Peminat Teruja Melihat Lesnar Kembali Dan Membelasah Cena Ketika Off-Air

Brock Lesnar membuat kemunculan semula di acara WWE dan ia benar-benar mengejutkan para peminat gusti seluruh dunia.

Beliau dengan tiba-tiba muncul di acara SummerSlam hari ini untuk berdepan dengan Roman Reigns yang baru sahaja menghabiskan karier John Cena.

Walau bagaimanapun, ketika kamera sudah berhenti merakam (off-air), The Beast Incarnate dengan segera mengalihkan perhatiannya pada John Cena yang baru sahaja dilunyai oleh Roman.

Peminat yang masih ada di Arena merakam insiden tersebut dan memuat naik di media sosial, dan sepertinya rakaman off-air lebih mendapat sambutan berbanding siaran langsung acara tersebut.

Para peminat berkongsi klip video yang menunjukkan apa sebenarnya yang berlaku selepas tamat acara SummerSlam, dengan Lesner ketika itu dilihat menangkap Cena dari belakang, lalu menghantarnya ke Suplexed City.

Hal ini sepertinya sudah terbisa untuk para peminat John Cena sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ia kerana beliau senantiasa akan jadi tetamu pertama Brock Lesnar untuk ke Suplexed City.

Reaksi para penyokong jelas sangat terkejut, dan pada masa sama turut berasa kagum melihat bagaimana Lesnar melanyak Cena yang sudah tidak bermaya itu.

Sebaik beliau melakukan gerakan Suplexed ke aras kanvas, Lesnar kemudiannya sekali lagi melakukan hal yang sama dalam usahanya untuk menyiksa Cena.

The Beast Incarnate tampil berwajah baru dengan rambut panjang diikat rapi, dan beliau nampak sungguh bernafsu untuk membelasah lebih ramai penggusti lain selepas ini.

Untuk menunjukkan bagaimana bernafsunya beliau untuk kembali, Brock Lesnar turut melakukan gerakan F-5 ke atas John Cena yang jelas sudah tidak mampu berbuat apa-apa lagi.

Tidak mengejutkan untuk melihat para peminat WWE di seluruh dunia teruja dengan insiden tersebut, dengan ramai dari mereka yang merasa lega kerana kehadiran Brock bakal mengisi banyak kekosongan yang ada pada WWE sekarang.

Tidak kurang ada juga peminat yang merasakan Cena tak sepatutnya diperlakukan sebegitu, dengan menyatakan:

“Jika mereka terus membiarkan Cena kena belasah macam tu, aura dia akan hilang, dan memukul dia selepas ini sudah tidak membawa apa-apa makna lagi. Legasi dia harus dijaga, jangan sampai semua orang tanam dalam fikiran yang dia hanya akan jadi mangsa belasahan sahaja.”

“Saya tak percaya. Tapi saya akan selalu yakin pada dia (John Cena), saya akan terus sokong dia. Tapi saya juga tidak mengharapkan yang tak baik untuk orang lain. Tapi saya, saya boleh jadi loser di sini. Cuma saya tak akan benarkan. Kebenaran akan muncul dan Cena akan bangkit.”

“Badan saya masih menggigil. Semalam kerana Punk. Hari ini kerana Becky Lynch dan Brock Lesnar.”

“Ketika Cena kembali semua orang bersorak, ramai menonton SummerSlam kerana dia, tapi WWE membiarkan dia kena belasah seperti itu. Agak mengecewakan.”

Begitulah komen-komen dari para peminat di media sosial, yang berkongsi pelbagai perasaan ketika melihat kemunculan semula Brock, dan bagaimana beliau membelasah John Cena.

Apa yang pasti, WWE berjaya menarik minat para penonton dengan membawa semula Brock Lesnar pada masa yang sangat tepat.

Mungkin sebelum ini ramai yang percaya kehadiran CM Punk akan membuatkan WWE gulung tikar dan tiada siapa mahu menonton rancangan milik Vince McMahon itu lagi.

Walau bagaimanapun, kehadiran Lesnar telah mencetuskan pelbagai spekulasi dan kontroversi, secara tak langsung membuatkan para peminat semakin tidak sabar untuk menonton apa lagi akan berlaku selepas ini.

Apa lagi memikirkan tentang Paul Heyman. Siapa akan beliau pilih selepas ini? Kekal bersama Roman atau kembali bersama Brock?

Adakah Cena akan betul-betul bersara seketika dan membiarkan Lesnar berseteru dengan Roman, atau beliau akan terus kekal untuk turut berseteru?

Terlalu banyak persoalan yang timbul dan tentunya semua peminat mahukan jawapan.

Sumber: GMS

BACA:  Sheamus Berkongsi Gambar Ngeri Ekoran Kecederaan Beliau Alami Ketika Acara RAW Minggu Ini