Pendapat Scholes Bahawa Pertahanan Chelsea Paling Lemah Untuk Top Four Memakan Diri

Legenda Manchester United, Paul Scholes telah melemparkan satu pendapat peribadi yang agak luar biasa apabila menyatakan bahawa pertahanan pasukan Chelsea yang paling lemah ketika ini dikalangan pasukan top four.

Ayat yang agak tidak masuk akal ini dilontarkan pula dihadapan penyokong Chelsea ketika bersama Jamie Carragher dan Gary Neville dalam rancangan Overlap.

Dalam rancangan itu Scholes, Carragher dan Neville telah membicarakan pelbagai topik termasuklah Chelsea bukanlan calon berpotensi untuk bergelar juara musim ini.

Ketika ditanya kenapa oleh Lewis Gebreselassie dari Chelsea Fan TV, Scholes menjelaskan bahawa antara faktornya adalah beliau tidak yakin Chelsea mampu menjaringkan gol yang cukup.

Berkerut muka hadirin mendengar. Lewis Gebreselassie dalam bulatan.

Menurut Scholes lagi adakah Timo Werner dan Mason Mount akan mampu menjaringkan gol yang mencukupi apabilan Romelu Lukaku mengalami kemarau jaringan?

Ternyata kenyataan Scholes itu membuatkan Lewis Gebreselassie dari Chelsea Fan TV itu terkejut dan terus terpacul persoalan “Betul ke?”

Scholes pun terus menggoreng lagi seraya berkata:

“Aku rasa Antonio Rudiger sangat bagus tapi selain itu kau ada Thiago Silva yang berusia 36 atau 37 tahun, Andreas Christensen pula masih muda.”

“Kalau bahagian tengah Chelsea agak bagus. Jorginho dan N’Golo Kante merupakan pemain yang hebat.”

“”Aku tak pasti adakah Chelsea mampu menjaringkan gol yang cukup? Aku juga fikir Chelsea tidak hebat di bahagian pertahanan.”

Lewis Gebreselassie dari Chelsea Fan TV menjelaskan bahawa Chelsea mempunyai tiga centre-back terbaik di liga ketika ini hasil gandingan Rudiger, Silva dan Christensen.

Kemudian Scholes pula terkejut dengan kenyataan Lewis Gebreselassie dari Chelsea Fan TV.

“Betul ke? Liverpool mempunyai centre-back terbaik, Manchester City mempunyai dua orang, aku rasa Manchester United pula mempunyai dua orang yang bagus.”

“Aku rasa Chelsea mungkin pasukan yang mempunyai bahagian pertahanan terlemah dalam kalangan empat pasukan teratas.”

Lewis Gebreselassie dari Chelsea Fan TV mungkin cuba menutup aib Scholes dengan cuba menutup topik ini dengan berkata:

“Aku rasa kita harus setuju untuk tidak setuju.”

Scholes pun menutup topik itu dengan mengatakan bahawa Jorginho dan N’Golo Kante merupakan sebab kenapa Chelsea mempunyai rekod pertahanan yang bagus musim ini kerana mereka melindungan bahagian pertahanan (Back Four).

Manchester United mempunyai dua centre-back terbaik, siapakah mereka itu? Adakah Raphael Varane atau Harry Maguire atau Victor Lindelof atau Eric Bailly atau Phil Jones?

Hanya Raphael Varane mempunyai rekod yang gah dengan memegang juara Champions League berkali-kali dan juga pemenang Piala Dunia. Namun selepas menyertai Setan Merah, prestasi Varane adalah biasa-biasa.

Entah gam apa yang digunakan oleh Paul Scholes ini sehinggakan lain macam perginya. cap senapang, gajah, uhu atau gam kanji? Pekat sangat.

Chelsea musim ini selepas 8 perlawanan merupakan pendahulu Premier League dengan kelebihan satu mata dihadapan Liverpool.

Setakat ini Chelsea telah menjaringkan 16 gol dan hanya tiga bolos terendah di liga bersama Liverpool dan merekodkan lima perlawanan tanpa bolos. Setan Merah bolos 4 bijik kot satu game.

Entah bagaimana legenda seperti Scholes tidak membuat kerja rumah sebelum bercakap dan rekod pertahanan Chelsea agak terkenal sebagai kebal sejak kehadiran Thomas Tuchel.

Romelu Lukaku juga tidak menjaringkan sebarang gol dalam enam perlawanan terakhir dalam semua kejohanan dan Chelsea masih lagi kekal dipuncak pada ketika ini.

Ketika muncul juara Champions League musim lalu, Chelsea merekodkan bolos terendah dalam sejarah Champions League.

Musim lalu menyaksikan Chelsea mencatatkan 18 clean sheet di Premier League kurang satu berbanding Manchester City ditangga pertama.

BACA:  Champions League 2020/21: Chelsea 3-0 Rennes