Penampilan Pertama Bruno Fernandes Menyaksikan Manchester United Seri

Perlawanan antara Manchester United dan Wolves sudah pasti menjadi tumpuan kerana kehadiran pemain baharu mereka, Bruno Fernandes.

Walaupun baru dibeli, Bruno Fernandes terus diturunkan dalam kesebelasan utama untuk menikmati malam pertama bersama Setan Merah.

Selepas beberapa kali dilaporkan perpindahan akan selesai dalam tempoh 48 jam sejak hujung tahun lalu, Bruno Fernandes tak kunjung tiba.

Pembelian ini hampir saja terbatal selepas beberapa syarat tambahan yang diletakkan Manchester United ditolak kerana tidak masuk akal.

Namun ketika jendela perpindahan hampir tamat perjanjian ini kembali menjadi serius dan hati peminat Setan Merah terus menjadi satu permainan.

Bruno Fernandes merupakan pemain kebangsaan Portugal yang menjadi rebutan banyak pasukan di seluruh dunia termasuk Real Madrid.

Dalam perlawanan ini Manchester United sekadar seri tanpa jaringan menentang pasukan yang sangat liat, Wolves.

Penampilan Bruno Fernandes dalam perlawanan pertama ini sangat meyakinkan dan memberi sinar harapan kepada peminat Setan Merah.

Impak yang sangat positif ditunjukkan Fernandes dengan hantaran dan kawalan bola yang meyakinkan.

Kehadiran Ighalo pasti akan memberi kemenangan kepada Setan Merah sehingga tamat musim ini.

Starting XI: De Gea (6); Wan-Bissaka (6), Lindelof (6), Maguire (6), Shaw (5); Fred (6), Fernandes (7*); James (5), Mata (6), Pereira (6); Martial (5).

Substitutes: Greenwood (6), Dalot, Lingard

Starting XI: Patricio (7*); Boly (6), Coady (7), Saiss (6); Doherty (6), Moutinho (7), Neves (7), Otto (6); Traore (7), Jimenez (6), Jota (6).

Substitutes: Neto (6), Podence (6), Dendoncker

Baca Juga

Baca Juga