Pendakwah Kuwait Mendakwa Kecederaan Salah Merupakan Balasan Tuhan

Seorang pendakwah dari Kuwait telah mendakwa bahawa kecederaan yang dialami Salah merupakan satu balasan dari Tuhan kerana pemain antarabangsa Mesir itu meninggalkan puasa.

Perlawanan akhir Champions League musim 2017/18 telah selesai dan pemenangnya juga sudah diketahui, kecederaan menimpa pemain sensasi dunia ketika ini Mohammed Salah terus menjadi bualan.

Salah mengalami kecederaan bahu selepas dijudokan oleh Sergio Ramos dan memaksa Salah meninggalkan padang sambil menangis tak berlagu. Peluang Salah untuk beraksi di Piala Dunia masih samar.

Jika diikut perkiraan Salah memerlukan 3 minggu untuk sembuh dan kembali cergas bak juara. Salah dijangka dapat beraksi di perlawanan pembukaan jika sembuh seperti waktu yang dijangka.

Kecederaan ini juga telah menimbulkan keributan dan emosi sehingga petisyen dilancarkan yang memaksa FIFA dan UEFA mengambil tindakan ke atas Ramos. Sebanyak 500,000 menyokong petisyen ini.

Kemudian seorang peguam dari Mesir telah mengemukakan saman RM1 billion ke atas Ramos.

Peguam yang bernama Wahba mengumumkan menerusi stesen televisyen Sada El-Balad beliau telah membuat aduan kepada FIFA atas dakwaan sengaja menyebabkan ‘kecederaan fizikal dan psikologi’ terhadap sebuah negara dan pemain bolasepak paling bernilai dimiliki negara tersebut.

Yang terbaru, pendakwah dari Kuwait, Mubarak al-Bathali melalui Twitternya telah melabel kecederaan Salah satu balasan Tuhan kerana meninggalkan ibadah puasa dengan sengaja.

Mubarak Al-Bathali mendakwa penyerang Liverpool, Mohamed Salah telah berdosa dengan berbuka puasa untuk satu perlawanan akhir semata-mata, bukan kerana bermusafir dari Britain ke Ukraine.

Al-Bathali berpendapat Salah telah menerima nasihat yang salah dan tambahnya lagi,

Mubarak Al-Bathali

”Malangnya, dia sedang menanggung akibatnya. Umat Islam dibenarkan untuk berbuka puasa ketika dalam perjalanan yang melebihi dua marhalah.”

“Tuhan telah menghukumnya,” kata Al-Bathali di Twitter.

“Jangan ingat bahawa kehidupan ini diuruskan dengan usaha dan asbab semata, tapi kehidupan adalah di bawah kekuasaan Tuhan yang tentukan kesemuanya, sama ada dugaan berat atau tidak.”

“Mungkin (kecederaan) itu baik untuknya(Salah),” tambah Al-Bathali.”

“Jangan sedih, pintu taubat masih terbuka,” nasihatnya kepada Salah.

Walaubagaimanapun, Mubarak Al-Bathali menyanjung Salah sebagai insan yang mulia dan dihormati dan dia juga merupakan duta kepada semua umat Islam.

Mubarak Al-Bathali juga memuji tindakan yang juga merupakan tabiat Salah yang akan menjauhkan diri apabila rakan sepasukannya meminum minuman keras.

Sesungguhnya setiap insan di dunia ni tidak terlepas dari kesilapan dek kealpaan dan kelalaian namun kejelitaan adalah hak milik setiap insan.

Apakah pandangan anda mengenai hantaran yang dibuat oleh Tuan Guru Mubarak Al-Bathali ini?

Hayatilah bait-bait patah perkataan di bawah ini untuk ingatan bersama yang bertajuk :

Taubat

Selama ini aku jauh dari MU
selama ini aku ingkar pada MU
begitu byk dosa yg ku lakukan
hingga ku merasa diri penuh dosa

Terkadang ku lupa
terkadang ku ingat
ku ingin diri ku bertaubat

Ampuni aku dari dosa-dosa
yg ku laku kan pada MU Ya Allah
ampuni aku dari kesalahan
yg ku laku kan

Begitu byk dosa yg ku lakukan
hingga ku merasa diri penuh dosa

Terkadang ku lupa
terkadang ku ingat
ku ingin diri ku bertaubat

Ampuni aku dari dosa-dosa
yg ku laku kan pada MU Ya Allah
ampuni aku dari kesalahan
yg ku laku kan pada MU Ya Allah

Ampuni aku dari dosa-dosa
yg ku laku kan pada MU Ya Allah
ampuni aku dari kesalahan
yg ku laku kan pada MU Ya Allah

Astagfirullah astagfirullah
ampuni aku Ya Allah

Baca Juga

Baca Juga