Peminat Tidak Percaya Harga Yang Diterima Manchester United Dari Perpindahan Januzaj

Manchester United telah mendedahkan jumlah wang sebenar yang mereka terima dari penjualan Adnan Januzaj kepada Real Sociedad dan ramai peminat tidak percaya jumlah wang yang diterima Manchester United.

Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Syaitan Merah, Ed Woodward juga mendedahkan bahawa jualan jersi away kelab mencatat jualan terpantas dalam sejarah kelab dan nilai perpindahan Januzaj merupakan satu berita yang mengejutkan.

Woodward juga telah mengumumkan bahawa Manchester United telah mencatatkan pendapatan sebanyak £141 juta bagi suku ketiga tahun 2017 dari bulan Julai hingga September. Peningkatan sebanyak 17%.

Adnan Januzaj bermula baik pada musim pertamanya di Old Trafford pada musim 2013/14 dengan menjaringkan dua gol dalam perlawanan pertamanya ketika menewaskan Sunderland 2-1.

Pemain Belgium itu membuat 35 penampilan pada musim pertamanya dan telah dicalonkan sebagai BBC Young Sports Personality Of The Year award.

Kehadiran Januzaj di Old Trafford pada awalnya dianggap prospek jangkamasa panjang apabila pemain berkaki dua itu memakai jersi nombor 11 yang pernah dipakai oleh Ryan Giggs. Namun segalanya tidak menjadi.

Januzaj tidak dapat bermain dengan kerap di bawah pengurusan Louis Van Gaal dan Jose Mourinho. Januzaj juga gagal untuk menyerlah ketika dipinjamkan ke Borussia Dortmund dan Sunderland.

Oleh kerana merosotnya permainan pemain yang berusia 22 tahun it,a maka beliau telah dijual ke kelab Sepanyol, Real Sociedad dengan kontrak selama 5 tahun.

Apa yang menakjubkan dan mengejutkan adalah harga yang dibayar Real Sociedad kepada Manchester United. Sebanyak £17.3 juta telah diterima United bagi pemain yang mengalami kemerosotan prestasi.

Sejak menyertai La Real, Adnan Januzaj telah membuat 10 penampilan dan menjaringkan satu gol.

https://twitter.com/MUFCArena_/status/931148406571053056

Baca Juga

Baca Juga