Pendapatan Conor McGregor, Jon Jones, Khabib dan Nate Diaz Didedahkan Oleh UFC

Pendapatan untuk ahli sukan di zaman ini sudah sangat lumayan untuk mereka peroleh. Tidak kira dalam apa jua jenis sukan.

Dalam tempoh sedekad ini kita boleh lihat bagaimana Fighter dalam Ultimate Fighting Championship memperoleh peningkatan pendapatan yang mendadak.

Walaupun masih terdapat jurang perbezaan besar antara jumlah wang yang diperolehi oleh nama-nama besar dalam UFC dengan Fighter peringkat rendah.

Namun terdapat peningkatan yang signifikan dari segi wang yang dihasilkan dalam seni mempertahankan diri campuran ini secara keseluruhannya.

Bayaran yang di terima oleh seseorang Fighter, tentu saja bervariasi bergantung pada kedudukan mereka di kategori masing-masing, masa yang mereka habiskan untuk promosi dan jika mereka memiliki Sabuk Kejuaraan.

Individu yang menguasai skala pembayaran tertinggi, tidak lain hanyalah bekas penyandang Two Division Champion Conor McGregor.

Beliau adalah bintang terbesar yang pernah dilihat dalam kancah kejuaraan UFC.

McGregor menjadi bintang global bukan hanya kerana aksi beliau ketika bertarung. Beliau diangkat menjadi bintang global Trash Talking dan aksi unik beliau di luar Octagon.

Dengan Populariti dalam media arus perdana, McGregor yang kini berusia 31 tahun itu. Menjadikannya Fighter terkaya dalam sejarah UFC.

Dan ianya menjadikan beliau adalah fighter yang pertama menerima bayaran tujuh angka sehari.

Perlawanan McGregor menentang Khabib Nurmagomedov adalah perlawanan yang mendapat bayaran tertinggi di UFC.

Perlawanan itu adalah antara perlawanan kemuncak terbaik dalam kategori Lightweight.

Jon Jones bakal Hall Of Famer, juga merupakan salah satu fighter yang memperoleh pendapatan Terbesar dalam UFC.

Secara rutinnya beliau membawa pulang enam angka sehari untuk gajinya beraksi di dalam sangkar.

Nate Diaz fighter kegemaran peminat juga merupakan antara fighter mendapat bayaran tertinggi dalam organisasi itu.

Walaupun mengambil masa tiga tahun sebelum kemenangan UFC 241 ke atas Anthony Pettis pada bulan Julai.

Inilah pecahan pendapatan yang mereka terima untuk tiga perlawanan yang dipaparkan. Kesemuanya akan di tambah dengan bayaran mengikut point pay per view.

Senarai ini untuk menunjukkan kepada anda gambaran berapa pendapatan yang di terima oleh bintang besar dalam UFC ini terima:

Nate Diaz

UFC 241: Pettis vs Diaz

Diaz menewaskan Pettis melalui keputusan sebulat suara pengadil – £ 202,720

UFC 202: Diaz vs McGregor II

McGregor menewaskan  Diaz melalui keputusan majoriti – £ 1,621,600

UFC 196: McGregor vs Diaz

Diaz menewaskan McGregor melalui Submission (Pusingan 2) – £ 405,405

Jon Jones

UFC 239: Jones vs Santos

Menewaskan  Thiago Santos melalui keputusan sebulat suara pengadil – £ 405,405

UFC 235: Jones vs Smith

Menewaskan Anthony Smith melalui keputusan sebulat suara pengadil- £ 405,405

UFC 232: Jones vs Gustafsson II

Menewaskan Alexander Gustafsson melalui Submission – (Pusingan 3) – £ 405,405

Conor McGregor

UFC 229: Khabib vs McGregor

Nurmagomedov menewaskan McGregor melalui submission (Pusingan 4) – £ 2,432,000

UFC 205: Alvarez vs McGregor

Beliau menewaskan  Eddie Alvarez melalui TKO (Pusingan 2) – £ 2,391,000

UFC 202: Diaz vs McGregor

Belia menewaskan Diaz melalui keputusan majoriti – £ 2,391,000

Khabib Nurmagomedov

UFC 242: Khabib vs Poirier

Khabib menewaskan  Dustin Poirier melalui Submission (Pusingan 3) – £ 5,000,000 (dilaporkan)

UFC 229: Khabib vs McGregor

Nurmagomedov menumpaskan McGregor melalui Submission (Pusingan 4) – £ 1,621,600

UFC 223: Khabib vs Iaquinta

Nurmagomedov menewaskan Al Iaquinta melalui keputusan sebulat suara pengadil – £ 405,405

Pendapatan UFC 246

Conor McGregor: $ 3 juta(tiada bonus menang)

Donald Cerrone:

$200,000 Untuk Perlawanan
$200,000 Untuk Menang

Holly Holm:

$150,000 Untuk Perlawanan
$ 50,000 Untuk menang

Raquel Pennington:

$63,000 Untuk Perlawanan
$63,000 Untuk Menang

Alexey Oleynik:

$75,000 Untuk Perlawanan
$75,000 Untuk Menang

Maurice Greene:

$30,000 Untuk Perlawanan
$30,000 Untuk Menang

Anthony Pettis:

$155,000 Untuk Perlawanan
$155,000 Untuk Menang

Diego Ferreira:

$50,000 Untuk Perlawanan
$50,000 Untuk Menang

Lihatlah peningkatan drastik yang diterima oleh kesemua fighter dalam organisasi UFC kini. Lebih populer mereka lebih banyak sponser yang bakal menaja.

Bayangkan saja bawa pulang enam ke tujuh angka dalam satu perlawanan sahaja. Luar biasa mewah nya hidup mereka.

BACA:  Khabib Anggap Gadis Gelanggang Sebenarnya Tak Berguna Dalam Sukan MMA