Pengurus pasukan kebangsaan Panama,telah melancarkan perang saraf dengan mendakwa bahawa pasukan England tidak mempunyai barisan pemain yang mampu membuatkan beliau rasa takut dan gentar.
Gomez juga telah memandang rendah kepada England dengan menyamakan tahap pasukan England adalah sama dengan pasukan Wales di mana mereka seri 1-1 dalam perlawanan persahabatan di Cardiff bulan lalu.
Panama dan England diundi dalam kumpulan G bersama dua lagi pasukan iaitu Belgium dan Tunisia bagi saingan Piala Dunia Russia 2018 yang akan berlangsung bulan Jun tahun hadapan.
Panama kini berada pada kedudukan ke-56 ranking FIFA dan ini merupakan penampilan pertama mereka di Piala Dunia. Gomez pernah menguruskan Colombia di Piala Dunia 1998 ketika Colombia menentang England.

Bekas pemain kebangsaan Colombia itu juga berkata :
“Bagi aku, satu-satunya pemain paling bahaya dalam dunia ni adalah Messi. Belgium dan England mempunyai pemain yang bagus.
“Kami telah menentang Wales bulan lalu, di mana gaya permainan mereka lebih kurang sama. Kami juga telah menentang Iran yang mirip kepada Tunisia. Kami sudah tahu apa yang bakal kami lawan.
“Bersama Panama, kami sangat gembira kerana berada dalam kumpulan ini kerana inilah sebab kami ke Piala Dunia, untuk bermain dengan pasukan besar, nama besar seperti Belgium, England dan Tunisia.
“Aku memperoleh keputusan seri menentang England dan Tunisia pada Piala Dunia France 1998 bersama Colombia. Aku sangat gembira.

“Aku perati je perlawanan England menetantang Jerman, Bagus, dibarisi pemain muda yang semakin berkembang, tersusun dan praktikal.
“Panama sekarang dalam proses belajar dan berkembang, Piala Dunia tahap tinggi buat Panama dan kami perlu lebih baik tetapi sebab itu kami layak bukan?
“Aku datang ke sini bukan untuk menentang pasukan yang sama. Kami mahu lawan yang mampu memberi tunjuk ajar. Itulah Piala Dunia. Panama sudah sedia untuk semua ini.”