Peminat ‘Terkejut Beruk’ Melihat Penampilan Ramires Pada Ketika Ini

Bekas pemain midfield Chelsea, Ramires membuat kemunculan dalam satu video yang dimuat naik oleh The Blues menjelang aksi bertemu Liverpool kemarin.

Para peminat terkejut beruk melihat penampilan terbaru beliau dan ramai yang turut langsung tak kenal siapa beliau sebelum beliau menyebut namanya sendiri.

Pemain kebangsaan Brazil itu meninggalkan Stamford Bridge untuk beraksi dalam saingan Chinese Super League bersama Jiangsu Suning dan beliau turut sempat beraksi di negara asalnya bersama Palmeiras.

Sejak tahun 2020 yang beliau, beliau tidak membuat sebarang penampilan bersama mana-mana kelab dan hal itu kekal sehingga ke hari ini.

Ramires muncul dalam video yang turut memperlihatkan bekas pemain seperti Willian, Cesc Fabregas dan Michael Essien untuk mengucapkan selamat kepada Chelsea untuk aksi dalam perlawanan akhir saingan FA Cup bertemu Liverpool.

Dalam video tersebut, Ramires dilihat menyatakan bahawa:

“Hai guys, Ramires sini. Cuma mahu memberikan ucapan semoga berjaya untuk perlawanan akhir FA Cup. Mari kita ulang sejarah kemenangan kita 10 tahun lalu bertemu Liverpool! Semoga berjaya guys!”

Ramires memenangi gelaran FA Cup bersama Chelsea dengan beliau ketika kariernya bersama The Blues turut memenangi pelbagai kejuaraan di Stamford Bridge.

League Cup, Premier League, Europa League dan Champions League merupakan antara Piala yang pernah beliau menangi ketika kariernya di Stamford Bridge.

Pemain berusia 35 tahun itu telah menjadi pemain terpenting Chelsea ketika kariernya dahulu dan penampilan beliau juga tidak pernah berubah.

Kepala botak licin dan tidak bermisai atau berjanggut, macam N’Golo Kante sekarang, tapi ketika melihat kemunculan beliau dalam video tersebut, ia jelas sangat berbeza.

Beliau nampak sangat matang dan jelas sekali 90 peratus peminat tidak akan kenal beliau andai beliau tidak memperkenalkan dirinya terlebih dahulu.

Kebanyakkan peminat lebih tertarik membincangkan tentang penampilan Ramires berbanding tujuan asal muat naik tersebut mahu mengucapkan selamat kepada skuad menjelang aksi bertemu Liverpool.

“Perubahan pada Ramires memang sungguh luar biasa. Saya betul-betul terkejut.”

“Saya sedang melihat Ramires tapi pada masa sama saya berfikir siapa sebenarnya dia ni?”

“Sejujurnya kalau dia tak sebut nama dia, saya memang tak tahu itu siapa, sangat-sangat berbeza dengan dia yang kita semua kenal.”

“Seolah-olah kita dah berpuluh tahun tak melihat dia, sangat berbeza, saya yakin memang tak ada sesiapa kenal dia sebelum dia sebut nama dia tadi.”

“Ramires? Saya betul-betul terkejut dan hilang kata-kata. Sangat-sangat berbeza. Saya terus rindu Ramires yang kita pernah lihat dulu.”

Di bawah merupakan antara gambar yang pernah dimuat naik oleh Ramires di laman instagram miliknya dan jelas sekali beliau mengalami perubahan penampilan yang sangat ketara.

Tidak ada sesiapa yang menduga Ramires boleh berubah seperti itu dan jelas sekali kemunculan beliau berjaya mengubat rindu para peminat terhadapnya.

Chelsea walau bagaimanapun terpaksa akur terlepas gelaran FA Cup itu selepas mereka mencatatkan kekalahan 6-5 di tangan Liverpool menerusi penentuan sepakan penalti.

Kedua-dua pasukan sekadar terikat tanpa jaringan selepas beraksi selama 120 minit dan kerana itulah pemenang perlu diputuskan menerusi penentuan sepakan penalti.

Selepas Alisson Becker menyelamatkan sepakan penalti Mason Mount, Kostas Tsimikas tampil sebagai pengambil sepakan penalti ketujuh untuk kem Liverpool.

Bintang Greece itu kemudiannya berjaya menjaringkan gol seterusnya mengesahkan kejuaraan untuk Liverpool menjuarai saingan FA Cup musim ini.

Harapan Liverpool untuk memenangi gelaran quadruple juga masih hidup apa lagi selepas Man City keciciran mata kerana sekadar seri 2-2 bertemu West Ham United sebelum ini.

Liverpool tentunya mahu menang baki dua perlawanan mereka dalam saingan Premier League bertemu Southampton dan Wolverhampton Wanderers.

Dan skuad kendalian Jurgen Klopp itu jelas sekali sangat berharap agar Steven Gerrard akan mampu memimpin anak-anak buahnya untuk memastikan Man City keciciran mata.

Sebaik tamat saingan domestik, Liverpool akan segera mengalihkan tumpuan mereka kepada aksi dalam perlawanan akhir saingan Champions League.

Liverpool akan turun bertemu Real Madrid dalam aksi perlawanan akhir saingan Champions League musim ini dan jelas sekali anak-anak buah Jurgen Klopp itu sangat terdesak mahu memenangi gelaran Eropah ketujuh mereka musim ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  'The Next Drogba' Tinggalkan Chelsea Untuk Sertai Crystal Palace Secara Pinjaman