Seorang pengadil bola sepak di Serbia telah dijatuhkan hukuman penjara atas tuduhan rasuah selepas memberikan sepakan penalti yang terang lagi bersuluh nampak benor menipu.
Selepas didapati bersalah pengadil tersebut, Srdjan Obradovic telah dijatuhkan hukuman penjara 15 bulan dan 10 tahun diharamkan dari arena pengadilan bola sepak.
Amalan korup ini dilakukan oleh Srdjan Obradovic dalam satu perlawanan tiga tahun lalu.
Srdjan Obradovic telah menjadi pengadil perlawanan diantara Spartak Subotica dan Radnicki Nis di Liga Serbia pada tahun 2018.
#FutbolHD Srdjan Obradovic, árbitro en Serbia, fue condenado a 15 meses de cárcel por favorecer durante un partido de 2018, entre el Spartak Subotica y el Radnicki Nis. pic.twitter.com/oFFhekPsy7
— Habla Deportes (@HablaDeportes) April 1, 2021
Perlawanan tersebut akan menjadi perlawanan penentuan siapa akan layak ke pusingan kelayakan Europa League.
Srdjan Obradovic tanpa segan silu telah memberikan Spartak Subotica dua sepakan penalti dalam perlawanan itu dan kedua-dua penalti itu menjadi gol kemenangan Spartak Subotica.
Tidak cukup dengan itu pemain penyerang Radnicki Nis, Milan Pavkov dilayang dua kad kuning sekaligus membawa kepada kad merah.
🇷🇸 Sırbistan Ligi'nin 2017-18 sezonunda Spartak Subotica ile Radnicki Nis karşılaştı.
⚽️Ev sahibi ekip iki penaltı golüyle 2-0 kazandı.
🟥 Konuk takım, skor 0-0'ken 10 kişi kaldı.Üç sene sonra, maçın hakemi Srdjan Obradovic'e 15 ay hapis ve on yıl men cezası verildi. pic.twitter.com/2ajKMUVaAP
— Goal Türkiye (@GoalTurkiye) April 1, 2021
Milan Pavkov diarahkan meninggalkan padang kerana dua kad kuning dan kad kuning kedua itu hari kurang seminit selepas kad kuning pertama.
Sungguh tak beragak langsung nak menipu, nampak sangat kaki DVD.
Rakaman perlawanan menunjukkan sepakan penalti kedua diberikan dengan permainan berbaki 13 minit dan penalti itu diberikan tanpa sebab yang jelas.
Tiada langsung tanda kekasaran atau sebarang sentuhan yang boleh membawa kepada penalti tetapi Srdjan Obradovic yakin meniup wisel dan memberikan sepakan penalti.
¡INSÓLITO! 🎥 | El árbitro Srdjan Obradovic fue arrestado por marcar un penal inexistente en el juego Spartak Subotica ante Radnicki Nis en Serbia.
El Subotica ocupaba ganar para acceder a la Europa League, el central fue acusado de ayudar al equipo local que terminó ganando 2-0 pic.twitter.com/4mTmaYNg3l
— Deportes TVC (@DeportesTVC) May 15, 2018
Pemain Spartak Subotica cuba membantah namun keputusan pengadil adalah muktamad dan Radnicki Nis menjaringkan gol kedua yang merupakan gol kemenangan.
Lebih menarik dan tidak masuk akal apabila Srdjan Obradovic mendakwa beliau melihat bola terkena tangan ketika di dalam kotak ketika dalam proses perbicaraan.
Menurut Srdjan Obradovic lagi keputusannya itu disokong oleh pembantu pengadil dan kerana yakin beliau telah memberikan sepakan penalti.
Serbian referee handed 15-month jail sentence for penalty award: https://t.co/Efmwt7X0Fc pic.twitter.com/LoRDdANj5k
— AS English (@English_AS) April 1, 2021
Ekoran keputusan pengadilan perlawanan yang meragukan lagi tidak masuk itu, Srdjan Obradovic telah ditahan untuk soal siasat dan dibicarakan.
Kini keadilan telah tertegak, Srdjan Obradovic telah dihukum apabila Jabatan Anti Rasuah Mahkhamah Agung Novi Sad melakukan gegenpressing.
Menurut agensi berita Serbia, Tanjug, Srdjan Obradovic telah dijatuhkan hukuman penjara 15 bulan dan diharamkan terlibat dengan sebarang aktiviti membabitkan Serbia FA selama 10 tahun.
2018 : un pénalty est accordé suite à une main… imaginaire. Les joueurs ne bronchent même pas.
L'arbitre, suspecté d'avoir truqué le match, est arrêté dans la foulée pic.twitter.com/fO9dNWStvV
— Fudbalski Hram (@Fudbalski_Hram) March 2, 2021
Milan Pavkov yang telah dilayangkan kad merah dalam perlawanan itu kini beraksi bersama Red Star Belgrade telah menghadiri perbicaraan dan menjadi saksi utama kes tersebut.
Kontroversi membabitkan pengadil selalu terjadi dalam bola sepak walaupun telah dibantu dengan tekonologi canggih seperti video assistant referee (VAR).
Namun kebiasaannya kontroversi terjadi kerana keputusan pengadil yang tidak tepat dan salah serta jarang sekali disebabkan rasuah seperti ini.
Serbian Football Federation President Slavisa Kokeza resigned due to allegations of mafia affiliation.
Serbian Football Federation President Slavisa Kokeza quit his post after alleged affiliation with a mafia member. #Football pic.twitter.com/vITg6YVEjc
— GMSPORS (@Gundemspor14) March 24, 2021
Minggu lalu, Slavisa Kokeza telah meletakkan jawatan sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Serbia walaupun tidak disabitkan dengan sebarang kekalahan.
Slavisa Kokeza telah dipanggil serta disoal siasat oleh polis berhubung dengan perkaitan beliau dengan organisasi jenayah.
Beberapa hari lalu juga menyaksikan kontroversi pengadil terjadi ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia antara Serbia dan Portugal di Stadion Rajko Mitic, Serbia.
Ronaldo's 103rd International goal in my book pic.twitter.com/PfJeO3yvz8
— 💫 (@Madridi7ii) March 27, 2021
Namun pengadil perlawanan, Danny Makkelie yang berasal dari Belanda tidak mengesahkan jaringan Cristiano Ronaldo pada minit akhir.
Keputusan itu menyaksikan Portugal terpaksa menerima keputusan seri dan Ronaldo telah tantrum di padang dengan membaling lilitan kapten.
Lilitan itu kini menjadi bahan lelongan untuk meraih dana bagi membantu kanak-kanak yang sakit.