Pengurus Al Nassr Bergurau Biawak, Pilihan Utamanya Messi Bukan Ronaldo

Pengurus Al Nassr yang merupakan bos baharu Cristiano Ronaldo, Rudi Garcia telah bergurau biawak di sidang media dengan menyatakan bahawa Lionel Messi adalah pilihan pertamanya bukan Ronaldo.

Gurauan itu seperti mengundang risiko hubungan yang tidak harmoni bersama Ronaldo yang dalam hati ada taman, mudah sentap, koyak yang membawa kepada tantrum setiap masa.

Cristiano Ronaldo akhirnya mempunyai kelab nun jauh di timur tengah selepas tidak dapat menarik minat yang memenuhi kriterianya dan Al Nassr adalah satu-satunya pilihan yang ada selain bersara.

Kehadiran pemain sensasi Portugal itu telah menjadikannya sebagai atlit yang menerima bayarang terpaling mahal di dunia yang fana ini dengan pendapatan £173 juta setahun.

Dalam satu sidang media, Rudi Garcia yang merupakan bekas pengurus Roma telah berseloroh mengenai pembelian sensasi Al Nassr dengan mendatangkan Cristiano Ronaldo.

“Mula-mula saya cuba mengambil Messi. Saya mahu bawa Messi dari Doha.”

Walaupun jurulatih itu berada dalam mood jenaka dan ketawa mengiringi jawapannya, ada kemungkinan besar ia tidak akan menjadi terlalu baik dengan bintang baharu Al-Nassr itu.

Masanya di Manchester United berakhir dengan dia percaya bahawa dia ‘tidak dihormati’ oleh Erik ten Hag, yang tidak menganggap bekas bintang Real Madrid itu tidak boleh digugurkan.

Rudi Garcia telah menyatakan dengan serius bahawa kedatanang Ronaldo ke Arab Saudi adalah sesuatu yang luar biasa dan berharap dapat mendapatkan yang terbaik dari pemain legenda hidup itu.

“Kehadiran legenda Cristiano Ronaldo di Arab Saudi sangat luar biasa dan bernilai tingggi.”

“Berharap dia dapat menyesuaikan diri dan persembahkan apa yang mampu dilakukan sebagai bintang besar dan menghiburkan peminat.

Di bawah bimbingan Rudi Garcia, Ronaldo bakal beraksi bersama bintang Piala Dunia Cameroon, Vincent Aboubacar, Alvaro Gonzalez dan Luis Gustavo.

Walaupun jauh membawa diri dari bola sepak Eropahm Ronaldo masih lagi tidak dapat lagi lari dari dibangdingkan dengan pesaing disepanjang kariernya, Lionel Messi, begitu juga sebaliknya.

Messi dan Ronaldo ibarat aur dengan tebing, hampir semua yang dilakukan dengan Ronaldo pasti dibandingakan dengan Messi, begitu juga dengan apa yang dicapai Messi akan dikaitkan dengan Ronaldo.

Ronaldo dan Messi mungkin dapat bertemu lagi antara satu sama lain apabila PSG dilaporkan bakal mengadakan perlawanan persahabatan menentang kesebelasan terbaik Al Nassr dan Al Hilal pada 19 Januari 2023.

BACA:  Kali Terakhir Lionel Messi Menjejakkan Kaki Di Old Trafford