Penendang Ramsdale Sudah Ditangkap Polis dan Didakwa

Seorang lelaki juga penyokong Tottenham Hotspur yang telah menendang belakang penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale telah ditangkap oleh pihak polis dan turut didakwa melakukan serangan.

Terjadi peristiwa mengaibkan usai perlawanan berakhir dalam perlawanan derby London Utara apabila seorang penyokong melompat ke atas papan penimbunan iklan eletronik dan menendang Aaron Ramsdale semasa penjaga gol Arsenal itu cuba mengambil botol airnya di belakang gol.

Selepas kejadian yang memalukan serta melibatkan keselamatan pemain itu, ramai menggesa supaya pelaku kesalahan itu ditangkap dan diharamkan menghadiri perlawanan bola sepak semumur hidup.

Insiden buruk itu menjejaskan permainan bola sepak yang berpaksiakan semangat kesukanan dan perbincangan telah pun bermula mengenai tindakan yang perlu diambil oleh FA.

Pihak polis bertindak pantas seperti pasukan Gerak Khas menyelesaikan kes dalam satu episode sahaja jarang-jarang dua. Polis Metropolitan telah mengeluarkan kenyataan yang berbunyi:

“Seorang lelaki telah didakwa menyerang pemain Arsenal selepas perlawanan di Stadium Tottenham Hotspur pada Ahad, 15 Januari.”

“Dia sepatutnya hadir di mahkamah Majistret Highbury pada hari Jumaat, 17 Ferbruari 2023.”

“Pasukan Penyiasatan Bola Sepak Met telah dibantu dalam siasatan mereka oleh kelab bola sepak Tottenham Hotspur.”

FA mengutuk sekeras-kerasnya insiden itu selepas derby utara London, dengan menegaskan kelakuan itu ‘tidak boleh diterima sepenuhnya’.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya insiden yang melibatkan penonton yang mengikuti perlawanan Liga Perdana hari ini antara Tottenham Hotspur dan Arsenal.”

“Ini adalah tingkah laku yang tidak boleh diterima sepenuhnya dan kami akan bekerjasama dengan polis, pihak berkuasa yang berkaitan dan kelab untuk memastikan tindakan sewajarnya diambil.”

Selepas perlawanan Ramsdale tampil menceritakan kembali insiden itu selepas ditanya apa yang berlaku

“Beberapa orang di situ menyambut baik dengan semangat kesukanan. Kemudian seorang peminat Spurs telah datang melompat dan beri aku satu tumbukan atas belakang.”

“Itulah yang terjadi dan ia memalukan kerana di penghujung hari ini hanyalah sebuah perlawanan bola sepak sahaja.”

Aaron Ramsdale menyangka dia ditumbuk kerana diserang dari belakang dan bersyukur tiada kejadian buruk terjadi.

“Kedua-dua pemain pasukan cuba membawa aku pergi dari situ. Tapi syukurlah tidak ada apa yang terjadi begitu drastik. Keadaan ini buruk tetapi saya pasti kami akan menikmatinya apabila kami kembali ke bilik persalinan.”

Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA) telah mengeluarkan kenyataan mengecam insiden itu:

|Keganasan terhadap pemain sama sekali tidak boleh diterima. Kejadian ini berlaku terlalu kerap. Pemain mempunyai hak untuk selamat di tempat kerja mereka.”

“Apabila pemain diserang, kami mengharapkan undang-undang yang ditetapkan untuk melindungi pemain dikuatkuasakan dengan betul.|

|Sebagai kesatuan pemain, kami menganggap ini sebagai isu keutamaan. Kami akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menuntut pemain dan kakitangan dilindungi dengan lebih baik di tempat kerja mereka.|

Antonio Conte dan beberapa orang pengulas turut mengecam serangan itu yang disifatkan memalukan untuk permainan bola sepak.

Baca Juga

Baca Juga