Peminat Terkesima Melihat Suasana Dasyat Penyokong Di Johan Cruijff Arena

Peminat bola sepak seluruh dunia terpukau dan terpegun melihat bagaimana meriahnya para penyokong Borussia Dortmund ketika menyaksikan perlawanan pasukan kesayangan mereka bertemu Ajax awal pagi tadi.

Para penyokong Borussia Dortmund dan Ajax benar-benar bergembira menyaksikan perlawanan pada awal pagi tadi.

Sebelum sepak mula perlawanan, penyokong Borussia Dortmund membakar mercun/bunga api sambil menyalakan suar dan bom asap.

Terdapat dua kelompok penyokong Dortmund yang berkunjung ke Amsterdam dengan satu kelompok di belakang gol dan satu lagi di sisi padang sebelah atas.

Kedua-dua kelompok tersebut serentak menyalakan suar, bom asap dan menyajikan pesta percikan bunga api sambil para penyokong tuan rumah turut menyertai mereka.

Perlawanan dimulakan dengan asap kuning masih memenuhi ruang udara stadium, dan sehingga masuk ke minit ke-11 permainan, dan dengan Dortmund sudah ketinggalan satu gol dibelakang, suasana dalam stadium masih kabur.

Para penyokong Dortmund tidak henti-henti menyanyi memberi semangat kepada pasukan mereka, dan walau sudah ketinggalan 2-0, mereka masih tidak berhenti untuk memberi sokongan.

Daley Blind menjaringkan gol kedua untuk Ajax mendahului Borussia Dortmund pada minit ke-25 permainan, dan keputusan itu kekal sehingga tamat aksi babak pertama permainan.

Masuk aksi babak kedua, Antony meledak gol untuk Ajax mendahului Dortmund 3-0 pada minit ke-57 permainan.

Sebastien Haller melengkapkan kemenangan bergaya Ajax menewaskan Borussia Dortmund 4-0 selepas beliau meledak gol yang cukup cantik dan menakjubkan pada minit ke-72 permainan.

Walau sudah tewas 4-0, para penyokong Borussia Dortmund sepertinya tidak peduli dengan keputusan perlawanan, dengan mereka tetap terus memberi sokongan padu kepada para pemain.

Selepas wisel penamat dibunyikan, Erling Haaland yang merasa bersalah terhadap para penyokongnya, dengan segera meminta maaf kepada semua penonton pasukan pelawat.

Ia merupakan sikap terpuji yang ditunjukkan oleh pemain muda itu, yang tidak mahu para penyokong pulang dengan rasa hampa dan kecewa.

Para penyokong Ajax sendiri turut memuji dan mengagumi para penyokong Dortmund, yang tidak terus meninggalkan stadium selepas melihat skuad mereka dibelasah teruk di atas padang.

Kekalahan ini merupakan yang paling teruk pernah Borussia Dortmund hadapi ketika bertemu Ajax dalam sejarah saingan Champions League.

Dortmund kini berada di kedudukan kedua dalam saingan peringkat kumpulan C dengan mengumpul 6 mata, 3 mata di belakang Ajax yang sedang mendahului.

Laluan untuk kedua-dua pasukan mara ke peringkat kalah mati juga sepertinya masih terbuka luas, dengan mereka jelas sekali pasukan pilihan yang akan mara ke pusingan 16 terbaik.

Sumber: S.Y.G

BACA:Β  Sikap Terpuji Pemain Ajax Terhadap Plank Mendapat Pujian Menggunung Dari Peminat Seluruh Dunia