Pengulas Berhenti Mengulas Ketika Live Kerana Tidak Berpuas Hari dengan Pengadil

Keputusan pengadil yang berat sebab dalam perlawanan liga divisyen dua Russia antara Tekstilshchik menentantang Torpedo mneyaksikan pengulas meninggalkan meja ulasan ketika mengulas secara langsung.

Dua sepakan penalti dinafikan pengadil ketika kedudukan 1-1. Penjaga gol Tekstilshchik, Alexei Smirnov telah menjatuhkan penyerang Torpedo .

Namun tiada penalti dari pengadil dan hanya sepakan percuma diberikan mungkin bukan kerana kekasaran tetapi penjaga memegang bola di luar kotak penalti..

Hasil dari sepakan percuma pasukan Torpedo bola pula terkena tangan pemain Tekstilshchik pula. Namun pengadil tak nampak atau buat-buat tak nampak. Alosh Lion kot.

Situasi dan keputusan pengadil ini nyata membuatkan pengulas perlawanan, Vladimir Nikolsky naik berang. Lalu dilabelnya pengadil dengan kata-kat berikut :

“Memalukan bola sepak Russia!

“Tengoklah bola tanpa pengulas!”

Nikolsky telah mengotakan kata-katanya lalu berhenti mengulas dan siaran lansung tersebut sunyi dari ulasan. Ketika ditanya mengenai insiden itu :

“Aku jadi emosi bila lihat pasukan kami disakiti dan diperlakukan sebegitu rupa.”

Nikolsky merupakan pengulas yang dibayar untuk mengulas perlawanan Torpedo jadi tidak hairan kenapa beliau begitu emosi.

Baca Juga

Baca Juga