Peminat Terkejut ‘Beruk’ Melihat De Paula Tersenarai Dalam Skuad Terbaru Pilihan Pan-gon

Para peminat sukan bola sepak negara terkejut beruk ketika melihat nama Guilherme de Paula tersenarai dalam senarai 29 pemain ke pusat latihan Harimau Malaya pada minggu ini.

Jelas sekali para peminat akan terkejut kerana, De Paula merupakan antara pemain yang paling teruk di maki ketika beliau beraksi bersama skuad negara sebelum ini.

Aksi hambar dan dungu yang beliau persembahkan sebelum ini sememangnya tidak boleh diterima dan ramai yang menganggap keputusan menaturalisasikan bintang Brazil itu merupakan keputusan yang salah.

Para peminat bahkan sudah move on selepas De Paula tidak lagi disenaraikan bersama skuad negara ketika aksi bertemu Singapura dan Filipina sebelum ini.

Walau bagaimanapun, dengan tiba-tiba pengendali skuad kebangsaan Malaysia, Kim Pan-gon telah menamakan De Paula sebagai pemain yang ada dalam senarai 29 pemain ke pusat latihan Harimau Malaya minggu ini.

Pan-gon dari dimensi lain? Di mana beliau melihat persembahan De Paula? Atas tiket apa bintang JDT itu dipilih? Siapa undi dia?

Peminat terkejut beruk melihat nama De Paula dipanggil sertai kem latihan

Sudah tentu para peminat bingung memikirkan bagaimana nama De Paula boleh tersenarai dalam senarai ini, apa lagi selepas memikirkan beliau langsung tidak bermain pada musim baru ini.

Bersama Johor Darul Ta’zim, De Paula langsung tidak membuat sebarang kemunculan dan kerana itu peminat bingung Pan-gon nilai beliau dari segi apa?

JDT musim ini telah bermain lima perlawanan Liga Super, dua perlawanan Piala FA dan enam perlawanan Liga Juara-Juara AFC (ACL) namun dari kesemua perlawanan itu beliau langsung tidak bermain.

Mengapa nama beliau masih ada? Mengapa tergamaknya Kim Pan-gon menyenaraikan nama beliau dalam senarai skuad Harimau Malaya kali ini?

Ramai lagi pemain lain yang lebih berprestasi, namun mengapa De Paula yang dipilih? Mengapa? Mengapa?

Hanya Kim Pan-gon sahaja yang ada jawapannya dan mungkin sahaja beliau yakin beliau akan mampu mendapatkan yang terbaik dari bintang naturalisasi itu, namun satu hal yang pasti, peminat tidak bersetuju.

Aidil Zafuan sedia berjuang andai khidmatnya diperlukan

Senarai 29 pemain ke kem latihan pusat Harimau Malaya telah didedahkan semalam dan sepertinya khidmat Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak masih ditagih oleh Kim Pan-gon.

Walau nama beliau tidak tersenarai dalam senarai 29 pemain itu, namun nama Aidil tetap tersenarai dalam senarai menunggu untuk dipanggil.

Pemain yang telah memenangi sembilan kali gelaran Liga Super Malaysia itu jelas sekali mempunyai pengalaman luas yang sangat ditagih oleh Kim Pan-gon.

Kerana itu jugalah mungkin beliau tetap dipanggil dan namanya berada dalam senarai menunggu.

Bercakap dalam satu temu bual bersama Astro Arena, Aidil Zafuan mendedahkan bahawa:

“Jika di JDT kita memang main lebih kurang sama dengan skuad kebangsaan.”

“Kalau orang tanya err, kalau saya secara peribadi, formasi ini adalah baru bagi saya, because saya dibesarkan bermain sebelum ini dengan 4-4-2 dan jarang bermain dengan tiga defender.”

“So apa pun itu bukan alasan untuk saya tak boleh bagi full komitmen untuk pasukan, yang penting saya perlu fokus, apa yang dirancang oleh pasukan itu bergantung kepada coach lah.”

“Kalau sekiranya dia memerlukan khidmat saya, saya sedia beri yang terbaik untuk skuad kebangsaan.”

Beliau jelas sekali sentiasa bersedia untuk kembali beraksi andai Kim Pan-gon menagih khidmatnya.

Senarai yang didedahkan itu juga sepertinya tidak diterima dengan baik oleh para peminat, apa lagi ketika melihat nama De Paula turut ada dalam senarai tersebut.

Tidak pasti bila Kim Pan-gon melihat aksi De Paula musim ini hingga tergamak beliau menyenaraikan nama pemain naturalisasi itu dalam senarai pemain ke pusat latihan Harimau Malaya.

Mohamadou Sumareh (JDT) dan Liridon Krasniqi (Odisha) turut berada di dalam senarai 29 pemain yang dipanggil oleh Kim Pan-gon untuk kem latihan pusat kali ini.

Daripada senarai 29 pemain yang mendapat panggilan kali ini, 14 pemain adalah pemain JDT termasuk Syahmi Safari.

Walau bagaimanapun tiada tempat untuk pemain kelahiran United Kingdom, Nathaniel Shio Hong Wan yang telah mempamerkan aksi super mantap bersama JDT di peringkat kumpulan saingan Liga Juara-Juara Asia.

Turut berada di dalam senarai adalah tiga tonggak Negeri Sembilan, Khair Jones, Khuzaimee Piee, dan penjaga gol  Syihan Hazmi yang turut mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan dalam saingan Liga Super.

Selepas terpaksa diketepikan dari beraksi bertemu Singapura dan Filipina sebelum ini, bintang PJ City, Darren Lok bakal mampu membuktikan kemampuan sebenar beliau dipentas bola sepak antarabangsa kerana nama beliau turut tersenarai.

K. Kogileswaran dan Kalamillah Al-Hafiz turut disenaraikan dalam senarai ini bersama Khairulazhan Khalid (Selangor), Faisal Halim (Terengganu), Syafiq Ahmad (Kedah Darul Aman), Dominic Tan (Sabah), Azam Azih (Sri Pahang), Dion Cools (SV Zulte Waregem), Junior Edstal (Chonburi), dan Norshahrul Idlam Talaha (Melaka United).

Kim Pan-gon turut memiliki senarai 11 pemain dalam senarai menunggu untuk dipanggil sertai skuad Harimau Malaya pada ketika ini dengan membariskan pemain-pemain seperti:

Aidil Zafuan, Ramadhan Saifullah, Natxo Insa, Sharul Nazeem, Shahrel Fikri, Zhafri Yahya, A. Selvan, Khatul Anuar (PG), Rizal Ghazali, Nurshamie Iszuan & Arif Fadzillah

BACA:  Netizen Indonesia Tibai De Paula Kerana Pamer Aksi Keji Ke Atas Rachmat Irianto