Peminat Terpegun Melihat Khabib Berenang Melawan Arus Deras Yang Sejuk

Khabib Nurmagomedov merupakan salah seorang petarung terhebat sepanjang zaman dalam sejarah UFC, dan beliau turut pernah mengharungi karier yang sungguh dasyat.

Petarung dari Rusia itu merekodkan 29 kemenangan dari 29 perlawanan tanpa kalah sebelum beliau mengumumkan untuk bersara dari dunia sukan MMA.

Khabib Nurmagomedov juga senantiasa berada di tahap fizikal terbaik sepanjang kariernya dan antara alasan sebalik kejayaan itu adalah bagaimana keras dan sukarnya latihan yang beliau jalani.

Melihat kepada latihan kardio yang beliau amalkan ia jelas membuktikan bahawa itulah punca sebenar mengapa beliau mampu untuk terus berada di tahap kecergasan terbaiknya.

Pada tahun 2019 yang lalu, sekitar sebulan selepas kejayaan beliau menewaskan Dustin Poirier, Khabib dilihat menjalani latihan dengan berenang melawan arus di sungai yang dingin di Kizilyurt, Dagestan sebagai persediaan untuk perlawanan beliau yang seterusnya.

Berenang secara berlawan arus yang deras, dengan air yang sangat sejuk, ia jelas sekali satu hal yang sangat sukar untuk dilakukan oleh manusia biasa.

Bahkan selain mempunyai ketahanan nafas yang cukup menakjubkan, fizikal Khabib juga sebenarnya sangat dasyat, dengan beliau mampu mengelak dari kejang ketika berenang dalam air yang sesejuk itu.

Hal yang sukar dan mungkin boleh beri kecederaan atau kemalangan kepada seseorang, nampak mudah sahaja dilakukan oleh Khabib.

Kerana itulah Khabib mampu untuk menjadi antara petarung terhebat pernah muncul dalam dunia sukan MMA.

Melihat beliau melakukan latihan berat dan sukar seperti itu bukanlah satu hal yang janggal, ia kerana sebelum ini pernah tular aksi bagaimana Khabib berlatih bersama seekor beruang.

Kerana semua latihan dan kesukaran itulah yang menjadikan Khabib Nurmagomedov sebagai seorang petarung yang sukar untuk dikalahkan.

Beliau merupakan petarung paling digeruni dalam dunia sukan MMA dan rekod yang beliau cipta sebelum mengumumkan persaraannya sudah cukup untuk membuktikannya.

Petarung dari Rusia itu berjaya menewaskan Justin Gaethje ketika aksi perlawanan terakhir dalam kariernya, dengan menggunakan teknik triangle choke pada pusingan kedua perlawanan tersebut.

Sebaik tamat perlawanan tersebut, Khabib Nurmagomedov terus mengumumkan persaraannya dari dunia sukan MMA, kerana terkesan dengan pemergian ayahnya yang tercinta beberapa bulan sebelum itu.

Walau bagaimanapun, Khabib ketika ini masih aktif sebagai jurulatih dengan beliau turut memegang rekod yang menakjubkan bersama anak-anak buahnya.

Beliau turut membuka promosi sendiri selepas membeli Gorilla Fighting Club dengan nilai $1 juta sebelum menamakan semula promosi tersebut kepada Eagle Fighting Club.

Ramai peminat yang sangat berharap untuk melihat Khabib kembali beraksi, namu hal itu sepertinya tidak akan menjadi kenyataan.

Sumber: GMS

BACA:Β  Khabib Dan Seedorf Buka Akademi Bola Berasaskan MMA