Pengerusi PSG Tawar RM5 Juta Kepada Cavani Untuk Beri Sepakan Penalti Kepada Neymar

Perpindahan Neymar ke Paris Saint-Germain (PSG) dari Barcelona telah melibatkan jumlah wang besar iaitu hampir £200 juta, sekaligus memecahkan rekod perpindahan dunia yang sebelum ini dipegang oleh Paul Pogba.

Gaji yang diterima Neymar juga mencecah £26 juta setahun dan kini pemain termahal dunia itu bakal menyebabkan pengerusi PSG Nasser Al-Khelaifi terpaksa mengeluarkan wang yang lebih kerana perebutan sepakan penalti Neymar dan Cavani

Punca!

Tawaran RM5 Juta

Pemain dari Brazil itu sudah dua kali terlibat daam perebutan sepakan penalti bersama Cavani sejak tiba di ibu kota Paris. Pertama ketika menang menentang Toulouse 6-2 dan sekali lagi berebut ketika menang 2-0 ke atas Lyon.

Berdasarkan laporan dari El Pais sejak kehadiran Neymar bulan lalu suasana bilik persalinan PSG menjadi suram ibarat retak menanti belah ekoran peristiwa berebut penalti.

Oleh kerana insiden ini membawa kepada perpecahan pengerusi PSG Nasser Al-Khelaifi terpaksa campur tangan dengan menawarkan gula-gula sebanyak RM5 juta (€1 juta) kepada Cavani supaya mengalah kepada Neymar dan Al-Khelaifi telah menghantar wakil untuk bercakap dengan Neymar supaya lebih sopan dan tidak perlu risau mengenai penalti.

Gilo apo nak beli aku?

Cavani Sentiasa Dibayangi Dan Menolak Tawaran

Adakah Cavani akan mengalah? Atau Cavani mencari jalan keluar dengan berpindah ke pasukan Kelantan? Kerana mungkin Cavani sudah penat menjadi penyerang nombor dua. Sebelum ini Cavani dibayangi Zlatan Ibrahimovic selama tiga musim.

Selepas perpindahan Zlatan ke Manchester United musim lalu, Cavani menunjukkan belang dan berkembang mekar apabila menjaringkan 49 gol dalam 50 perlawanan. Musim baru ini yang baru bermula Cavani mempamerkan aski prolifiknya.

Gaduh minta bola | Gambar : The Sun

Menurut laporan El Pais, Cavani tidak berminat dengan tawaran wang tambahan kerana wang BRIM sudah cukup baginya dan menolak serta tidak akan berubah pendirian untuk terus mengambil sepakan penalti.

Cavani percaya sebagai ketua pasukan yang ketiga dalam kelab, beliau mempunyai tanggungjawab dan harus memikulnya.

Kini kehadiran Neymar seakan mahu mengembalikan Cavani ke situasi asal sebagai penyerang nombor dua pasukan dan sekali lagi terpaksa mengalah dan bagi memastikan Neymar selesa bersama PSG Ala-Khelaifi sekali lagi cuba menggunakan kuasa wang keatas Cavani.

Nampaknya kisah ini semakin menarik dan akan terus berpanjangan.

Sumber : Bleacher Report

Baca Juga

Baca Juga