Pengurus Pasukan Eldense Ditahan Polis Selepas Dibelasah 12-0 Barcelona B

Kalah 12-0 kepada mana-mana pasukan bukanlah satu perkara yang menyeronokkan, tak kira lah bermain di liga mana sekalipun – EPL, La Liga, Liga Perdana, Piala FAM, Liga FAS, Liga Setia Alam, Liga Veteran Bangi hatta Piala Timbalan Naib Canselor UiTM sekalipun.

Begitu juga kelab divisyen tiga Sepanyol, Eldense, di mana mereka telah dilaukkan selauk-lauknya oleh pasukan Barcelona B, sekaligus menyaksikan mereka tersingkir ke liga divisyen 4 musim depan. Sekali imbas, kalah 12-0 kepada Barcelona itu sebenarnya tak pelik, tapi bagaimana gol dibolosi dengan itu telah menjadi persoalan.

Menurut Marca, pengurus kelab tersebut, Filippp di Pierro ditahan polis untuk membantu siasatan berkenaan mengatur perlawanan.

Kalau tengok rangkuman perlawanan di atas, kau tengok pertahanan Eldense tu kau rasa kau layak main Liga Sepanyol walaupun divisyen 3.

Selain daripada pengurus pasukan, empat pemain Eldense turut dipanggil untuk membantu siasatan. Kekalahan teruk ini menyebabkan pasukan yang berpangkalan di Valencia ini tersingkir ke liga divisyen empat selepas sekadar mendapat 14 mata daripada 32 perlawanan, 16 mata di belakang pasukan di atas mereka, Levante B.

Mereka juga dikatakan tidak akan bermain baki enam perlawanan liga, sebelum presiden kelab membuat pengumuman bahawa mereka akan tetap menghabiskan sisa-sisa perjuangan pada hari Isnin yang lalu.

Sebelum pengurus pasukan ditahan, seorang pemain, Cheikh Saad telah memberitahu radio RAC1 bahawa empat pemain terlibat dalam mengatur perlawanan.

“Ada empat pemain yang terlibat mengatur perlawanan. Aku tak kisah apa yang akan berlaku tapi aku akan bagi nama-nama pemain ni kalau aku diperlukan.

“Setengah jam sebelum perlawanan bermula, aku sepatutnya dalam kesebelasan utama, tapi tengok-tengok nama aku hilang. Tak kelakar kan?

“Sebelum perlawanan ada kawan aku cakap perlawanan ni dah diatur. Siapa yang nak main, jangan jaringkan gol. Diorang tak tanya aku nak main ke tak sebab diorang tahu apa aku akan buat kalau aku main.

“Jurulatih pun tahu pasal ni, pemain lain pun tahu,” kata Saad panjang lebar.

Itu cerita di Sepanyol. Cerita di Malaysia pun ada juga lebih kurang macam ni.

Dua bulan lalu, perlawanan Sabah dan ATM juga turut mencuri perhatian setelah 7 gol dilepaskan dengan begitu mudah. Kalau tak percaya tengok dalam video di bawah ni. Begitu dangkal sekali penjaga gol dan pertahanan kedua-dua pasukan. Mengatur perlawanan atau kualiti pemain Malaysia memang tahap ni je?

Bulan lepas pula perlawanan UiTM menendang MISC-MIFA pula yang menjadi perhatian setelah UiTM berjaya menjaringkan 7 gol menewaskan lawan. Kalau tengok gol-gol dijaringkan pun macam lahanat senangnya.

Gejala mengatur perlawanan ni memang masih belum hilang dalam bola sepak hari ini. Kadang-kadang terfikir juga, mereka berlatih setiap petang tu untuk apa kalau setiap perlawanan sudah diaturkan?

Perlawanan akhir Piala Malaysia tak pernah atur kan?

Baca Juga

Baca Juga