Pengadil Perlawanan Newcastle-Burton Tersalah Buat Keputusan Berkenaan Penalti

Bulan lalu, bola sepak Malaysia disajikan dengan satu kontroversi dalam perlawanan antara Selangor menentang Kedah, di mana pasukan tuan rumah mendapat tendangan penalti, dan gol dijaringkan hasil bola muntah penjaga gol oleh Mineiro.

Jaringan tersebut sah dan dikira, sekaligus menyebabkan Kedah keciciran mata di tempat lawan.

Semalam, pengadil England, Keith Stroud, membuat kesilapan yang hampir sama dalam perlawanan antara Newcastle United menentang Burton Albion di St. James Park.

Newcastle dianugerahkan tendangan penalti pada separuh masa pertama, dan penalti tersebut disudahkan dengan mudah oleh Matt Richie, namun gol tersebut tidak dikira kerana menurut pengadil, satu pelanggaran undang-undang telah berlaku.

Pemain Newcastle, Dwight Gale, didapati telah memasuki kotak penalti sebelum bola disepak Ritchie, dan selepas bola melepasi garisan gol, pengadil meniup wisel dan memberikan tendangan percuma tidak terus kepada Burton, dan ini merupakan keputusan yang salah!

Mengikut syarat sah penalti dan syarahnya, sekiranya pemain yang memasuki padang ialah pemain sepasukan penendang penalti dan bola ditendang itu masuk gol, maka penalti wajib diambil semula.

Keputusan pengadil hanya akan menjadi tepat sekiranya pemain yang memasuki kotak penalti sebelum bola ditendang ialah pemain Burton, bukan Newcastle.

Nasib baik Newcastle berjaya juga menjaringkan gol pada hujung perlawanan untuk memberikan mereka tiga mata, kalau tidak, pasti penyokong Newcastle menuduh pengadil tu menerima rasuah dan mempunyai pakatan untuk menjatuhkan Newcastle, lalu membawa isu ini ke dalam media sosial dengan pelbagai hashtag. 

Baca Juga

Baca Juga