Penggunaan Video Assistant Referee(VAR) Perlu Dipercepatkan

Pada tahun 1986, Diego Maradona telah meleburkan hati seluruh rakyat England apabila golnya yang dijaringkan dengan menggunakan tangan telah dikira oleh pengadil dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia. Selaian daripada itu, ada banyak lagi contoh pengadil terlepas pandang dalam membuat keputusan yang telah mempengaruhi keputusan perlawanan.

Antaranya ialah :

1- Perancis-Republik Ireland : Bola terkena tangan Thierry Henry ketika perlawanan play-off kelayakan Piala Dunia, beberapa detik sebelum gol kemenangan Perancis dijaringkan.

2- England-Jerman : Bola rembatan Frank Lampard yang telah melepasi garisan gol dalam Piala Dunia 2010 tetapi tidak dikira oleh pengadil.

3- Brazil-Turki : Lakonan Rivaldo yang berpura-pura menahan sakit di mukanya selepas terkena bola yang disepak Hakan Unsal dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2002, dan menyaksikan Unsal dilayangkan kad merah.

4- Argentina-England : Hand of God gol Maradona menyaksikan pasukan Amerika Selatan itu mendahului England dalam separuh akhir Piala Dunia 1986.

Tumbukan padu ke udara

Pada musim ini juga terdapat banyak keputusan pengadil yang telah memberikan keputusan yang salah sekaligus mempengaruhi keputusan perlwanan.

1- Manchester United – Southampton : Gol Manolo Gabbiadini dalam perlawanan akhir Piala EFL dianggap ofsaid meskipun sebenarnya tidak, sekaligus menyaksikan Southampton tewas kepada Manchester United di Wembley.

2- Manchester Unite-Bournemouth : Tyrone Mings sepatutnya mendapat kad merah selepas memijak muka Zlatan Ibrahimovic, begitu juga Zlatan yang menyiku Mings beberapa minit kemudian.

3- Barcelona-PSG : Luis Suarez berjaya mendapatkan penalti yang mudah setelah merebahkan diri dalam kotak penalti ketika dicabar pertahanan PSG, Marquinhos.

4- Arsenal-Bayern : 10-2. Saja je nak letak sini takut orang lupa.

Penggunaan pengadil bantuan video (VAR) kini sedang dalam peringkat ujian dan telah mula digunakan dalam Kejohanan Kelab Dunia FIFA dan telah memberikan impak positif. 

Bermula dalam saingan pusingan ketiga Piala FA England musim depan, pihak berkuasa bola sepak England akan menggunakan eksperimen VAR di tepi padang, dalam trak produksi televisyen atau di bilik penyiaran.

Dengan penggunaan VAR, pengadil di tengah padang mempunyai kuasa untuk menghentikan seketika perlawanan untuk pergi menonton video yang memaparkan insiden yang berpotensi untuk mempengaruhi keputusan perlawanan, termasuklah gol, penalti, kad merah atau kuning.

Bekas pengadil perlawanan akhir Piala FA, David Elleray, yang kini merupakan pengarah teknikal IFAB untuk eksperimen VAR ini berkata,”VAR akan buang segala parut, kedut, caci maki, cercaan, kebabian dan reff gilo daripada pengadil sekaligus memberikan impak positif dalam perlawanan.

David Elleray

Elleray sendiri mempunyai mimpi ngeri sebelum pengenalan teknologi garisan gol di mana dalam perlawanan separuh akhir Piala FA 1997, dia telah mengiktiraf gol Chesterfield jaringan Jon Howard yang telah meletakkan Chesterfield di depan 3-1 ketika menentang Middlesborough, meskipun bola tidak melepasi garisan.

“Dari satu segi, VAR ni sebenarnya agak mencabar, tapi ia dapat mengubah bagaimana bola sepak dimainkan,” tambah Elleray.

“Memanglah VAR ni tak akan menyelesaikan semua masalah dalam bola sepak, tapi kalau setakat gol Maradona dan Thierry Henry tu boleh la dibuang jauh-jauh daripada bola sepak.

“Ia juga akan menghindarkan aktiviti merebahkan badan untuk dapatkan penalti, dan insiden ganas akan dikesan dan dihukum dalam perlawanan, bukan dalam perbicaraan selepas perlawanan,” ujar Elleray lagi.

Kalau di Malaysia, hukuman yang terlepas dalam perlawanan biasanya akan dibincang lima tahun sekali dan pemain akan dihukum selepas 15 tahun insiden berlaku.

Elleray juga mengakui VAR akan membantu untuk mencegah gejala aturan perlawanan.

“Ya, memang akan membantu kita untuk cegah jual perlawanan sebab penalti kontroversi akan ditimbang semula terus dalam perlawanan. Jadi pembantu pengadil akan menjadi satu watak penting dalam menghalang manipulasi perlawanan.

“Tapi tu lah, satu cabaran baru yang kita hadap sekarang ni ialah kemunculan media sosial dan live streaming, di mana semua orang dalam stadium boleh tengok satu-satu insiden, kecuali pengadil di tengah padang. Jadi, teruklah pengadil kena maki hamun dengan mereka.”

Sebagai tanda ketelusan, pengadil video ini akan diletakkan di tempat yang boleh dilihat oleh orang ramai supaya tidak akan timbul isu pakatan antara pengadil video dengan mana-mana anggota pasukan pasukan yang bertanding.

Sumber : Mirror Football

Baca Juga

Baca Juga