All-Asia Satellite Television and Radio Operator atau nama manjanya Astro yang merupakan penyedia perkhidmatan televisyen bersatelit dan radio berbayar pertama di Malaysia masih tidak pasti untuk menyiarkan perlawanan UEFA secara langsung di saluran rangkaian sukan mereka.
Ketidakpastian dan ketentuan akan siaran langsung ini nyata mengecewakan peminat UEFA Champions League di Malaysia yang merupakan pelanggan setia kepada penyiar siaran berbayar itu walaupun sering memaki hamun.
Hubungan Astro dan pelanggan mereka sangat istimewa mereka kerana berunsurkan benci tapi sayang di mana Astro sering dimaki hamun kerana harga yang dianggap melampau dan siaran sering tergendala tatkala angin bertiup apatah lagi hujan.
Saban hari mereka merungut namun apabila bil bulanan sampai dengan tergesa-gesa terus membayar tanpa banyak soal takut siaran disekat dan didenda untuk sambungan semula. Tiada pilihan katanya mereka lalu menuduh Astro sebagai kapitalis.
Media sosial Astro kini menerima serangan dan pertanyaan sambil sekali sekala di maki sesedap rasa kerana siaran langsung Champions League yang dikatakan masih lagi dalam perbincangan tatkala perlawanan UCL akan bermula kurang dari tempoh 24 jam.
Hi, Astro is negotiating to obtain the broadcast rights in Malaysia for UEFA Champions League from the rights owner. We seek your understanding and patience in this matter. We will keep you updated on the latest developments. ^ric
— Astro (@astroonline) September 17, 2018
“Hai. Kami masih berusaha mendapatkan hak siaran UEFA di Malaysia daripada pemilik hak penyiaran. Kami akan maklumkan selepas rundingan selesai. Terima kasih untuk kesabaran anda.”
Hi all, we apologise for an earlier post on the UEFA Champions League's broadcasting rights. The negotiations have taken longer than expected as there are multiple parties we need to speak to. 1/2
— Stadium Astro (@stadiumastro) September 17, 2018
Rest assured that we will try to get an agreement before kick-off. We will provide an update on the outcome very soon. Thank you. 2/2
— Stadium Astro (@stadiumastro) September 17, 2018
Stadium Astro juga telah memberi penerangan dan sebab musabab yang berkaitan denga harga hak penyiaran yang meningkat dan jika pihak Astro membelinya maka kemungkinan harga pakej sukan akan meningkat.
“Harga hak penyiaran televisyen UCL telah meningkat dengan banyak (Sila rujuk Google untuk hak penyiaran tv Champions League). Jika kami membelinya maka harga pakej sukan terkesan. Tetapi kini kami sudah menerima rungutan pelanggan bahawa harga pakej itu terlalu tinggi.”
“Dengan situasi ekonomi yang meruncing, tidak manis rasanya untuk mengenakan caj yang lebih kepada pelanggan, bukan? Kami tersepit diantara batu dan tempat keras.”
“Jika kami tidak menyiarkan kejohanan ini maka kami pasti dikecam. Jika kami menaikkan lagi harga pakej, kami juga akan dikecam. Jadi apa cadangan anda untuk kami lakukan?”
Kesian Astro di luah mati emak, ditelan mati bapak. Matilanak. Selepas Carabao Cup atau Mickey Mouse Cup, Serie A dan kini Champions League pula. Kalau tak siar patut harga turun la kan?
Mungkin sudah tiba masanya peminat bola sepak beralih arah kepada Didi dan Kawan-kawan. Ayuh sertai karnival terbesar Didi & Friends iaitu ‘Karnival 1 Bilion Didi & Friends’.
Selain itu korang boleh nikmati 7 filem Korea secara PERCUMA sekarang di saluran baru tvN Movie melalui Astro GO dan On Demand.