Penalti Gaya Bruno Disulami Gaya No Look Bailly Berjaya Hantar Ivory Coast Pulang

Ianya hari yang agak tidak adil buat pemain pertahanan Manchester United Eric Bailly selepas dia gagal menjaringkan sepakan penalti penting ketika Ivory Coast tersingkir daripada Piala Negara Afrika 2021 berdepan dengan Mesir yang diketuai Mohamed Salah.

Bailly merupakan pemain paling cemerlang untuk pasukannya sepanjang malam. Mereka turun sebagai pasukan pilihan berdepan dengan Mesir, di mana Ivory Coast membariskan bintang bintang hebat seperti Franck Kessie, Serge Aurier, Wilfried Zaha, Nicolas Pepe dan Sebastien Haller.

Sebelum ini Ivory Coast telah mempamerkan aksi mengagumkan semasa peringkat kumpulan dan menumbangkan juara bertahan Algeria dengan kemenangan 3-1 dalam perlawanan terakhir mereka.

Tetapi Elephants menghadapi pasukan Mesir yang sukar pada pusingan 16 terakhir dan dua pasukan pilihan dari Afrika itu bertarung sesama sendiri.

Bailly mengalami perlawanan yang sangat baik ketika bintang Ivory Coast itu mendiamkan Mohamed Salah sepanjang malam.

Salah yang dianggap pemain paling pandai bermain bola di Afrika ketika ini, berdasarkan ranking Ballon d’Or hanyalah pemain biasa di mata Bailly pada malam tadi. Wajah Bailly yang garang itu membuatkan pesona pemain Manchester United itu sangat digeruni.

Tetapi sukar nak menyalahkan Bailly apabila barisan serangan yang serba bintang tidak menemui sentuhan gol.

Kedua dua pasukan terikat tanpa jaringan untuk 120 minit aksi. Sepakan penalti akan menjadi penentu kepada siapa yang mara.

Kualiti sepakan penalti kedua dua pasukan sangat berkualiti. Malangnya Bailly gagal menyempurnakan tugasannya. Bailly melakukan no look penalti dengan gaya Bruno Fernandes. Dia melompat sedikit sebelum melakukan sepakan.

Tetapi penalti itu tak masuk selepas penjaga gol Mesir Gabaski mengangkat tangannya untuk menghadangnya. Bailly seolah olah tidak percaya dengan apa yang berlaku. Dia tak terfikir langsung akan ada penjaga gol yang boleh menafikan teknik Bruno Fernandes ditambah dengan gaya no Look ayahanda Ronaldinho.

Mohamed Salah menjaringkan penalti beliau untuk membantu Mesir menang 5-4 dalam penentuan penalti dan akan menentang Maghribi pada suku akhir Sabtu ini.

Ramai yang simpati dengan nasib Bailly kerana dia sudah memberikan segalanya dalam kejohanan kali ini. Cuma skil penaltinya masih perlu untukn diasah lagi bersama dengan sifu pakar penalti Bruno Fernandes.

Mungkin tindakan Bailly mengkacukkan penalti Bruno Fernandes dengan gaya Ronaldinho itu sebenarnya sangat berisiko.

Namun berita ini juga berita yang baik buat peminat Manchester United yang akan menerima semula Bailly lebih awal untuk berdepan dengan jadual yang sangat padat.

Dengan prestasi cemerlangnya dalam AFCON kali ini, Bailly sudah sedia untuk merampas tempat dalam skuad utama Manchester United.

Sebelum ini Ralf Rangnick melabel pemain sperti Harry Maguire, Aaron Wan Bissaka dan Luke Shaw tidak cukup bagus untuk Manchester United dan perlu ditukar.

Ini bermaksud, peluang untuk Bailly menjadi pemain bek tengah utama Manchester United terbentang luas.

Ini pastinya akan menjadi titik tolak kepada kebangkitan Bailly walaupun Ivory Coast dah pulang, emak buat cucur,
Mudah saja tambah air,
Adun sebati, goreng dan sedia,
Tepung cucur Adabi rahsianya..
KAMI NAK LAGI, BOLEHKAH CEPAT?

BOLEHHHH!

Peristiwa ini juga mengingatkan peminat kepada 2 rakan Bailly iaitu Marcus Rashford dan Jadon Sancho yang ditugaskan untuk menyepak penalti. Dan akhirnya kedua duanya gagal dalam aksi Euro yang lalu membuatkan England kempunan kejuaraan.

Tetapi jelas sekali ianya tidak mematahkan semangat Rashford dan Sancho. Diharap Bailly akan melakukan hal yang serupa.

Walaupun begitu, Mesir menang perlawanan tetapi Bailly memenangi hati kita semua.

Baca Juga

Baca Juga