Pengadil Bundesliga Hentikan Perlawanan Bagi Membolehkan Moussa Niakhate Berbuka Puasa

Pengadil perlawanan di Bundesliga telah menghentikan perlawanan antara Augsburg dan Mainz 05 bagi membolehkan Moussa Niakhate yang turun beraksi berbuka puasa tepat pada masanya.

Detik ini pasti menjadi saat yang sangat menakjubkan di Bundesliga dan juga dunia bola sepak kerana satu penghormatan telah diberikan dengan begitu indah sekali.

Umat ​​Islam di seluruh dunia kini sedang menyambut bulan Ramadan, termasuklah bintang Real Madrid, Karim Benzema yang berpuasa seharian sebelum mencipta hatrik menentang Chelsea dalam perlawanan Liga Juara-Juara.

Pemain pertahanan Mainz, Niakhate juga menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim untuk berpuasa di bulan Ramadan yang merupakan salah satu dari tiang agama.

Dan pemain berusia 26 tahun itu berbuka puasa semasa perlawanan pasukannya berlangsung minggu lalu.

Pada minit ke-65, pengadil perlawanan, Matthias Jollenbeck menghentikan perlawanan supaya Niakhate boleh menghidratkan dirinya dengan cecair bagi mengembalikan tenaga selepas seharian berpuasa.

Tindakan Matthias Jollenbeck menghentikan perlawanan memberi Niakhate masa yang cukup untuk berbuka menyaksikan Niakhate meminum air daripada dua botol yang berbeza, satu mungkin air biasa dan satu lagi minuman sukan dibancuh mengikut keperluan Niakhate.

Selepas berbuka puasa, Moussa Niakhate yang berasal dari Perancis itu telah berterima kasih kepada Matthias Jollenbeck dengan satu tepukan dan bro fist di padang.

Menurut laporan daripada Sports, ini merupakan kali pertama situasi ini terjadi dalam liga teratas Jerman di mana permainan dihentikan bagi membolehkan pemain berbuka puasa.

Lutz Michael Frohlich, ketua pengarah komunikasi untuk Jawatankuasa Pengadil Jerman, telah meluluskan tindakan pengadil menghentikan permainan untuk membolehkan pemain berbuka puasa.

Pada hari Isnin, Lutz Michael Frohlich berkata:

“Tiada arahan umum dalam hal ini, tetapi sudah tentu kami menyokong pengadil kami membenarkan rehat minum sebegitu pada Ramadan atas permintaan pemain.”

Sebelum ini kita pernah menyaksikan pemain berpura-pura cedera bagi membolehkan permainan dihentikan dan memberi masa kepada rakan yang berpuasa berbuka.

Permainan Dihentikan Bagi Membolehkan Pemain Berbuka Puasa Jadi Viral

Perlawanan bola sepak di divisyen dua Turki telah dihentikan buat sementara bagi membolehkan pemain yang berpuasa membuka puasa dan menyebut #doneifthor telah menjadi tular lagi viral.

Ketika permainan memasuki 10 minit permainan menentang GZT Giresunspor, kecederaan bermakna memberi peluang kepada pemain Ankara Keciorengucu yang beragama Islam untuk membuka puasa.

Pemain Ankara Keciorengucu telah menikmati buah kurma dan pisang bagi mengembalikan semula tenaga dengan. Setiap suapan dimulakan dengan Bismillah dan disudahi dengan Alhamdulillah.

Video rakaman pemain Ankara Keciorengucu membuka puasa itu telah menjadi viral di media sosial dan di laman Twitter beIN Sports Turkey lebih 3 juta telah menonton video ini.

“Apabila kecederaan terjadi dalam perlawanan GZT Giresunspor vs Ankara Keçiörengücü telah masuk waktu solat dan pemain mula berbuka puasa.”

Kisah seperti ini saban tahun terjadi dalam perlawanan bola sepak, di mana ternyata puasa tidak menjadi penghalang kepada pemain bola sepak.

Pada 2018, penjaga gol Tunisia berpura-pura cedera supaya beliau dan rakan-rakan dapat berbuka puasa.

Pada tahun 2019, pasangan pemain Ajax Hakim Ziyech dan Noussair Mazraoui berpuasa ketika perlawanan separuh akhir Champions League menentang Tottenham Hotspur.

Kedua-dua pemain Magribi itu telah berbuka puasa pada minit ke-24 dan 11 minit kemudian Ziyech menjaringkan gol kedua perlawanaan.

Dan inilah antara kisah popular, pemain bola sepak berbuka puasa dipadang.

‘Kecederaan’ Penjaga Gol Membolehkan Pemain Tunisia Berbuka Puasa

Ibadah Puasa di Bulan Ramadhan tidak menghalang para pemain skuad Tunisia untuk terus berpuasa walaupun menghadapi dua perlawanan persahabatan. Ini kisah yang terjadi beberapa tahun lalu.

Pada ketika itu seperti pasukan lain yang bakal beraksi di Piala Dunia 2018 Rusia, Tunisia giat memperkemaskan pasukan dengan siri perlawanan persahabatan.

Menipu Sunat?

Sungguh unik cara pemain Tunisia membuka puasa apabila ‘kecederaan’ penjaga gol mereka menyebabkan pengadil menghentikan perlawanan.

Satu perancangan dan kesepakatan yang penuh teliti dari pemain Tunisia, penjaga gol dan staf pasukan menunjukkan betapa kuatnya ukhwah antara mereka.

Tak macam kau. Sama sendiri pun nak maki. Lepas viralkan di media sosial. #DoneKecam

Saat dan ruang masa ini digunakan sepenuhnya oleh pemain Tunisia untuk membuka puasa. Pegawai pasukan mengedarkan buah kurma dan ‘energy bar’ serta air untuk mengembalikan tenaga dengan cepat.

Pemain berbuka puasa smeentara penjaga gol ‘cedera’

Tiada juadah lain seperti kuba guling, toyol guling, roti john, kebab, murtabak, cendol atau nasi arab di agihkan kepada para pemain.

Ketika waktu berbuka masuk permainan separuh masa kedua baru sahaja bermula untuk tempoh kurang tiga minit.

Kuih muih, nasi arab diedarkan oleh staf pasukan.

Keputusan perlawanan Tunisia dengan keadaan berpuasa ketika menetang Portugal dan Turki sangat membanggakan apabila mencatatkan keputusan seri 2-2 dalam kedua-dua perlawanan.

Seorang pemain yang tidak berpuasa untuk perlawanan akhir telah ditegur oleh pendakwah kerana sengaja meninggalkan puasa.

Dalam perlawanan itu, pemain yang tidak berpuasa itu telah cedera dan pendakwah itu mendakwa itu balasan tuhan.

Tunisia beraksi di Piala Dunia 2018 berada dalam kumpulan G bersama England, Panama dan Belgium.

Tunisia layak ke Piala Dunia buat pertama kali sejak 2006. Mereka tidak pernah melepasi peringkat kumpulan di Piala Dunia dan sekadar melengkapkan jadual.

Pasukan yang berada di rangking ke-14 dunia ranking FIFA itu berharapa dapat mencipta sejarah dengan mara ke pusingan kalah mati.

Saksikanlah dua perlawanan Tunisia menentang Portugal dan Turki dalam keadaan berpuasa. Power bukan?

Baca Juga

Baca Juga