Peminat Teruja Melihat Potongan Badan Ronaldo Di Usia 37 Tahun

Cristiano Ronaldo belanja gambar otot beliau yang kekar ketika beliau sedang menjalani latihan sendirian sebelum kembali sertai skuad United pada pra musim ini.

Pemain berusia 37 tahun itu masih meneruskan rutin latihan seperti biasa walau semua pemain pada ketika ini sedang menikmati cuti rehat antarabangsa.

Beliau telah memuat naik gambar yang menunjukkan bagaimana mantapnya fizikal beliau di usia 37 tahun dan ia membuktikan usaha beliau menjaga tahap kecergasan dan fizikalnya membuahkan hasil.



Bintang Manchester United itu memuat naik gambar beliau sedang berlatih di gym dengan beliau turut belanja pengikutnya gambar six-pack beliau.

Ronaldo memuat naik gambar tersebut dengan menulis:

“Rasa hebat.”

Cristiano Ronaldo menikmati musim yang sungguh menakjubkan pada musim lalu bersama skuad setan merah.

Beliau berjaya mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan walau United sedang melalui musim yang sangat mendukacitakan.

Beliau berjaya menjaringkan 24 gol dari 38 perlawanan dalam semua pertandingan dengan Ronaldo turut tersenarai dalam senarai PFA Premier League Team of the Year.

Pemain kebangsaan Portugal itu bakal kembali ke Old Trafford pada musim panas ini dan musim hadapan bakal menjadi musim terakhirnya bersama setan merah.

Walau bagaimanapun, terdapat banyak laporan yang menyatakan bahawa Cristiano Ronaldo mungkin tidak akan kembali pada musim panas ini dengan beliau mahu berpindah menyertai kelab lain.

Tidak beraksi di pentas saingan Champions League mungkin menjadi faktor utama mengapa Ronaldo tidak berminat untuk kekal di Old Trafford.

Walau bagaimanapun juga, ketika bercakap tentang kedatangan Erik Ten Hag, Ronaldo sepertinya telah memberi gambaran yang beliau akan kekal bersama kelab.

​”Saya tahu yang dia sudah lakukan tugas yang sungguh menakjubkan bersama Ajax, dan dia seorang pengurus yang berpengalaman. Tapi kita semua perlu beri dia masa.”

Jelas Ronaldo kepada laman rasmi kelab.

“Semuanya perlu berubah mengikut kehendak dia. Jika kamu lakukan dengan baik, keseluruhan Manchester United akan berjaya, jadi saya doakan yang terbaik untuk kita semua.”

“Kita semua gembira dan teruja (menyambut kedatangan Ten Hag), bukan hanya sebagai pemain, tapi juga sebagai penyokong.”

“Kita perlu percaya yang tahun hadapan kita akan menang Piala.”

Ronaldo merupakan antara pemain yang ada dalam perancangan Ten Hag pada musim hadapan dengan bekas pengurus Ajax itu bakal melakukan rombakan besar-besaran pada musim panas ini.

​Beliau turut mahu menjual Eric Bailly sebagai sebahagian dari perancangan beliau mahu mendapatkan pemain baru pada musim panas ini.

Man Utd tawarkan Eric Bailly kepada Newcastle

Manchester United telah menawarkan pemain pertahanan, Eric Bailly kepada Newcastle United dalam usaha mereka mahu menghidupkan semula karier bintang Ivory Coast itu.

Terdapat laporan yang menyatakan bahawa Man Utd sanggup menjual pemain centre-back mereka itu kepada Newcastle, walau mereka sendiri masih gagal untuk membeli pertahanan baru.

Skuad setan merah itu sebelum ini dikatakan sangat berminat mahu mendapatkan Jurien Timber sebagai penguat barisan pertahanan mereka.

Bersama Man Utd, Bailly sebenarnya sukar untuk mendapatkan minit permainan dan beliau lebih kerap memanaskan bangku simpanan sahaja.

Pemain berusia 28 tahun itu hanya membuat 7 penampilan sahaja dari semua pertandingan sepanjang musim 21/22 ini.

Pemain kebangsaan Ivory Coast itu tiba di Old Trafford pada musim panas 2016 yang lalu dengan yuran perpindahan bernilai £33.20 juta.

Beliau pada awalnya sangat diharapkan akan mampu memantapkan lagi barisan pertahanan Man United, namun sepertinya hal itu tidak menjadi kenyataan.

Beberapa siri kecederaan kerap menjejaskan karier Bailly di Old Trafford dengan beliau baru membuat 116 penampilan sahaja sepanjang 6 musim bersama Manchester United.

Tak cukup dengan masalah kecederaan, Bailly juga turut kerap mempamerkan aksi persembahan yang sangat hambar dan kerana itulah beliau tidak diturunkan dalam kesebelasan utama United.

Beliau sebenarnya sangat berharap akan dapat beraksi dalam kesebelasan utama United, namun atas alasan-alasan seperti yang dinyatakan di atas, khidmat beliau sepertinya tidak begitu diperlukan.

Laporan terbaru dari media UK mendedahkan yang Man Utd telah menawarkan Eric Bailly kepada Newcastle United.

Man Utd mahu £20 juta untuk pemain pertahanan itu, dan mereka sanggup terima sekurang-kurangnya £8.5 juta andai Newcastle United berminat.

United sebenarnya merancang mahu menandatangani pemain pertahanan Ajax, Jurrien Timber sebelum pengurus skuad kebangsaan Belanda yang juga bekas pengurus Man Utd, Louis Van Gaal menasihati pemain itu supaya menolak ke Old Trafford.

Rundingan untuk menjual Bailly kepada Newcastle akan beri kelebihan kepada Manchester United, dengan mereka akan setidak-tidaknya mengurangkan beban pembayaran gaji dan akan membuka ruang untuk mereka mendapatkan pemain baru.

Seandainya Newcastle United bersetuju untuk membeli Eric Bailly, hal itu mungkin akan menyebabkan mereka berhenti mengejar Sven Botman dari Lille.

Dan andai hal itu berlaku, ia secara tak langsung mengurangkan saingan untuk Manchester United mendapatkan pemain pertahanan Belanda itu.

Selain itu, menjual Bailly juga akan membantu United untuk mendapatkan dana tambahan untuk mereka gunakan bagi menghadapi jendela perpindahan musim panas ini.

Erik Ten Hag jelas sekali sangat berminat mahu melakukan rombakan besar-besaran dalam skuadnya pada musim panas ini.

Manchester United turut dikaitkan dengan beberapa pemain pada jendela perpindahan musim panas ini, namun tidak ada seorang pemain pun yang mampu mereka tandatangani.

Darwin Nunez merupakan antara pemain buruan utama mereka, namun malangnya bintang Uruguay itu kini sudah sah menjadi milik seteru utama mereka, Liverpool.

Mereka juga sudah menghabiskan tempoh beberapa minggu untuk berunding bersama Barcelona untuk mendapatkan khidmat Frenkie de Jong.

Rundingan tersebut masih belum berjaya dimuktamadkan dengan Manchester United masih lagi berusaha mahu meminta Barca mengurangkan harga pemain midfield itu.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Kerana Terlalu 'Koyak' Ronaldo Dilaporkan Telah Menghempas Telefon Bimbit Milik Penyokong