Pengulas Sukan Kanada Menjadi Viral Selepas Melabel Messi Sebagai Satu Penipuan

Keputusan seri ketika Argentina menentang Iceland pada perlawanan pembukaan kumpulan tidaklah begitu teruk kerana Iceland bertahan penuh berdisiplin.

Walaupun Lionel Messi gagal menyempurnakan penalti, itu masih boleh diterima. Kekalahan 3-0 kepada Craotia tanpa melawan menyebabkan Messi teruk dikutuk.

Peluang Argentina untuk mara masih ada dengan kemenangan Nigeria ke atas Iceland namun kutukan ke atas Argentina dan Messi seolah-olah mereka telah tersingkir.

https://twitter.com/VanBhatti/status/1009877797471473664

Messi jelas kelihatan tidak bermaya dan power seperti biasa. Bila melakukan larian Messi tidak menerima bola dan bila turun ke bawah tiada pemain berkualiti mampu memberi sokongan.

Dalam situasi ini, Messi jelas keseorangan namun bola sepak permainan berpasukan. Pengulas sukan Kanada, Sid Seixeiro lantang mengutuk Messi kerana perkara ini.

Sid Seixeiro yang bekerja bersama Sportsnet telah menjadi tular di media sosial apabila tanpa belas menghentam Messi secara langsung selelas kekalahan kepada Croatia.

Pendapat yang keras lagi jitu dari Sid Seixeiro ini seolah-olah terus menamatkan perdebatan siapa lagi hebat antara Messi dan Ronaldo.

Seixeiro telah melabel Messi sebagai satu penipuan dan pemain bola sepak yang biasa-biasa saja disamping keluarga tersayang bila tidak bersama Barcelona.

Satu tuduhan yang luar biasa tetapi amat menghiburkan untuk ditonton maka tidak hairanlan kenapa beliau menjadi viral.

Seixeiro mengemukakan hujah beliau kenapa beliau melabel Messi sedemikian rupa.

“Disaingan domestik Messi telah menang segalanya di mana semua itu diraih bersama Barcelona.”

“Messi bersama Barcelona ketika berusia 13 tahun dan segalanya telah dimenangi.”

“Messi merupakan satu PENIPUAN!”

“Meh aku cerita apa itu Messi. Ketika mereka menang di Barcelona di situ ada Messi, Xavi, Andres Iniesta dan David Villa. Mereka satu pasukan.”

https://twitter.com/KindPrins/status/1009968549295685632

Sid Seixeiro menegaskan Messi bukanlah siapa-siapa tanpa Xavi, Iniesta dan Villa. Ramai yang senada dengan pendapat ini.

“Apabila mereka terpisah dari tahun 2008 dan ke atas bersama negara masing-masing di kejohanan besar Xavi, Iniesta, Villa dan semua lelaki Sepanyol dari Barca ini menjadi Juara. Euro 2008, Piala Dunia 2010, Euro 2012.”

“Messi apabila melangkah ke padang tanpa rakan di Barcelona hanyalah pemain yang sederhana dan biasa-biasa saja. Korang boleh tengok benda ni di Copa America dan Piala Dunia.”

“Messi sekarang telah beraksi di Piala Dunia selama 675 minit tanpa menjaringkan sebarang gol kerana Xavi, Iniesta dan Villa tiada di sana.”

“Pemain terbaik yang pernah aku lihat sepanjang hidup ini boleh bermain bersama sesiapa saja.”

Beliau juga memberi beberapa contoh pemain yang power serta konsisten bersama kelab dan negara.

“Cristiano Ronaldo boleh bermain dengan sesiapa saja. Michael Carrick, Darren Fletcher pemain yang teruk. Apa aku nak terangkan di sini Ronaldo bermain tanpa Xavi dan Iniesta.”

“Zinedine Zidane juga boleh bermain dengan sesiapa saja. Zidane bermain secara segar malar serta konsisten bersama Juventus, Perancis dan Real Madrid,
jaringkan gol final di Hampton Park, Scotland.”

“Ronaldo, Ronaldo gemuk dari Brazil, boleh je main dengan sape-sape. Inilah pemain terhebat, GOAT yang patut kau hormati.”

“Satu penipuan! Messi merupakan satu penipuan peringkat antarabangsa sejak memulakan kerjayanya dan perkara ini hampir terbongkar sekarang. Messi bukan lelaki yang sama bila tinggalkan Camp Nou.”

https://twitter.com/rossoneriguy/status/1009899401874165761

Perdebatan mengenai GOAT dan siapa paling hebat antara Messi dan Ronaldo bagi Seixeiro telah tamat dan tidak perlu dibincangkan lagi.

“Ini telah terbukti secara berulang kali. Aku tak marah pun kat Messi kerana bermain bersama pemain hebat di Barcelona. Ini bukan salah Messi.”

“Tetapi perbincangan mengenai GOAT telah tamat hari ini. Ini semua sudah berakhir. Aku tak akan bincang atau retweeting perkara ini lagi.”

“Perkara ini telah selesai. Ronaldo merupakan pemain paling hebat pernah aku saksikan dalam hidup ini.”

Satu kenyataan yang keras dan padu ini mungkin membuatkan peminat Messi sentap dan peminat Ronaldo tersenyum.

Bagi Seixeiro Messi ini hanyalah jaguh kampung yang tidak kemana.

Harus diingat bahawa Argentina layak ke Piala Dunia 2018 adalah atas usaha individu Messi dalam dua perlawanan terakhir.

Perlawanan kedua terakhir kelayakan Piala Dunia Argentina ketika menentang Peru menyaksikan Messi sudah sehabis daya mencuba. Namun gagal untuk menghasilkan gol sahaja ketika itu.

Argentina juga layak ke final Piala Dunia 2014 dan dua kali ke final Copa America walaupun tewas dalam semua final.

#DoneBekapMessi

Aksi Messi Ketika Menentang Ecuador Yang Membawa Argentina ke Piala Dunia

Hatrik dari ketua pasukan Argentina, Lionel Messi yang bangkit dari ketinggalan menjulang Argentina hingga ke Russia.

Segalanya sukar dan tidak menjadi bagi Argentina di kempen kelayakan ini namun pahit kan manis jua akhirnya.

Menentang Ecuador segalanya menjadi buat Messi dan Argentina, banyak pihak meramalkan Argentina akan beraksi di slot play-off tetapi Messi telah melenyapkan telahan itu apabila Albiceleste layak secara automatik.

Ketua Pasukan Argentina kembali menemui jaring dengan mencatat hatrik selepas bergelut dengan sentuhan penyudah pada perlawanan lalu sekaligus membawa Argentina ke Piala Dunia Russia 2018.

Ketinggalan 1-0 kosong Messi tidak cepat koyak apatah lagi memijak pemain lawan apabila memimpin Argentina membuat kebangkitan hasilnya 3 hatrik yang semuanya gol cantik terhasil.

Itulah kisah seorang ketua pasukan di negara Argentina. Saksikan aksi menarik Messi selain 3 gol yang dijaringkan.

Baca Juga

Baca Juga