Peminat Tertarik Melihat Aksi Azpilicueta ‘Mengejek’ Penyokong Leeds United

Ketua pasukan Chelsea, Cesar Azpilicueta dilihat mengejek para penyokong Leeds United ketika aksi pertemuan antara kedua-dua pasukan dalam saingan Premier League kemarin.

Bintang Sepanyol itu berjalan di hadapan tempat duduk penyokong Leeds di Stamford Bridge dengan beliau tak henti-henti menunjukkan isyarat mengejek para penyokong pasukan pelawat.

The Blues berjaya melakarkan kemenangan yang cukup dramatik selepas menewaskan anak-anak buah Marcelo Bielsa itu dengan keputusan 3-2.

Dua gol menerusi sudut sepakan penalti dari Jorginho membantu Chelsea untuk mencatatkan kemenangan tipis dalam perlawanan yang betul-betul panas itu.

Leeds United memulakan perlawanan itu dengan sangat baik dan hasilnya mereka berjaya memperoleh gol awal pada minit ke-28 permainan menerusi Raphinha.

Raphinha cemerlang meledak gol menerusi sepakan penalti, sebelum gol pendahuluan beliau itu berjaya dipadamkan oleh Mason Mount.

Mount cemerlang meledak gol penyamaan seterusnya menghangatkan lagi perlawanan yang menemukan kedua-dua pasukan ini.

Pada aksi babak kedua permainan, skuad kendalian Thomas Tuchel berjaya mendahului perlawanan dengan keputusan 2-1 selepas Jorginho menyempurnakan sepakan penalti pertama yang mereka menangi dalam perlawanan ini.

Dan dengan baki 20 minit, Chelsea memutuskan untuk memasukkan Andreas Cheistensen dan mengeluarkan ketua pasukan mereka Cesar Azpilicueta.

Ketika berjalan meninggalkan padang, pemain kebangsaan Sepanyol itu dilihat tak henti-henti mengejek penyokong pasukan pelawat sambil penyokong Chelsea memberi sokongan kepada beliau.

Rakaman bagaimana Azpilicueta mengejek penyokong pasukan pelawat boleh ditonton di bawah.

Nampak macam mana semangat dia nak mengejek? Nampak gaya dia lagi semangat nak mengejek dari nak bermain.

Pemain muda Leeds United, Joe Gelhardt berjaya menjaringkan gol pertama beliau untuk skuad, seterusnya mengikat kedudukan menjadi 2-2.

Walau bagaimanapun, pemain yang paling banyak melakukan kesilapan untuk skuad Chelsea sejak kebelakangan ini, Jorginho berjaya menjaringkan gol kemenangan untuk The Blues.

Jorginho menjaringkan satu lagi gol menerusi sepakan penalti pada minit-minit akhir permainan untuk mengesahkan kemenangan 3-2 Chelsea menewaskan Leeds United.

Para penyokong yang hadir menyaksikan pertembungan antara kedua-dua pasukan ini tentunya sangat berpuas hati dengan persembahan para pemain yang mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menghiburkan.

Berkait masa hadapan Azpilicueta di Stamford Bridge, pemain berusia 32 tahun itu sepertinya bakal meninggalkan kelab sebagai pemain bebas ejen pada musim panas nanti.

Tidak keterlaluan juga untuk menganggap yang beliau bakal pergi sebagai legenda kelab selepas melihat segala sumbangan beliau untuk Chelsea sepanjang kariernya di Stamford Bridge.

Beliau menyertai The Blues pada tahun 2012, dengan pemain kebangsaan Sepanyol itu berjaya membantu Chelsea menjulang dua kali gelaran Champions League dan dua gelaran Premier League.

Walau bagaimanapun, ketua pasukan Chelsea itu sepertinya sukar untuk mendapatkan minit permainan yang mencukupi sejak beberapa musim kebelakangan ini.

Kontrak beliau bersama kelab akan berakhir pada penghujung musim nanti dengan beliau dilaporkan berminat untuk meninggalkan kelab sebagai pemain bebas ejen pada Jun 2022 nanti.

Media Sepanyol, MARCA melaporkan yang Barcelona merupakan pasukan paling berminat untuk mendapatkan khidmat pemain kebangsaan Sepanyol itu.

Gergasi Catalan itu sehingga kini masih terus memantau perkembangan Azpilicueta dan bakal menawarkan kontrak kepadanya selepas kontrak asal beliau bersama Chelsea tamat nanti.

Selepas mencatatkan kekalahan 3-2 bertemu West Ham minggu lalu, The Blues terpaksa akur dipintas oleh Manchester City dan Liverpool dalam carta kedudukan Premier League.

Kejayaan menewaskan Leeds United kemarin membantu skuad kendalian Thomas Tuchel itu untuk terus beri cabaran kepada Liverpool dan Man City di kedudukan tiga teratas dalam carta saingan liga.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Chelsea Pernah Terlepas Dapatkan Mbappe Gara-Gara Emaknya Sentap dan Naik Hantu