Pengurusan Pertandingan Sukan dan Judi

Saya terpanggil untuk menulis atas kapasiti penglibatan saya dalam mentadbir urus kejohanan sukan. Oleh kerana ilmuwan agama kurang terlibat dalam sukan, saya rasa bertanggungjawab untuk tulis. Dengan bantuan sahabat saya yang berkelayakan dalam bidang agama.

Kebiasaan yang telah dibuat kejohanan sukan akan meminta yuran penyertaaan daripada peserta-peserta. Cara begini menarik minat penganjur yang bakal mendapat keuntungan dan peserta yang kebiasaannya akan mendapat hadiah wang tunai.

Sebagai contoh, 10 pasukan menyertai setiap satu bayar RM100. Jumlah RM1000. Penganjur ambil RM500 utk kos penganjuran dan keuntungan. RM500 sebagai hadiah. Cari ini adalah judi. Jika tiada hadiah semata-mata kos penganjuran diberi adalah OK. Tetapi jika ada kos mengurus diletak oleh penganjur akan menyebabkan syubhah.

Ya pasti contoh diatas akan mengundang komen tidak puas hati atau tidak faham. Tuan-tuan boleh rujuk semula mana-mana pakar muamalat dengan memberikan contoh diatas jangan ditokok tambah.

Ada sebilangan penganjur yang tidak sedar praktik mereka sebenarnya dikategorikan sebagai judi (Gambar sekadar hiasan) | Gambar : Al Tuyuk FC

Walaubagaimana pun, cara diatas akan menjadi tidak judi jika hadiah atau ada bajet tambahan yang diberikan oleh penaja. Bermaksud disini, ada pihak tidak berkepentingan (3rd party) memberi sumbangan dan pihak itu tidak menyertai pertandingan atau terlibat menganjur.

Satu lagi cara adalah dengan mensyaratkan peserta membeli barangan sebagai syarat masuk. Keuntungan jualan digunakan penganjur untuk kos penganjuran dan hadiah. Walaubagaimana pun cara ini membuka kepada “pembelian paksaan” jika barangan adalah tidak berkaitan. Contoh, wajib beli lipstick utk menyertai.

Satu lagi cara pula adalah mengadakan “Muhalil” iaitu satu peserta yang tidak perlu membayar yuran tetapi ada equal chance untuk menang. Contoh, 10 peserta, 9 peserta membayar RM100. 10 peserta adalah peluang sama untuk menang. Saya ada nampak satu penganjur menggunakan cara ini. Walaubagaimana pun cara ini mendatangkan syubhah jika penganjur sendiri yang menyediakan peserta Muhalil itu dan dari segi semangat kesukanan saya tidak setuju dengan cara ini kerana peserta muhalil akan menggalakkan peserta terbaik yang menyertai (team collect katanya geng bola)

Jadi cara terbaik adalah dengan mendapatkan penaja (dengan syarat penaja tidak mensyaratkan untuk mendapat pulangan dari segi jualan sebagai contoh). Dan satu lagi adalah dengan cara menjadikan membeli barangan sebagai syarat penyertaan.

Artikel ini adalah olahan saudara Ahmad Riyadh, penganjur Liga Bola Sepak Alumni, disemak oleh Ustaz Abdullaah Jalil – pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat USIM.

Baca Juga

Baca Juga