Peminat United Mahu Fred Ditabalkan Anugerah Player Of The Year

Peminat pasukan Manchester United terpegun dan terpesona dengan aksi yang telah di tunjukkan oleh pemain tengah mereka Fred pada musim ini.

Pemain berusia 26 tahun itu memulakan musim pertamanya di Old Trafford dengan sangat hambar.

Namun beliau sudah mula menunjukkan bisanya pada musim ini dengan menunjukkan peningkatan dari segi persembahannya dengan sangat baik.

Fred telah menyertai United musim lalu dengan yuran perpindahan bernilai £ 52 juta dari Shakhtar Donetsk.

Penyokong United meletakkan harapan yang sangat tinggi untuk pemain antarabangsa Brazil ini.

Fred sebelum ini adalah seorang pemain yang Pep Guardiola mahukan. Tetapi beliau tidak ke City dan memilih untuk ke United. Fred bermula dengan agak sukar pada musim pertamanya di Liga perdana.

“Adakah dia kelihatan seperti apa yang anda harapkan dengan bayaran berjumlah £ 60 juta?”

Bekas kapten United Gary Neville bertanya selepas bulan pertama Fred sebagai pemain United.

“Adakah dia menukar corak permainannya?  Adakah ia kelihatan seperti dia akan mempertahankan gol anda?  Adakah ia kelihatan seperti dia akan menyambung dari bawah ke atas? setakat apa saya lihat,jawapan saya tidak”.

Tambah Gary Neville lagi.

Majoriti peminat United sebulat suara telah bersetuju dengan apa yang di katakan oleh Neville ketika itu.

Namun pada musim ini Fred telah membuktikan dakwaan mereka silap. Kini peminat United begitu teruja dan sangat mengagumi beliau.

Selain berjaya memikat semula hati peminat, Fred juga sudah mendapatkan kepercayaan dari pengurus pasukan United, Ole.

Fred kini sering mendapat peluang untuk bermain dan diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan.

Penyokong United telah jatuh cinta dengannya sejak beberapa bulan kebelakangan ini terima kasih kepada ketabahan dan etika kerja yang beliau telah tunjukkan.

Beliau adalah seorang pemain yang bermain dengan sepenuh jiwa dan raga tanpa sedikit pun mengenal erti mengalah. Beliau akan terus mencuba sehingga beliau berjaya dan lihatlah hasilnya sekarang.

Dari lima perlawanan Europa League, Fred telah berjaya menjaringkan dua gol dan dua assist. Walau masih belum menjaringkan gol dalam saingan Liga, Fred telah mempamerkan aksi sungguh hebat sepanjang musim ini.

Tetapi dengan kecemerlangan yang telah beliau tunjukkan ramai peminat United kini mahu dia memenangi beberapa penghargaan dari pasukan pada penghujung musim nanti.

Ramai peminat percaya dia kini menjadi pendahulu untuk memenangi anugerah Pemain Terbaik Tahun ini.

Selain dari pada itu, terdapat juga peminat United yang mendesak pihak pengurusan untuk memberikan apa sahaja Anugerah yang ada kepada Fred supaya pemain itu akan terus melakukan yang terbaik untuk pasukan.

Sangat sibuk untuk membantu bahagian serangan dan Pertahanan, kreatif, menjadi ancaman di peringkat ketiga padang, tidak takut untuk melakukan apa sahaja di dalam padang.

Anda boleh faham mengapa peminat United begitu teruja dengan persembahannya pada masa ini.

Dan jika Fred terus mengekalkan corak permainan seperti ini. Maka ia tidak akan menjadi kejutan jika dia dinobatkan sebagai Pemain Terbaik United dalam masa beberapa bulan.

BACA:  Keane Nak Rembat Ole Sebab Bagi Fred Main