Pemain pertahanan Leicester City, Harry Maguire yang menjadi buruan Manchester United dan idaman Jose Mourinho pada jendela musim panas ini akan ke Manchester United dan perkara ini telah disahkan oleh pengurus The Foxes, Claude Puel.
Harry Maguire cemerlang di benteng pertahanan England sepanjang kempen Piala Dunia 2018 yang berlangsung di Russia apabila usaha kerasnya mempertahan kubu Tiga Singa membawa mereka ke separuh akhir buat pertama kali sejak 1990.
Kekentalan dan kekebalan Maguire nyata memikat hati Jose Mourinho yang memerlukan kereta kebal di kotak penalti Manchester United dan Setan Merah telah bersedia memecahkan rekod dunia di posisi pertahanan.
Nilai yang ditawarkan kepada pemain berusia 25 tahun itu dilaporkan melebihi angka £75 juta seperti mana yang dibayar Liverpool kepada Southampton untuk mendapatkan Virgil Van Dijk.
Pengurus Leicester City, Claude Puel sendiri telah mengesahkan Maguire akan ke Manchester United dalam satu sidang media.
“Aku boleh sahkan bahawa Maguire akan ke Manchester, tapi untuk tempoh beberapa jam jela pada jumaat malam.” Ujar Claude Puel berseloroh.
Untuk pengetahuan semua Leicester City akan menentang Manchester United pada perlawanan pembukaan Premier League musim 2018/19 maka benarlah apa yang dikatakan Claude Puel. Kasar jugak gurauan beliau.
“Aku gembira dapat mengekalkan Harry, beliau pemain terbaik kami. Aku pengurus bola sepak dan sudah pasti aku mahu kekalkan pemain terbaik dalam pasukan bagi musim baru kami. Kami mahu kekalkan cita-cita yang baik.”
10/10 response from Claude Puel. pic.twitter.com/mVyzdPYrN7
— ESPN FC (@ESPNFC) August 9, 2018
“Kami telah kehilangan Riyad Mahrez, pemain yang berharga bagi kami, maka sangat penting untuk mengekalkan pemain terbaik dan pemain tambahan di dalam skuad>”
“Kami telah bersedia untuk musim ini dengan sebaik mungkin.”
Claude Puel nyata gembira dengan Harry Maguire yang masih ada bersama The Foxes dan terus memanjatkan kesyukuran dengan adanya Maguire dalam pasukan.
Leicester City manager Claude Puel trolling Man Utd fans pic.twitter.com/jynPbIozvi
— Troll Football (@TrollFootball) August 9, 2018
“Kami akan lihat apa akan terjadi di masa hadapan tapi sekarang aku gembira dapat mengekalkan Maguire dan aku gembira dengan sikapnya. Beliau mempunyai mentaliti dan semangat yang baik.”
“Kami telah berbincang dengan Maguire bersama pengerusi dan kamu tidak boleh merubah sesuatu sebelum perlawanan pertama musim baru dan sebelum jendela perpindahan tamat.”
“Bagi kami perkara ini tidak mustahil dan tidak serius.”
? DEAL DONE: Leicester City have signed Jonny Evans from West Brom for his relegation release clause of £3m. (Source: @LCFC) pic.twitter.com/Kdj7uwQ43M
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) June 8, 2018
Dalam pada itu, Leicester City telah mengikat seorang pemain pertahanan dari Dinamo Zagreb, Filip Benkovic yang berusia 21 tahun dengan kontrak selama 5 tahun sebagai pelan langkah persediaan kehilangan Maguire.
Filip Benkovic merupakan pemain keenam yang diikat The Foxes pada jendela perpindahan musim panas ini bersama Ricardo Pereira, Jonny Evans, James Maddison, Danny Ward dan Rachid Ghezzal.