Pengadil Turki Retak Soket Mata Ditumbuk Presiden Kelab Akhirnya Bersuara

Pengadil Turki yang ditumbuk oleh presiden kelab yang perlawanan dikendalikannya akhirnya membuka mulut mengenai insiden ganas yang menimpanya.

Halil Umut Meler bercakap kepada wartawan selepas meninggalkan hospital – dua hari selepas serangan terhadapnya berlaku.

Pengadil tersebut diserang oleh presiden kelab Ankaragucu, Faruk Koca dalam perlawanan menentang Rizespor yang berkesudahan dengan keputusan seri 1-1.

Koca meluruh ke arah padang dan bersemuka dengan Meler sebelum menghayunkan tumbukan ke arah muka pengadil tersebut, sebelum menyepaknya ketika terbaring di atas padang.

Meler kemudian mendapat rawatan di hospital dan foto yang dikeluarkan menunjukkan lebam susulan serangan tersebut.

Pengadil itu turut dilihat menggunakan alat sokongan di lehernya, dan dilaporkan turut mengalami retak soket mata.

Selepas dibenarkan kelaur daripada wad hospitam pada Rabu lalu, Meyer dikerumuni wartawan.

“Setakat ini tiada masalah dengan tahap kesihatan saya,” ujarnya mengulas kejadian tersebut.

Ditanya sama ada dia akan meneruskan tugasnya mengadili perlawanan selepas ini, Meler berkata: “Saya mendapat panggilan daripada UEFA. Saya akan menjelaskan isu ini lebih lanjut selepas ini.

“Pada masa ini tiada situasi tertentu akan dilakukan. Semuanya berkemungkinan. Buat masa ini saya hanya mahu balik ke rumah dan berehat.”

Insiden yang berlaku pada Isnin lalu itu mendapat liputan meluas dan kritikan di Turki. Presiden negara itu Recep Tayyip Erdogan antara yang tampil membidas perbuata ganas Koca.

Baca Juga

Baca Juga