Pengadil Minta Maaf Kepada Ramos Kerana Layangan Kad Kuning

Pemain pertahanan Real Madrid dan Sepanyol, Sergio Ramos terkenal kerana selalu mengumpul kad merah yang boleh tahan banyak sepanjang kariernya apatah lagi kad kuning kerana itu seperti makanan hariannya.

Pemain pertahanan yang terkenal dengan permainan yang keras telah mengutip kad kuning ketika menentang Romania namun pengadil telah meminta maaf kepada Ramos kerana layangan kad tersebut. Ajaib bukan?

https://twitter.com/SoccerTweetsHD_/status/1169723223333834754

Selepas menjaringkan sepakan penalti, Ramos telah meraikan jaringan tersebut dengan membuat gaya seperti cermin mata dan menghala ke arah kamera yang merakam.

Namun pengadil perlawanan Deniz Aytekin penuh yakin dan tanpa segan silu melayangkan kad kuning kepada Ramos dengan penuh bergaya.

Pada tanggapan, Deniz Aytekin ketika itu, Ramos sedang meraikan gol dengan menganjing para penyokong dan tidak sedari Ramos menghala keraian itu kepada kamera.

Ramos telah menjelaskan makna disebalik keraiannya selepas perlawanan yang mana gaya itu dibuat dan ditujukan kepada anak saudaranya yang memakai cermin mata.

Ramos juga telah mengesahkan bahawa Aytekin telah meminta maaf kepada beliau diseparuh masa pertama atas kesilapan yang terjadi.

“Kad kuning ini datang hasil daripada satu kekeliruan.”

“Keraian itu untuk anak saudara saya. Kami berdua memakai cermin mata dan ini untuk beliau. Aku lakukan ini untuk ceriakan beliau dan mendedikasikan gol ini untuk beliau.”

“Pengadil pula menyangka aku tujukan kepada penonton, matilanak.”

Danny Ceballos telah dijatuhkan lalu Sepanyol diberikan sepakan penalti yang tenang lagi mudah disempurnakan Sergio Ramos. Sepanyol menang 2-1 dalam perlawanan ini walaupun bermain 10 orang selepas Llorente dibuang padang.

Sergio Ramos yang merupakan pemain pertahanan tengah telah menjaringakn 8 gol dalam 10 perlawanan terakhir bersama Sepanyol. Pertahanan ke penyerang ni?

https://twitter.com/Footygoalsbet/status/1169893359193747457

Baca Juga

Baca Juga