi ternyata berada dalam prestasi terbaiknya, walaupun terdapat kerisauan tentang kecergasan Messi sebelum Piala Dunia bermula.

BACA:  Man Utd Perlu Bayar £56k Kepada Ajax Setiap Kali Martinez Dimainkan