Peminat Terkejut Melihat Bentuk Badan Arsene Wenger Di Usia 72 Tahun

Gambar terbaru legenda terhebat sepanjang zaman Arsenal, Arsene Wenger tular di media sosial pada ketika ini dan ia jelas sekali membuatkan ramai pihak terkejut dan terkedu melihat bentuk fizikal beliau yang sungguh luar biasa dasyat itu.

Di dalam gambar tersebut, Arsene Wenger dilihat bergambar di tepi pantai dan ramai peminat yang tertanya-tanya bagaimana beliau boleh memastikan bentuk badan beliau kekal berada di tahap terbaik walau beliau sudah berusia 72 tahun.

Wenger sudah bersara dari dunia bola sepak sejak dari tahun 2018 lagi, dengan beliau pada ketika itu meninggalkan Arsenal selepas melalui karier yang sungguh luar biasa menakjubkan sebagai pengurus kelab dari London itu.

Selepas pemergian beliau, Arsenal jelas sekali sukar untuk mencari pengganti pengurus legenda kelab itu dengan mereka bergelut dengan masalah prestasi dan konsistensi sehingga hari ini.

Walau sudah empat tahun meninggalkan kelab, Wenger sebenarnya masih lagi cemerlang dalam menjaga kesihatan beliau dengan bentuk fizikal beliau juga masih berada di tahap yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Terbaru, telah tular di laman sosial pada ketika ini yang mana para peminat terkejut dan terkedu melihat bentuk fizikal Wenger yang sungguh luar biasa dasyat.

Pemilik akaun twitter @UpYourArsenal telah memuat naik gambar Wenger yang sedang berada di tepi pantai dengan menulis:

“Arsene Wenger di usia 72 tahun. The Gaffer.”

Tulisnya di laman media sosial.

Para peminat kemudiannya membanjiri gambar tersebut dengan meninggalkan pelbagai komen yang menunjukkan mereka benar-benar kagum melihat bentuk fizikal legenda terhebat sepanjang zaman Gunners itu.

“Saya berani katakan yang bentuk fizikal dia di usia 74 tahun sebenarnya jauh lebih baik berbanding ramai antara kita yang jauh lebih muda dari dia.”

“Malu untuk saya mengaku, tapi sejujurnya dia ada potongan badan yang jauh lebih baik dari saya yang kini baru berusia 31 tahun.”

“Seorang legenda yang sangat mesra peminat, saya pernah bertemu dia sebelum ini dan dia layan saya penuh kemesraan. oh ya, bentuk fizikal dia memang berada di tahap yang hebat, saya tak rasa ada orang seusia dia yang mampu menjaga fizikal mereka seperti mana dia lakukan.”

“Saya rasa kebanyakkan pemain bintang pun belum tentu boleh lakukan apa yang Wenger lakukan, mereka lepas saja bersara fizikal mereka sudah tidak dijaga dan buktinya lihat saja bagaimana fizikal Samir Nasri lepas dia bersara dari dunia bola sepak.”

“Wow! orang mungkin tak akan percaya dia sudah berusia 72 tahun jika melihat kepada fizikal dia sekarang. Memang benar-benar mengejutkan saya.”

Jika dilihat pada gambar yang tular itu, Wenger sedang bergambar bersama dua orang peminat dan apa yang mencuri perhatian ramai adalah beliau masih memiliki ‘six-pack’ walau sudah sedikit berkedut.

Ketika kariernya sebagai pengurus, Wenger sememangnya sentiasa berada di tahap fizikalnya yang terbaik, dan melihat kepada gambar yang sedang tular itu, beliau sepertinya masih menjaga hal tersebut dan ia jelas sekali satu hal yang sangat menarik untuk disaksikan.

Pengurus legenda Gunners itu ketika kariernya beliau berjaya membantu kelab memenangi tiga gelaran Premier League dan beliau juga berjaya menjadikan Arsenal sebagai antara pasukan gergasi dalam saingan bola sepak Inggeris.

Beliau pada ketika ini memegang jawatan sebagai Chief of Global Football Development bersama FIFA dan beliau sesekali turut diundang menjadi pundit di beIN Sport ketika ada perlawanan penting dan menarik.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Henry Bukan 'G.O.A.T' Dalam Saingan Premier League