Peminat Terkilan Melihat Kekasaran Tak Bermoral Yang Dilakukan Oleh Tyrone Mings Ketika Bertemu Austria

Penyokong England terkedu melihat kedunguan Tyrone Mings yang melakukan skill MMA di dalam kotak penalti ketika aksi persahabatan bertemu Austria.

Mings melakukan aksi dungu itu pada aksi babak pertama permainan, dan mujur saja pengadil perlawanan tak nampak aksi keji yang beliau lakukan itu.

Sasa Kalajdzic berlari masuk ke dalam kotak penalti England ketika pasukannya sedang melakukan serangan pantas.

Mings yang bermain di posisi centre-back cuba untuk menghalang Sasa dari masuk ke dalam kotak dengan menyiku muka pemain penyerang Austria itu.

Apa yang membuatkan para penyokong England bengang adalah Mings sama sekali tidak berusaha untuk berfikir seperti manusia normal, dengan beliau seperti singa lapar yang terus menerkam Sasa sebelum pemain Austria itu masuk ke dalam kotak penalti pun lagi.

Ia bukan hanya tindakan yang tergopoh gapah, sebaliknya ia adalah tindakan yang ultimate dungu yang bakal memberi kesan kepada pasukan.

Mings boleh dilayangkan kad merah atas kekasaran yang beliau lakukan itu dan Austria boleh dihadiahkan sepakan penalti.

Hal itu menyebabkan para peminat England mula risau dengan masalah di posisi centre-back seandainya Southgate berharap pada Mings.

Dengan keadaan ketua pasukan Manchester United, Harry Maguire yang masih belum cergas sepenuhnya, hanya ada tiga lagi pemain centre-back yang berada dalam skuad England.

Salah seorang dari tiga pemain itu adalah Mings, pemain yang melakukan aksi dungu dan hampir menyebabkan pasukan tewas di tangan Austria awal pagi tadi.

Beliau jelas masih belum bersedia untuk bermain di kejohanan besar seperti Euro dan para peminat sangat berharap Southgate tidak mengambil risiko untuk menurunkannya.

Dek kerana kesilapan dungu beliau tidak dihukum, maka aksi babak pertama permainan berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.

England berjaya peroleh gol pendahuluan yang juga merupakan gol kemenangan mereka dalam perlawanan ini pada awal aksi babak pertama menerusi Bukayo Saka.

Skuad The Three Lions tidak menunjukkan aksi persembahan yang baik dalam perlawanan ini mungkin kerana kebanyakkan pemain utama masih belum turun beraksi.

Jack Grealish antara yang paling mencuri tumpuan dalam perlawanan ini dengan para peminat menggesa Gareth Southgate untuk menurunkannya sebagai kesebelasan utama untuk akak Euro nanti.

Baca Juga

Baca Juga