Peminat Tidak Faham Kenapa Lacazette Tidak Dikenakan Kad Merah

Share on facebook
Share on twitter

Peminat bola sepak terutamanya penyokong Leeds United bingung dan tidak faham bagaimana Alexandre Lacazette boleh terlepas daripada kad merah selepas melakukan kekasaran dalam perlawanan pusingan ketiga FA Cup.

Pemain penyerang Arsenal, Alexandre Lacazette jelas dilihat telah melakukan kekasaran(Violent conduct) ke atas pemain pertahanan Leeds, Gaetano Berardi.

Arsenal berjaya mara ke pusingan seterusnya hasil jaringan tunggal Reiss Nelson di separuh masa kedua perlawanan dan Lacazette menjadi dalang kepada gol kemenangan itu.

Tetapi apa yang menjadi bualan adalah kontroversi antara Lacazette dan Berardi dalam situasi tanpa bola.

Lacazette dilihat menyepak kaki Berardi yang mahu bangun dan jatuh ke tanah semula dan pengulas jelas menyatakan itu satu Violent conduct.

Video Assistant Referee(VAR) telah membuat penelitian kembali kepada insiden itu dan keputusannya amat mengejutkan.

Pegawai VAR berpendaapt kekasaran itu tidak cukup untuk Lacazette dilayangkan kad merah dan dibuang padang.

Saja-saja sepak tanpa bola yang entah di mana masih tidak cukup untuk kad merah?

Pemuzik terkenal Liam Gallagher nyata tidak berpuas hati dengan terlepasnya Lacazette dari sebarang tindakan.

“Check complete f*** off VAR”

Antara keajaiban dalam perlawanan ini adalah Granit Xhaka menamatkan perlawanan tanpa sebarang kad walaupun bermain kasar macam setan.

Xhaka melakukan tidak kurang daripada empat kekasaran namun tiada sebarang kad untuk beliau kutip.

Cubaan mempertahankan tindakan Lacazette dan keputusan VAR.

Share on facebook
Share on twitter
 

Baca Juga

Baca Juga