Pengadil Terpaksa Hentikan Pertarungan Selepas Petarung Tertelan Gigi Sendiri

Dalam satu insiden pertarungan sepak tinju (kickboxing), pengadil terpaksa menghentikan perlawanan dengan segera dan memberikan kemenangan K.O secara tekikal kepada Michael Boapeah hanya selepas 128 saat pusingan pertama berlangsung.

Sepak tinju dianggap sebagai salah satu sukan yang sering mengundang bahaya walaupun ia mempunyai peminat tegar tersendiri.

Sejak beberapa tahun lalu ada banyak kejadian petarung mengalami kecederaan anggota bada yang serius. Tidak kurang juga yang mengalami masalah kecederaan otak.

Secara teknikal sukan ini mendedahkan bahaya kepada setiap anggota dan organ peserta.

Baru-baru ini berlangsungnya acara sepak tinju di Kejohanan GLORY Collision 5 di Rotterdam, Belanda dan ia menyebabkan peserta kelahiran Swiss-Congo, Ulric Bokome hilang sebaris giginya ketika bertarung menentang petarung kacukan Ghana-Belanda, Michael Boapeah.

Insiden tersebut berlaku pada pusingan pertama kategori kelas pertengahan. Satu hayunan tumbukan padu daripada Boapeah hinggap di mulut Bokeme menyebabkan deretan gigi bahagian hadapan gugur berderai.

Bokome yang berusia 32 tahun kemudiannya terpaksa mengundurkan diri dan memberi isyarat kepada pengadil ada sesuatu yang tidak kena berlaku.

Beliau kemudiannya dilihat meludah keluar darah dan beberapa butir gigi di kanvas sekitar arena.

Pengadil tiada pilihan melainkan memberikan kemenangan K.O secara teknikal kepada Michael Boapeah hanya selepas 2 minit 8 saat pertarungan berlangsung.

Bokome pula kelihatan sedih dan di dalam kesakitan dan dibawa ke penjuru gelanggang sebelum mendedahkan dirinya tertelan beberapa biji giginya sendiri.

Ini bukan kali pertama insiden sedemikian rupa berlaku di dalam sukan seni mempertahankan diri.

Sebelum ini petarung UFC, Anthony Smith pernah mengejutkan ramai apabila memberikan beberapa biji giginya yang patah kepada pengadil dalam pertarungan cukup brutak menentang Glover Teixeira yang berakhir dengan kekalahan TKO.

Manakala Luke Rockhold turut kehilangan beberapa biji giginya selepas perlawanan tinju menentang bekas petarung UFC, Mike Perry.

Insiden sebegini menimbulkan keraguan dan pertanyaan mengenai kelengkapan keselamatan yang digunakan di dalam sukan sebegini.

Sebelum pertarungan ini Ulrick Bokeme memiliki rekod 32-4 dalam sukan sepak tinju dan turut mengalami TKO dan menarik diri sebelum ini.

Petarung berusia 32 tahun itu mengikat kontrak dengan GLORY pada 2019 dan hanya bertarung sekali sebelum insiden terbaru ini.

Sebelum ini GLORY pernah menampilkan antara momen bersejarah melalui platiform mereka menampilkan jagug seperti Rico Verhoevwn dan Badr Hari.

Baca Juga

Baca Juga