Pendapatan Mino Raiola Untuk Perpindahan Musim Panas Mengatasi Gaji Tahunan Ronaldo

Pendapatan Super Ejen Mino Raiola untuk musim perpindahan musim panas lalu mengatasi gaji tahunan Cristiano Ronaldo sebanyak £21 juta setahun bersama Real Madrid. Raiola memperoleh pendapatan hampir £30 juta (RM164 juta) pada jendela perpindahan musim panas ini lebih.

Pendapatan yang diperoleh Raiola ini di bayar oleh Manchester United melalui perpindahan 3 orang pemain yang berada di bawah selian Raiola. Pemain tersebut adalah Paul Pogba, Zlatan Ibrahimovic dan Henrikh Mkhitaryan.

Cer teka diorang tengah tengok apa? 8 inci vs 10 inci?

Raiola memperoleh £20 juta hasil daripada perpindahan Pogba dari Juventus ke Manchester united yang memecahkan rekod dunia dengan nilai perpindahan sebannyak £89 juta. Perpindahan Mkhitaryan ke Manchester United dari Dortmund bernilai £30 juta membolehkan Raiola meraih pendapatan sebanyak £6.7 juta.

Super Ejen ini kemudian memenuhkan lagi poket beliau hasil dari perpindahan percuma Zlatan ke Manchester United dari PSG. Walaupun perpindahan Zlatan percuma Manchester United membayar £2.5 juta kepada Raiola sebagai orang tengah, menjadikan pendapatan beliau untuk tempoh 2 bulan perpindahan musim panas ini sebanyak £29.2 juta kira-kira RM159 juta.

Jika Everton menerima tawaran £60 juta dari Chelsea untuk mendapatkan Lukaku pendapatan Raiola makin bertambah tetapi perpindahan itu tidak menjadi kenyataan. Raiola juga meraih keuntungan melalui perpindahan Balotelli ke Nice walaupun sebagai pemain pinjaman tetapi tidak dinyatakan jumlah bayaran diterima Raiola.

Untuk rekod Super Ejen Mino Raiola memperoleh pendapatan hampir £270 juta (RM1.4 bilion) sepanjang kariernya sebagai ejen. Maka tidak hairanlah kenapa Raiola digelar Super Ejen.

Pak Alex Risau Faiz Menjadi Orang Dagangan Raiola

Bekas pengendali United Alex Ferguson pernah mengatakan bahawa beliau tidak akan berurusan dengan Raiola dimana Raiola merupakanh individu menyebabkan Pogba berhijrah ke Juventus pada 2012 tetapi Mourinho tidak ambil pusing perkara tersebut.

Senarai Pemain Dan Bekas Pemain di Bawah Raiola

  1. Zdeněk Grygera
  2. Zlatan Ibrahimović
  3. Martin Jol (football manager)
  4. Felipe Mattioni
  5. Mario Balotelli
  6. Maxwel
  7. Pavel Nedvěd
  8. Kerlo
  9. Henrikh Mkhitaryan
  10. Paul Pogba
  11. Étienne Capoue
  12. Blaise Matuidi
  13. Gregory van der Wiel
  14. Romelu Lukaku
  15. Gianluigi Donnarumma
  16. Moise Kean

Antara Senarai Perpindahan Pemain Dibawah Raiola

Zlatan Ibrahimovic merupakan lubuk duit kepada Raiola.

Baca Juga

Baca Juga