Pencari Bakat Beri Amaran Kepada MU – “Hojlund Bukan Jelmaan Haaland

Manchester United telah diberi amaran bahawa Rasmus Hojlund bukannya penyerang bintang yang mereka cari pada musim panas ini.

United kini sedang memburu seorang pemain penyerang pada jendela perpindahan musim panas ini untuk meringankan beban Marcus Rashford di hadapan gol.

Dan ia dianggap mengejutkan kerana United penyerang Atalanta berusia 20 tahun, Hojlund kini berada di dalam senarai pemain yang mahu dibawa kelab itu ke Old Trafford pada musim ini.

Laporan Goal yang dipetik daripada Mirror mendedahkan dua pencari bakat terkemuka Eropah yang berkata United mungkin menyesal sekiranya memenuhi permintaan £50 juta Atalanta untuk pemain itu.

Kedua-duanya turut menyifatkan Hojlund tidak setaraf Haaland sekiranya itulah perkara yang diharapkan oleh Erik ten Hag dan United daripada pemain itu.

“Dia belum membuktikan kemampuan di Premier League dan ia boleh menjadi sukar kerana akan menyertai Manchester United dimana dia akan sentiasa diadili.

“Hojlund adalah pemain berkaki kiri, tegap dan mempunyai kekuatan fizikal, mungkin kerana itu dia dibandingkan dengan Haaland. Malangnya mereka tidak setaraf pun.

“Haaland adalah bakat luar biasa generasi baharu. Statistik yang dihasilkan Hojlund setakat ini amat jauh berbeza berbanding apa yang dilakukan Haaland. Sentuhan penyudahnya juga ada kala mengecewakan.”

Seorang lagi pencari bakat berkata: “Tidak, dia tidak sama seperti Haaland. Ia amat aneh namanya turut dikaitkan bersama Harry Kane untuk United. Haaland dan Hojlund berbeza seperti langit dan bumi.

Goal tidak menamakan kedua-dua pencari bakat itu, tetapi pendapat ini sudah tentu akan membuatkan penyokong Red Devils gundah gulana. Apatah lagi United dikenali sebagai kelab yang suka berbelanja semborono.

Pada musim lalu Hojlund menjaringkan 9 gol untuk Atalanta dan beraksi 1,836 minit. Secara statistik pemain itu hanya menyempurnakan 16.7% peluang yang dimilikinya. Dia turut melepaskan 11 peluang keemasan untuk mencetak jaringan.

Tidak dinafikan Hojlund adalah pemain yang mempunyai potensi besar, namun penyerang muda itu masih memerlukan masa untuk dibentuk.

Ia adalah permintaan agak melampau jika United mengikat pemain itu dan berharap Hojlund mampu terus menyinar di Premier League dan Champions League pada musim hadapan.

BACA:  Casemiro Luah Kekesalan Sertai Kelab Bermasalah Seperti Man Utd