Pengadil Wanita Dikejarkan Ke Hospital Kerana Ditumbuk Selepas Layangkan Kad Merah

Seorang pengadil wanita telah mengalami hari yang buruk apabila telah ditumbuk secara curi daripada belakang selepas melayangkan kad merah dalam perlawanan liga tempatan di Buenos Aires, Argentina.

Yang menumbuk pengadil wanita itu adalah Cristian Tirone yang koyak dan tidak berpuas hati selepas menerima kad merah kerana mancaci hamun dan kerana tindakan bodoh itu, Cristian Tirone ditahan polis.

Bola sepak ialah sukan yang menjunjung semangat permainan adil dan semangat kesukanan. Namun begitu, ramai juga pemain terlepas kawalan dengan melakukan tindakan keganasan terhadap pihak lawan dan pengadil.

Tetapi ada juga yang lebih mengejutkan, misalnya, pemain amatur di Argentina, yang memukul pengadil dengan melayangkan tumbukan ala UFC, dia terus ditahan polis.

Keganasan dalam bola sepak terutamanya di Argentina bukanlah satu cerita baru. Di pelbagai peringkat pertandingan, sering kali imeriahkan dengan pergaduhan peminat, pergaduhan antara pemain, dan pukulan pengadil.

Mereka juga antara negara yang memiliki perseteruan yang dianggap paling ganas di dunia. misalnya perseteruan antara Boca Juniors dan River Plate.

Dalam aksi antara Garmense menentang Deportivo Independencia di Tres Arroyos, Buenos Aires. Seorang pengadil dipukul dari belakang secara curi oleh pemain Garmense, Cristian Tirone, menyebabkan dia terus tertomos ke tanah.

Pengadil wanita bernama Dalma Magali Cortadi yang baru berusia 30 tahun, dipukul oleh Cristian Tirone hanya beberapa saat selepas dilayangkan kad merah kerana dia mengeluarkan kata kata kesat yang melampau kepada pengadil.

Selepas mengarahkan Cristian Tirone keluar padang, pengadil wanita turut mengeluarkan kad kuning kepada rakan sepasukan yang lain. Ini membuatkan Cristian Tirone bertambah marah dengan menumbuk kepala Dalma Magali Cortadi dari belakang. Pengadil wanita segera rebah ke tanah.

Melihat keganasan itu, penjaga garisan bertindak pantas menghalang untuk memastikan Cristian Tirone tidak melakukan perkara lebih buruk.

Dalam laporan media tempatan Argentina, La Nacion, beberapa pegawai polis datang ke tempat dan menahan Cristian Tirone.

Mereka membawanya ke balai polis untuk prosiding jenayah. Sementara itu, pengadil terpaksa mendapatkan rawatan di hospital kerana hentakan kuat di kepala dan cedera.

Bercakap kepada wartawan, pengadil wanita tersebut berkata: “Kita harus menendangnya selama-lamanya dari bola sepak kita.”

“Dia [Tirnone] tidak sepatutnya dan tidak layak sama sekali berada di mana-mana kelab. Dia seorang yang kejam. Saya melihatnya dalam video. Orang biasa yang waras tidak akan tidak melakukan apa yang dilakukan lelaki ini.”

“Tiada siapa yang layak mendapat kesakitan seperti ini.  Saya harap dia membayar untuk apa yang dia lakukan,” tambah Dalma Magali Cortadi.

Kelab Cristian Tirone, Garmense juga telah mengeluarkan kenyataan kepada orang ramai. Mereka mengecam tindakan salah seorang pemainnya.

“Berdasarkan peristiwa yang berlaku, kami menyatakan penolakan keras kami terhadap tindakan ini. Ia bertentangan dengan semangat sukan ini,” kata Garmense dalam satu kenyataan.

“Kami bersimpati dengan pengadil. Kami memohon maaf. Kami komited dan terus berusaha untuk menghapuskan keganasan dalam semua bentuknya dalam sukan,” sambung kenyataan rasmi kelab itu.

Ini bukan kali pertama pegawai perlawanan wanita yang mengendalikan permainan di Amerika Selatan diserang bagi tahun ini sahaja.

Di Brazil pada April lalu, bekas ketua jurulatih Desportivo Ferroviaria, Rafael Soriano dipecat daripada peranannya selepas menanduk seorang penjaga garisan wanita.

Soriano menyerbu padang pada separuh masa untuk merayu keputusan dan dilayangkan kad kuning kerana bantahannya. Ketika penjaga garisan Marcielly Netto cuba meredakan situasi antara dia dan pengadil, Soriano menyerangnya.

Dia kemudian dilayangkan kad merah dan polis yang memakai peralatan rusuhan menghalang percubaannya untuk mencederakan Netto buat kali kedua. Kelab itu mengesahkan dia telah dipecat tidak lama kemudian.

BACA:  Pengulas US Cadangkan Besarkan Gawang, 2 Gol Dikira Untuk Jaringan Dari Luar Kotak, Penalti Dari Jarak 35 Ela