Pengorbanan Yazid Dragon Membawa Nama PES Malaysia Ke Peringkat Global

Yazid Dragon atau nama penuhnya Ahmad Yazid Abdul Rahman telah melakukan pengorbanan yang besar untuk mengangkat nama Malaysia dalam permainan video Pro Evolution Soccer(PES) ke peringkat global.

Tiga wakil daripada Malaysia Yazid Dragon, Steve Wong Teck Hau dan Muazz Ahmad telah berentap di peringkat regional pada bulan Mei lalu menyaksikan Yazid Dragon dan Muazz Ahmad berjaya melepasi eFootball Pro Evolution Soccer 2020 Regional Final dan membawa nama Malaysia ke World Final.

Sukan Elektronik atau E-Sukan Malaysia tahun ini semakin rancak dan ada saja belia dari Malaysia yang bertanding di peringkat Global dalam permainan video yang mereka ceburi.

Sebelum ini permainan Dota 2 menyaksikan beberapa pemain daripada Malaysia seperti XNova, MidOne dan rakan-rakan meraih jutaan ringgit daripada kejohanan yang disertai.

Jangan dilupa kepada pemain FIFA, AmTuah yang berjaya diperingkat antarabangsa dan pernah menjadi pemain kelab Jerman, Schalke 04 selepas ditawarkan kontrak untuk Sukan Elektronik ini.

Tahun 2020 menyaksikan, permainan video Battle Royal, PUBG Mobile mempunyai dua wakil Malaysia di PUBG Mobile World League(PMWL) iaitu pasukan Yoodo Gank dan Team Secret.

Format permainan yang dimainkan secara liga melayakkkan Team Secret yang dianggotai oleh U-High, Biu Biu, Madtoi, I-Shotz dan Rex ke PMWL selepas muncul juara di kejohanan PUBG Mobile Profesional League Malaysia/Singapura.

Yoodo Gank yang dianggotai oleh Jumper, Fred, Draxx dan Man Parang layak selepas dinobat sebagai juara Asia Tenggara di kejohanan PUBG Mobile Profesional League SEA.

Kemenangan Yoodo Gank mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Record sebagai pasukan Malaysia pertama menjadi juara PUBG Mobile Profesional League SEA. Juara Asia Tenggara.

Oleh kerana wabak melanda maka PMWL dimainkan secara atas talian(online) dan format diubah apabila kejohanan dipecahkan kepada region Timur(East) dan barat(West) kerana masalah server jika dimainkan secara online.

Hampir tiga minggu PMWL East berlangsung dan pasukan dari Malaysia mempunyai peluang cerah untuk ke Grand Final selepas liga berakhir.

1 Ogos pula menyaksikan dua pemain Pro Evolution Soccer(PES) dari Malaysia iaitu Yazid Dragon dan Ahmad Muazz alan turun beraksi menentang juara benua yang lain.

Pengorbanan Yazid Dragon

Pengorbanan yang besar terpaksa dilakukan Yazid Dragon bagi menggalas nama negara ke kejohanan Pro Evolution Soccer(PES) World Final kerana tarikh kejohanan jatuh pada hari kedua Aidiladha.

Tahun ini menyaksikan tiada hari raya buat Yazid Dragon pada pusingan kelayakan kejohanan bermula pada 1 syawal dan ketika itu Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) telah dikenakan maka kurang terasa kemeriahan syawal.

Kini Aidiladha pula terpaksa dilupakan Yazid dan Muazz kerana persiapan untuk menghadapi World Final walaupun dimainkan secara atas talian.

Yazid Dragon bukanlah pemain PES sepenuh masa kerana beliau mempunyai kerjaya tetap sebagai jurutera. Sesuatu yang amat menarik dari Yazid Dragon adalah cara beliau membahagi masa.

Pekerjaan tetap memerlukan beliau berada di pejabat seawal jam 8 pagi sehingga 5 petang dan kemudian pulang ke rumah untuk bersama keluarga dengan anak yang beberapa bulan baru dilahirkan.

Pada kebiasannya selepas pukul 10 malam hingga 1 pagi barulah beliau mempunyai masa untuk mengadap PES untuk berlatih dan mencuba tektikal yang akan diterapkan dalam perlawanan.

Agak mencabar dan memerlukan disiplin yang sangat tinggi untuk membahagikan masa sehingga berjaya ke World Final.

Yazid Dragon Diiktiraf MBR

Yazid Dragon telah diitiraf Malaysia Book of Record sebagai Rakyat Malaysia petama memenangi Efootball Pes2020 Asia Regional Finals – The First To Win Efootball Pes2020 Asia Regional Finals.

Satu pencapaian menakjubkan dalam Sukan Elektronik!

Dalam saingan eFootball PES2020 Asian Finals kategori XBOX One, Yazid Dragon telah berjaya menewaskan 10 pemain daripada kelab berbeza untuk dinobatkan sebagai juara Asia.

Kejayaan bergelar juara Asia ini melayakkan Yazid ke World Finals yang akan bermula esok. Dalam kejohanan ini Yazid menggunakan pasukan Juventus.

Yazid Dragon diletakkan dalam kumpulan C di eFootball Pro Evolution Soccer 2020 Regional Final untuk platform XBOX bersama JoanStrife89 dan ThePhenom3392.

Ahmad Muazz yang bermain di platform Steam menggunakan pasukan Arsenal berada di kumpulan B bersama Ronaldo7 dan Sebacab96.

Satu minggu yang meriah buat dunia Sukan Eletronik Malaysia di peringkat Global.

Team Secret dan Yoodo Gank kini di peringkat global mencari slot ke Gramd Final dan esok Yazid Dragon dan Ahmad Muazz pula akan memulakan aksi.

BACA:  Kenali Kimi Hime Seorang Atlet ESport Terkenal