Peminat Terpukau Melihat Perubahan Fizikal Tuanzebe Yang Sungguh Dasyat

Pemain pertahanan Manchester United, Axel Tuanzebe telah kembali ke kelab dan beliau tampil dengan penampilan baru yang sungguh menggerunkan.

Beliau menghabiskan masa yang ada dengan membina otot mungkin untuk mendapatkan kelebihan dari segi fizikal dan para peminat jelas sekali sangat teruja melihat perubahan pada fizikal beliau.

Pemain berusia 24 tahun itu pada awal musim lalu telah menghabiskan masa beraksi sebagai pemain pinjaman bersama Aston Villa dengan beliau sempat membuat 11 penampilan dari semua pertandingan.

Walau bagaimanapun, selepas Steven Gerrard hadir menggantikan Dean Smith sebagai pengurus baru Aston Villa, Tuanzebe tidak lagi mendapat kesempatan untuk diturunkan dalam kesebelasan utama kelab.

Beliau juga kemudiannya turut dipanggil semula kembali ke kelab seterusnya mengakhiri perjanjian pinjaman bersama Aston Villa.

Beliau kemudiannya turut dihantar ke Itali untuk beraksi dalam saingan Serie A bersama Napoli namun Tuanzebe tetap tidak mendapat minit permainan yang mencukupi.

Beliau hanya sempat membuat dua penampilan sahaja bersama Napoli sebagai pemain pinjaman pada musim lalu.

Produk akademi United itu kini dipanggil semula ke kelab dan beliau berkemungkinan akan mendapat tempat di bawah kendalian pengurus baru, Erik Ten Hag.

Walaupun tidak mendapat minit permainan yang mencukupi sebelum ini, Tuanzebe jelas sekali tidak sekadar berehat, dengan beliau dilihat berusaha keras berlatih di gym dan hasilnya memang menakjubkan.

Beliau berkongsi gambar dirinya berada di gym, dan para peminat teruja serta terpukau melihat perbezaan fizikal beliau pada ketika ini.

Otot yang ada pada badan beliau menunjukkan seolah-olah beliau mahu mengubah kariernya dari pemain bola sepak kepada petarung UFC.

Para penyokong Manchester United jelas sekali antara yang paling teruja melihat perubahan fizikal beliau dan ramai dari mereka yang menganggap Tuanzebe meniru rutin latihan Leon Goretzka untuk mendapatkan potongan badan seperti itu.

“Dia jadikan Goretzka sebagai idola, tengok badan dia sekarang, saya rasa itu saja sudah cukup untuk menggerunkan pemain lawan.”

“Adakah dia mahu ke UFC selepas ini? Badan macam ini memang sangat sesuai untuk beraksi dalam sukan MMA.”

“Kalau semua pemain kita ada semangat macam ni, saya rasa pasukan lawan akan lebih gerun dengan kita. Fizikal impian setiap pemain.”

“Walau tak dapat bermain tapi dia tak menyerah, mentaliti inilah yang kita harapkan ada pada semua pemain kita.”

“Dia patut bawa pemain muda lain untuk sertai dia , pemain muda kita ramai yang tak ada fizikal, Tuanzebe boleh jadi idola kepada mereka semua.”

Tuanzebe merupakan pemain paling muda untuk menjadi ketua pasukan Man Utd selepas Norman Whiteside ketika beliau dilantik menjadi kapten dalam aksi perlawanan bertemu Rochdale pada September 2019 yang lalu dalam saingan Carabao Cup.

Setahun selepas itu, beliau telah melakukan debutnya dalam saingan Champions League dan turut berjaya menyimpan Kylian Mbappe dalam poketnya pada ketika itu di Parc des Princes.

Pada Ogos 2021, ketika beliau sedang beraksi sebagai pemain pinjaman, beliau telah menandatangani lanjutan kontrak selama dua tahun bersama kelab.

Bintang Manchester United itu bukan hanya cemerlang dalam bola sepak, dengan beliau turut memegang Guinness World Record sebagai individu paling cepat menyelesaikan permainan Hungry Hippos.

Beliau berjaya mendapatkan penghargaan secara rasmi selepas memegang rekod tersebut ketika aksi jelajah United di Amerika Syarikat pada tahun 2018 yang lalu.

17.36 saat merupakan catatan masa yang mampu beliau catatkan dan dengan perubahan fizikal yang beliau tunjukkan, Tuanzebe mungkin boleh mencatatkan rekod yang lebih baik dari itu.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Peminat Man Utd Percaya Cavani Beri Tips Kepada Tuanzebe Untuk Hadapi PSG