Penganjur Ballon d’Or Dituduh Kurang Ajar Kerana Mengaibkan Ronaldo

Penganjur anugerah bola sepak paling berprestij, Ballon d’Or telah dituduh sebagai kurang ajar kerana telah mengaibkan Cristiano Ronaldo ketika majlis itu berlangsung.

Detik yang melibatkan Cristiano Ronaldo semasa majlis Ballon d’Or malam tadi telah menimbulkan kontroversi di kalangan peminat di media sosial, dengan sesetengah pihak melabelkan ‘gurauan’ di atas pentas sebagai ‘tidak hormat’ atau kurang ajar.

Ketidakhadiran Cristiano Ronaldo ke majlis tahunan yang berlangsung di Kota Cinta, Paris telah menjadi perbincangan yang hangat sepanjang masa.

Malah, semasa acara itu, keputusan France Football untuk menunjukkan gambar pemenang Ballon d’Or lima kali itu yang hanya berseluar dalam bersama Didier Drogba menimbulkan lebih banyak pertelingkahan.

Gambar tersebut diambil dari majalah Vanity Fair di mana Cristiano Ronaldo dan Didier Drogba menjadi penghias muka depan majalah edisi Jun 2010.

Seperti yang kau boleh tengok dalam rakaman , beberapa orang pemain seperti Robert Lewandowksi, Lionel Messi dan Kylian Mbappe dilihat ketawa apabila imej itu muncul di atas pentas.

Drogba, yang merupakan pengacara majlis itu bersama wartawan Perancis Sandy Heribert, malah bertanya “Mengapa, Mengapa buat macam ni kat aku?” beberapa saat kemudian.

Entah tidak dipastikan persoalan dari Didier Drogba itu dilontarkan secara serius atau tidak.

Ternyata gambar yang dipaparkan oleh penganjur Ballon d’Or ini mencetuskan kontroversi dan tanda tanya. Adakah ini satu serangan peribadi pihak France Football?

Ramai yang beranggapan tindakan ini sebagai kurang ajar dan tidak menghormati Ronaldo dan bagi peminat Ronaldo pula sudah pasti mereka naik hantu.

Ada yang berpendapat jika mahu bergurau sekalipun gunakanlah gambar Drogba sahaja tanpa ada Ronaldo kerana Didier Drogba merupakan pengacara bersama majlis, kenapad dilibatkan Ronaldo.

Adakah tindakan dari penganjur majlis Ballon d’Or ini disebabkan pertelingkahan dan penafian Ronaldo ke atas fitnah dari ketua pengarang France Football, Pascal Ferre sebagai penipu?

Pascal Ferre sebelum ini menyatakan bahawa Ronaldo sendiri memberitahunya bahawa cita-cita utama Ronaldo adalah mengatasi jumlah Ballon d’Or yang dimiliki Lionel Messi.

Selain itu Pascal Ferre menambah lagi bahawa Ronaldo hanya akan bersara dari dunia bola sepak selepas mengatasi jumlah Ballon d’Or Messi.

Pascal Ferre kemudian menggambarkan Ronaldo sebagai sakit hati sehingga tidak mahu menghadiri majlis gala tersebut. Ronaldo melabel Ferre sebagai penipu dan berbohong.

Ketika ketua pengarang France Football itu bercakap kepada New York Times telah berkata:

“Ronaldo cuma ada satu cita cita iaitu bersara dengan Ballon d’Or lebih banyak daripada Messi.”

“Saya tahu perkara itu kerana Ronaldo sendiri yang memberitahu saya.”

Cristiano Ronaldo tidak berdiam diri dengan fitnah yang dilemparkan oleh ketua pengarang France Football, Pascal Ferre dan tampil memberikan penjelasan beliau berkaitan perkara tersebut.

Ronaldo menjelaskan bahawa Pascal Ferre memang sengaja mencipta naratif perkara itu. Kerana dia tahu Ronaldo memang tak akan datang ke majlis itu. Namun Ronaldo ada alasan beliau tersendiri.

“Hasil pada hari ini menjelaskan tentang kenapa Pascal Ferre membuat kenyataan itu minggu lalu, kononnya saya meyakinkan dia bahawa satu satunya cita cita saya adalah untuk menamatkan karier saya dengan lebih banyak Ballon d’Or daripada Lionel Messi.”

“Pascal Ferre menipu!”

“Dia menggunakan nama saya untuk mempromosi dirinya dan syarikat penerbitan tempat dia bekerja.”

Ronaldo kemudian mengecam penganjur Ballon d’Or, France Football kerana ketua pengarangnya yang menipu dan menabur fitnah.

“Ini adalah tindakan yang tidak boleh dimaafkan apabila orang yang bertanggungjawab untuk penganugerahan anugerah yang sangat berprestij, telah menabur fitnah ke atas seseorang yang sentiasa menghormati France Football dan anugerah Ballon d’Or.”

“Dan hari ini dia menipu lagi. Membuat spekulasi bahawa ketidakhadiran saya hari ini. Saya tak hadir ke malam gala kerana ianya memerlukan saya dikuarantin.”

“Saya sentiasa mahu mengucapkan tahniah kepada sesiapa sahaja yang memenanginya atas dasar semangat kesukanan dan fair play yang diajar kepada saya sejak awal karier saya. Dan saya akan terus melakukannya kerana saya tak pernah bermusuh dengan sesiapa.”

“Saya sentiasa mahu menang untuk diri sendiri dan kelab yang saya wakili. Saya ingin menang untuk mereka yang menyayangi saya. Dan saya bukan mahu menang untuk menentang [trofi ballon d’or] orang lain.”

“Cita cita terbesar dalam karier saya adalah untuk memenangi sesuatu untuk negara dan piala antarabangsa untuk kelab yang saya wakili serta pasukan negara saya.”

“Cita cita dalam karier saya adalah untuk menjadi tauladan kepada para pemain atau yang mahu menjadi pemain bola sepak profesional.’

“Cita cita terbesar saya dalam karier adalah untuk mengukir nama saya dengan warna emas dalam sejarah bola sepak dunia.’

“Saya akan mengakhiri kenyataan ini dengan menyatakan bahawa fokus saya sudah pada perlawanan Manchester United yang seterusnya dan kesemua perkara yang itu, bersatu dengan rakan sepasukan, penyokong kami dan kami masih boleh mencapai sesuatu musim ini.”

“Selebihnya? Selebihnya biarkanlah ia terus menjadi selebihnya.”

Buat pertama kali sejak 2010, Cristiano Ronaldo tidak berada dalam senarai lima teratas anugerah Ballon d’Or dan pada usia 36 tahun agak sukar untuk Ronaldo mengejar 7 kemenangan Messi.

Maka tuduhan dari Pascal Ferre agak tidak masuk akal walaupun Ronaldo masih mampu bermain di tahap tertinggi namun sukar untuk mengulangi pencapaiannya untuk tempoh 10 tahun yang lalu.

BACA:  Cristiano Ronaldo Akhiri Kemarau Gol, Seterusnya Berjaya Bantu United Benam Brighton