Peminat Vietnam Serang Shin Tae Yong Label Pengecut, Guna Cara Kotor Lawan Van Hau

Peminat bola sepak Vietnam telah menyerang Ketua Jurulatih Indonesia, Shin Tae Yong dan melabelnya sebagai pengecut kerana menggunakan cara kotor untuk melawan Doan Van Hau.

Shin Tae Yong telah memuat naik tiga video aksi keji Doan Van Hau di laman Instagramnya yang nyata membuatkan peminat Vietnam koyak tidak dapat menerima apa yang dilakukan Shin Tae Yong dan membela aksi keji Doan Van Hau.

Ketua Jurulatih Indonesia itu juga telah mengkritik mutu pengadilan pengadil separuh akhir pertama Indonesia vs Vietnam, Oumar Al Yaqoubi kerana tidak memberi sebarang hukuman kepada Doan Van Hau.

Mungkin kerana geram Shin Tae Yong telah memuat naik tiga video itu supaya pengadil dalam perlawanan separuh akhir kedua akan lebih peka dan adil dalam perlawanan.

Peminat Vietnam juga telah menuduh Indonesia adalah pasukan paling kasar di Asia Tenggara dan berharap Shin Tae Yong dapat mengajar pemain Indonesia dengan baik.

Mereka juga telah melabel Indonesia negara yang mempunyai tahap pendidikan yang rendah dan menyarakan mereka pergi belajar tentang etika.

Dengan hantaran di media sosial dari Shin Tae Yong ini pasti akan terus memburukkan hubungannya dengan Park Hang Seo. Walaupun berasal dari negara sama mereka tidak berlaga angin.

Mereka telah terlibat dalam pertelingkahan mulut dan saling memerli pasukan masing-masing dan menolak untuk berjabat tangan ketika pertemuan berlangsung.

Shin Tae Yong mengakui bahawa dia mahu berjabat tangan dengan Park Hang Seo tetapi orang tua itu menolak:

“Saya ingin berjabat tangan tapi Park Hang Seo mengelak. Tanya saja kepada dia.”

Park Hang Seo kemudian mengakui bahawa ada masalah peribadi di antara dia dan Shin Tae Yong yang menjawab persoalan kenapa mereka tidak bersalaman.

“Ini adalah masalah peribadi tetapi kenapa kamu (wartawan) tanya di sini? Tetapi Ya, memang ada beberapa alasan peribadi kenapa saya tidak berjabat tangan dengannya.”

Park Hang Seo telah tampil mempertahankan kritikan Shin Tae Yong dengan melancarkan perang saraf ke atas Doan Van Hau. Penterjemah Park Hang Seo, Le Huy Khoa dalam media sosialnya menyatakan rasa kesal dan kecewa dengan sikap Shin Tae Yong itu.

Menurut laporan dari Thanhnien Park Hang Seo memberi respon kepada kritikan Shin Tae Yong itu dengan berkata:

“Semangat Vietnam telah merasuki seluruh pasukan, setiap pemain akan masuk ke padang seperti seorang pejuang memberikan segalanya dan tidak akan menyerah.”

“Stadium My Dinh akan menjadi tempat kami melakukan sejarah.”

Park Hang Seo nyata berang dan terus menafikan apabila Indonesia didakwa skuad yang setanding dengan kekuatan Vietnam selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.

Komen daripada Hang-seo itu tiba untuk menafikan dakwaan rakan sejawat di skuad kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong yang percaya Indonesia kini setanding Vietnam setelah mengalami perubahan sejak beberapa tahun lalu.

Tiada keraguan Vietnam adalah antara gergasi bola sepak Asia Tenggara sejak ketibaan Park Hang-seo pada 2017, dan kini menjadi satu-satunya pasukan dari rantau ini yang berada di dalam senarai 100 teratas ranking FIFA.

Tetapi berdasarkan situasi semasa, Shin Tae-yong turut percaya pasukan kendaliannya telah menunjukkan peningkatan prestasi secara drastik, terutama dengan barisan pemain baharu yang dibentuknya.

Menafikan Indonesia kini setara Vietnam, Hang-seo berkata Tae-yong perlu membuktikan dakwaan tersebut dengan aksi di padang permainan dan bukan dengan kata-kata semata-mata.

“Shin [Tae-yong] berkata benar. Saya pikir seperti ini, jurulatih harus membuktikannya dengan hasil perlawanan, bukan dengan kata-kata,” kata Park Hang-seo.

“Saya tidak pandai menilai kekuatan pasukan lain, Indonesia memang miliki kekuatan. Saya berharap Shin Tae-yong akan membuktikan apa yang dia katakan. Jika saya kalah, saya akan menerima kata-katanya, tetapi jika saya menang, Shin tidak boleh membicarakannya lagi.”

Krisis peribadi antara Park Hang Seo ini bukan biasa-biasa dan sering berbalas kritikan.

Baca Juga

Baca Juga