Penerjun Kanada Tetap Bangga Walaupun Terjun Lurus Dan Perolehi Skor 0.0

Atlet terjun Kanada, Pamela Ware merekodkan mata yang dianggap luar biasa, iaitu skor sifar (0.0) di Sukan Olimpik pada Ahad lalu.

Penerjun berusia 28 tahun itu melakukan penampilan pertamanya di temasya bersejarah ini, dan mengambil bahagian dalam acara 3m springboard di Tokyo.

Namun pada darjah kesukaran 3.5, Ware tersilap langkah sehingga mengakibatkan terjunannya tidak menjadi pada saat akhir. Ia kelihatan mengaibkan kerana Ware terpaksa terjun secara lurus dengan kaki terlebih dahulu menjunam ke dalam kolam renang.

Terjunan tersebut menyebabkan Pamaela Ware sekadar meraih skor 0.0, dan ini bermakna beliau juga tersingkir dari pertandingan dan rutin terjunan yang lain.

Bercakap kepada syarikat penyiar Kanada, CBC: “Saya berpendapat saya mampu melakukan terjunan itu, saya juga mungkin mencederakan diri sendiri.”

Melalui satu perkongsian di Instagram Pamela Ware kemudian berkata: “Saya tetap bangga dengan diri sendiri. [Beraksi] di politik amat sukar.

“Apa yang anda lihat ketika pertandingan hanya secebis daripada apa yang semua kami lalui [ketika latihan].

“Saya bersedia untuk menghadapi pertandingan ini, tetapi saya melakukan kesilapan.

“Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tetapi ia berlaku kepada saya pada waktu yang salah.

“Tetapi saya boleh berbangga kerana saya telah melakukan apa yang terdaya untuk berada di sini, dan saya masih lagi seorang manusia. Saya tidak lari dari membuat kesilapan.

“Saya berharap anda semua boleh menyesuaikan diri dengan saya selepas ini kerana saya tidak akan berganjak dan menyerah kalah. Pertandingan ini tidak memberi gambaran mengenai diri saya dan ia tidak akan menewaskan saya.”

Acara 3meter papan anjal menyaksikan dua atlet dari China merangkul emas dan perak, manakala pingat gangsa milik penerjun dari Amerika Syarikat, Krysta Palmer.

Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri pula menamatkan saingan di kedudukan keempat memberikan saingan sengit kepada Krysta Palmer sepanjang lima pusingan terjunan.

Baca Juga

Baca Juga