Penampar McTominay Batalkan Gol Cavani dan Insafkan Son

Penampar Scott McTominay ke muka Son Heung Min nyata sangat berbisa yang telah menjadi punca gol Edison Cavani telah dibatalkan dan menyebabkan Son Heung Min insaf serta merta.

Selepas setengah jam perlawanan berlangsung, Akhirnya Manchester United memecah kebuntuan melalui jaringan Edison Cavani pada minit ke-34 dengan penyudah yang tenang.

Hantaran Paul Pogba itu merupakan satu hantaran yang sudah lama menjadi idaman Edison Cavani yang amat jarang untuk mendapat suapan sebegitu.

Hasil penelitian daripada Video Assistant Referee(VAR) jelas mendapati Scott McTominay telah melakukan satu kemungkaran terlebih awal.

Scott McTominay telah jelas kelihatan menampar pipi gebu dan mulus Son Heung Min lebih tepat pukulan backhand barangkali.

Terus terjelepuk ke tanah Son Heung Min menahan kepedihan dan keinsafan mula hadir dalam diri mengingatkan kembali kenapa beliau bermain bola sepak.

Selepas selesai mentelaah dan mengkaji rakaman, pengadil membuat keputusan membatalkan jaringan tersebut.

Lebih pedih kurang 10 minit selepas itu Son Heung Min telah menjaringkan gol pendahuluan buat Spurs.

Son Heung Min dilihat meraba Scott Mctominay sebelum tindakan reflek berbentuk penampar dilepaskan tapi pegang sikit-sikit tak salah kan?

Roy Keane nyata tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil dan menganggap satu keputusan yang memalukan.

“Jika ini satu kesalahan kita patut balik rumah je, memalukan.”

Fred kemudian menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua. Berita lanjut akan menyusul.

Laporan Penuh Tottenham Hotspur 1-3 Manchester United

Manchester United turun untuk perlawanan ke-31 Premir League minggu ini berdepan dengan mimpi ngeri musim ini, Tottenham Hotspur yang membelasah Setan Merah 6-1 pada musim lalu.

Kemenangan akan mengukuhkan kedudukan Manchester United ditangga kedua selepas Jesse Lingard telah membantu menewaskan Leicester City dalam perlawanan yang berlangsung lebih awal.

Selepas kekalahan Manchester City kepada Leeds ada yang memasang kembali impian Setan Merah bergelar dengan menggunakan buah kalau.

Kalau Manchester City kalah semua baki perlawanan dan Manchester United menang semua maka gelaran juara dalam tangan. Secara matematik peluang masih ada, tapi…. kakakaaka.

Permainan yang agak lain macam ditunjukkan oleh Manchester United dalam perlawanan ini di mana Edison Cavani diturunkan sebagai penyerang dan disuap dengan secukupnya.

Tidak seperti selalu dalam perlawanan ini banyak bola dihantar ke dalam kotak penalti apabila kewujudan Cavani ada disitu.

Selepas setengah jam perlawanan berlangsung, Akhirnya Manchester United memecah kebuntuan melalui jaringan Edison Cavani pada minit ke-34 dengan penyudah yang tenang.

Hantaran Paul Pogba itu merupakan satu hantaran yang sudah lama menjadi idaman Edison Cavani yang amat jarang untuk mendapat suapan sebegitu.

Kontroversi tercetus apabila jaringan Cavani dibatalkan.

Hasil penelitian daripada Video Assistant Referee(VAR) jelas mendapati Scott McTominay telah melakukan satu kemungkaran terlebih awal.

Penampar Scott McTominay ke muka Son Heung Min ketika gerakan direncana nyata sangat berbisa dan telah menjadi punca gol Edison Cavani telah dibatalkan.

Son Heung Min yang berasal dari Asia di mana rotan dan penampar siro itu menjadi salah satu didikan untuk membentuk keperibadian supaya menjadi manusia di masa depan.

Tujuh minit kemudian Son Heung Min yang tersedar dan insaf meletakkan Tottenham Hotspur di depan dengan merembat masuk hantaran Lucas Mooura.

Manchester United tidak panik apatah lagi Ole Gunnar Solskjaer yang mampu tersenyum walaupun tewas dengan mencipta kebangkitan pada separuh masa kedua.

Pada minit ke-57 pemain yang selalu membuat hantaran kelaut dan posisi juga ke bulan, Fred menjaringkan gol dengan menyambar bola muntah rembatan Cavani di depan gol Spurs.

Manchester United terus menekan Spurs untuk mencari lebih lagi gol dan ini boleh dikatakan antara permainan terbaik Manchester United musim ini.

Mason Greenwood masuk pada minit ke-72 menggantikan Marcus Rashford yang agak tenggelam dan hanya memerlukan tujuh minit untuk menyuap bola kepada Tuan Guru Edison Cavani.

Hantaran lintang daripada Greenwood telah disambut oleh Tuan Guru Cavani dengan satu sundulan terbang yang penuh bergaya dan beraras tinggi.

Mason Greenwood melengkapkan kebangkitan Manchester United dengan gol lewat permainan dengan satu rembatan kaki kanan yang sangat la padu.

Sebenarnya mana satu kaki paling power Mason Greendwood ni? Sangat padu impak Greenwood yang masuk dari bangku simpanan dan menjadi nadi kebangkitan Setan Merah.

Potensi dan kepoweran Edison Cavani digunakan sepenuhnya dalam perlawanan ini tidak seperti perlawanan lain yang sekadar menjadi tunggul kayu.

Ada 4 atau 5 hantaran ke kotak penalti mencari Cavani dan dua menjelma menjadi gol dan satu daripadanya dibatalkan.

Tottenham Hotspur: Hugo Lloris, Serge Aurier, Eric Dier, Joe Rodon, Sergio Reguilon, Tanguy Ndombele, Pierre-Emile Hoejbjerg, Giovani Lo Celso, Lucas Moura, Heung-Min Son, Harry Kane

Subs: Joe Hart, Toby Alderweireld, Japhet Tanganga, Harry Winks, Erik Lamela, Moussa Sissoko, Dele Alli, Gareth Bale, Vinicius

Manchester United: Dean Henderson, Luke Shaw, Harry Maguire, Harry Maguire, Aaron Wan-Bissaka, Fred, Scott McTominay, Paul Pogba, Bruno Fernandes, Marcus Rashford, Edinson Cavani.

Subs: David De Gea, Alex Telles, Brandon Williams, Axel Tuanzebe, Juan Mata, Nemanja Matic, Donny van de Beek, Mason Greenwood, Amad Dialo

BACA:  McTominay Dianggap Jelmaan Semula "Prime Pirlo" Selepas Pamer Aksi Menakjubkan Bertemu Burnley